Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Apabila wajah artis tidak disolek...


Selebriti hiburan tanah air sertai bengkel kecantikan Good Skin Labs menerusi rangkaian jenama Estee Lauder

JARANG peminat atau orang ramai dapat bertemu artis yang tidak bertatarias cantik dan bersolek mampan terutama ketika menghadiri majlis atau acara tertentu apatah lagi kalau mereka muncul di kaca TV. Namun, bengkel kecantikan Good Skin Labs, produk di bawah rangkaian jenama terkenal, Estee Lauder yang dianjurkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, menampilkan semua selebriti hadir tanpa solekan.

Di situlah baru kita dapat lihat rias wajah masing-masing. Ternyata kecantikan adalah hak milik setiap insan. Sungguhpun tidak mengenakan solekan, kebanyakan artis walaupun tidak kelihatan anggun tetapi paras rupa masih kelihatan berseri dan berwajah bersih, malah ada artis yang lebih cantik tanpa secalit solekan.

Penampilan diri yang menarik bukan saja menjadi keutamaan golongan selebriti, malah wanita berkerjaya dan suri rumah juga semakin bijak menata gaya untuk menambat hati orang yang tersayang. Andai kata kurniaan Tuhan tidak dijaga dengan baik, ia tentu pudar ditelan waktu terutama bagi wanita usianya semakin meningkat.

Tanpa suntikan vitamin C atau botox, ramai yang ingin menjaga keanjalan kulit dan kedutan wajah. Penggunaan rangkaian produk Good Skin Labs nyata memberi kesan kepada golongan artis yang menggunakan solekan tebal setiap hari. Selain Tri-Aktiline Instant Deep Wrinkle Filler, Smooth 365 dan Eyliplex 2, Good Skin Labs yang berada di pasaran sejak dua tahun lalu juga memperkenalkan produk terbarunya, Citra Peel untuk menyelesaikan tanda kerosakan kulit yang disebabkan penuaan.

Bertempat di The Apartment, KLCC, kira-kira 25 artis menghadiri majlis testimoni dan bengkel memperkenalkan keistimewaan Citra Peel. Antara yang hadir memeriahkan ialah Sheila Rusly, Nurul, Juliana Evans, Noryn Aziz, Aishah Sinclair, Fazli Zainal, Maya Matahari, Sasha Bashir, Fizz Fairuz, Awal Ashaari, Chef Zam dan Nazruddin.

Aishah Sinclair berkata, dia mula menggunakan pelbagai produk yang berada di pasaran sejak usia yang muda untuk menjaga kebersihan kulit, selain mendapatkan kulit bersih berseri tanpa secalit solekan.

"Saya jarang bersolek tebal, jadi saya inginkan kulit wajah yang bersih. Bagaimanapun, saya menyarankan supaya golongan wanita menjaga kecantikan sejak awal lagi, bukan bila sudah ada kedutan dan kulit semakin kendur baru mencari produk yang sesuai," katanya.

Maya berkata, dia menggunakan rangkaian produk Good Skin Labs sejak awal tahun lalu dan nyata kedutan kecil di wajahnya hilang dalam tempoh singkat.

"Dulu kulit saya sering ditumbuhi jerawat apabila saya terbabit dalam penggambaran dalam tempoh panjang. Saya percaya ia adalah penggunaan alat solek, tetapi menggunakan rangkaian produk Good Skin Labs, kulit saya tidak bermasalah lagi. Malah solekan saya mampu tahan lama biarpun sehari suntuk di lokasi," katanya.

Bagi Fazli Zainal, golongan lelaki seharusnya menitik beratkan penjagaan kulit, malah mendapatkan kulit yang bersih dan berseri bukannya mudah tanpa penjagaan betul dan produk yang sesuai.

"Dulu ketika bekerja di kelab malam, saya perlu mengenakan bedak untuk menjaga penampilan. Saya sudah biasa memakai bedak asas, tetapi ramai yang salah anggap saya suka mengenakan solekan mampan. Sebagai artis, saya rasa perlu menjaga penampilan diri, tetapi bukanlah mengenakan solekan seperti wanita.

"Memilih produk sesuai untuk kulit bukannya mudah. Adakalanya produk mahal digunakan tetapi tidak sesuai dengan kulit saya. Kulit jadi berjerawat dan seperti terbakar. Saya memang cerewet dalam memilih produk dan nyata Good Skin Labs sesuai dengan kulit saya," katanya.

Pengacara TV, Nazruddin berkata biarpun tidak mempunyai masalah kulit tetapi dirinya tetap menitik beratkan sesuatu produk. Bukan memilih jenama tetapi keserasian juga perlu.

"Setiap manusia mempunyai kulit yang berbeza tekstur. Mengenal pasti keperluan kulit khususnya jenis kulit adalah langkah pertama yang perlu dilakukan supaya apabila membeli produk penjagaan kulit, ia bersesuaian dengan kulit. Kita mempunyai kulit berbeza, ada yang mempunyai kulit berminyak, ada juga berkulit kering, malah ada yang mempunyai gabungan kedua-duanya,” katanya.

Sheila Rusly selaku jurucakap produk berkenaan berkata, sejak dua tahun lalu, dirinya tidak pernah beralih pada produk lain, malah keserasian menggunakan rangkaian produk berkenaan membuatkannya memperkenalkan pada rakan artis yang lain.

"Produk Citra Peel yang diperkenalkan ini menghasilkan hasil yang berkesan dan dapat menyelesaikan tanda kerosakan kulit disebabkan penuaan dalam tempoh yang singkat. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kulit kusam, garis, kedutan, tekstur tidak sekata, bintik hitam dan liang roma yang terbuka.

"Ini adalah pilihan teknologi terkini untuk digunakan sebagai rawatan di rumah. Saya tidak lagi membuat rawatan wajah di salon memandangkan rangkaian produk Good Skin Labs sudah cukup untuk saya selesa membuat rawatan wajah di rumah. Lagipun kesibukan menerbitkan drama demi drama membataskan masa saya untuk ke salon kecantikan," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails