Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Juliza Adlizan punya anak teruna, tidak rasa tua


Juliza Adlizan tiba di pejabat Karangkraf untuk sesi foto kulit depan ditemani jurumekap, Bosco dan seorang pemuda berbadan tegap. Setiap mata yang memandang semuanya tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda tersebut. Pengawal peribadi atau….“Ish, ini bukan pengawal peribadi, bukan juga anak ikan. Tapi anak sulung saya, Amza yang kini sedang menunggu peluang untuk menyambung pelajaran,” katanya tertawa besar. Anak bujang di sebelahnya turut tertawa sama. Bekas juara Bintang RTM 1983 ini kelihatan semakin jelita walaupun usia sudah mencecah 43 tahun.

Kalau dilihat dari segi penampilan dan fizikal, pasti tiada siapa menyangka artis jelita bersuara hebat ini sudah 40++. Malah bila dia berdiri di samping anak teruna, banyak yang menyangka kedua-duanya adik beradik. Juliza ternyata tidak berasa `kekok’ punya anak yang sudah besar panjang. Malah terus terang dia mengakui cukup bangga dan seronok ada anak sebesar itu di kala diri masih muda dan jelita. “Bagi saya punya anak yang sudah bujang adalah antara rahmat besar dalam hidup saya. Jurang generasi yang tidak terlalu luas ini membolehkan saya lebih memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia anak teruna saya. Lagipun seronok ada anak besar begini, ia akan membuat kita sentiasa berasa muda,” katanya berseloroh sambil tertawa.

Keluarga istimewa dalam hidup
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui bahawa hubungannya dengan anak-anak sangat mesra. “Saya sentiasa bersikap terbuka dengan mereka. Alhamdulillah, cara ini menjadikan anakanak tidak takut untuk bercerita apa-apa sahaja dan bergurau dengan saya. Kami seperti kawan. Tetapi itu tidak bermakna anak-anak tidak hormat saya, sebab sikap menghormati orang tua ini sentiasa saya terapkan dan ingatkan pada mereka.”

Mengakui keluarga ialah segala-galanya, Juliza sentiasa mengutamakan mereka dalam apa jua keadaan. Katanya, dia sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan dia dan keluarga berada dalam satu ikatan yang kukuh. Sebab itu ketika diminta membuat pengorbanan agar dia meninggalkan sementara aktiviti seni, juga kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah demi anak-anak yang masih kecil, Juliza tidak teragak-agak melakukannya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails