Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nabila kekasih baru Syamsul?



RAMAI pembaca yang mungkin tertanya-tanya siapa gadis dalam foto ini. Haa, jangan marah Kak Pora. Kak Pora dapat foto ini eksklusif tau. Dengan pertolongan jurugambar, Rohanis Shukri, Kak Pora dapat tunjukkan wajah kekasih baru kepada pelakon yang juga pengarah muda, Syamsul Yusof.

Gadis ini namanya Nabila dan dikatakan sedang berkawan dengan Syamsul. Syamsul sejak putus cinta dengan aktres Diana Danielle, kemudian digosipkan kononnya bercinta dengan Julia Ziegler. Foto Nabila bersalam dengan ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail ini dirakamkan pada majlis rumah terbuka Adilfitri keluarga Syamsul di Taman Melawati, Hulu Klang, baru-baru ini. Kak Pora sempat juga luangkan masa pergi ke sana dan tidak sangka dapat melihat Nabila apabila beberapa rakan dalam industri filem yang hadir di situ membisikkan pada Kak Pora dengan mengatakan gadis itu adalah kekasih baru baru Syamsul.

Patutlah Kak Pora tengok nabila mesra saja dengan Datin Fatimah, mungkin bakal jadi menantu tak lama lagi...oppps!

Namun, Kak Pora hairan Syamsul tidak pula tunjuk muka pada majlis itu. Rupa-rupanya dia sibuk menyiapkan urusan filem terbarunya, Evolusi KL Drift 2. Khabarnya juga ketika ini Syamsul berada di Bangkok untuk urusan posproduksi filemnya itu. Baguslah kalau begitu, kalau betul dan sahih Nabila kekasih baru Syamsul, tunggu apa lagi. Kak Pora lihat budak itu pun lemah lembut, manis dan bersopan orangnya.

Kak Pora tidaklah kata Syamsul dan Nabila sudah bercinta bagai nak rak tetapi khabarnya mereka mula saling kenal-mengenal antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu. tetapi Syamsul tak pernah pula buat kenyataan yang dia sudah ada kekasih baru. Kalau dah berkenan, jangan tunggu lama-lama, nanti macam-macam gosip liar muncul.

OK Syamsul, jangan marah Kak Pora tau. Kak Pora tak sabar nak tunggu kenyataan dan pengakuan daripada Syamsul sendiri.

KAK PORA: Memang benar gosip Diana Danielle kini semakin rapat dengan Farid Kamil.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails