Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sofea Jane gemuruh


DIVA memang hormat betul dengan pelakon tersohor Sofea Jane kerana kredibilitinya selama ini. Diva juga suka Sofea sebab dia tidak sombong walaupun sudah mempunyai kelasnya tersendiri dalam industri seni. Malah, yang membuat Diva kagum apabila pelakon senior sepertinya yang kalau setakat nak berlakon macam makan kacang, masih ada rasa cemas dan memerlukan fokus untuk melunaskan kerjanya.

Kisahnya, baru-baru ini teman Diva menghubungi Sofea untuk membuat fotografi. Tidak menolak fotografi tersebut, Sofea sebaliknya rancak memberitahu dia sedikit cemas berlakon untuk teater Natrah yang cuma dipentaskan dua jam.

"Walaupun durasinya cuma dua jam, kerja tetap kerja. Cemas juga saya sebab kita harus memberikan yang terbaik untuk kerja yang sudah dipertanggungjawabkan. Saya tidak kisah untuk buat fotografi, tapi terus-terang saya katakan, saya mahu beri tumpuan kepada teater ini dan tidak mahu terganggu sehingga saya hilang fokus. Tapi kalau ada masa, apa salahnya," lebih kurang begitu jawab Sofea kepada teman Diva.

Hai, tak sangka, pelakon hebat sepertinya pun ada rasa gemuruh untuk berlakon sedangkan lakonan sudah sebati dengan dirinya. Alangkah bagus kalau pelakon-pelakon baru mencontohi dedikasi pelakon seperti Sofea.

Shila sudah pandai bercinta?


DIVA mengikuti perkembangan anak dara ND Lala yang seorang ini. Manakan tidak, dari kecil lagi dia sudah terbiasa dengan dunia hiburan dan hinggalah kini sudah ada album sendiri. Daripada gaya anak-anak dia kini sudah berperwatakan gadis remaja yang semakin cantik. Sama cantik dengan ibunya.

Teman Diva yang suka muzik punk pun sudah pandai gosip, katanya, dia dapat cerita yang Shila sudah pandai main cinta. Tak sangka Diva, teman yang seorang ini turut mengushar anak dara ND Lala itu.

"Aku dengar cerita yang Shila sekarang sedang mula-mula berbunga dengan seorang pegawai perhubungan awam yang tidak jauh dengannya. Setahuku, lelaki tersebut baik orangnya putih-putih berkaca mata. Comel juga kalau betul mereka bersama-sama. Saya setuju sahaja. Tapi adalah sikit berbaur cemburu sebab aku pun suka tengok Shila tu," ujar teman punk Diva.

Ewah Shila, sudah pandai main api nampaknya. Tetapi Diva rasa okey sebab lelaki tersebut pun sudah pasti kenal ibu dan ayah Shila yang selalu dengan anak mereka. Silap-silap mereka pun minta lelaki tersebut tengok-tengokkan anak mereka.

Bagi Diva tak salah mahu bercinta sesama teman dalam industri. Diva pun suka tengok seorang teman Diva yang merupakan pegawai perhubungan sebuah label yang main cinta dengan seorang wartawan sekarang. Bahagia nampaknya.

Korban kasih Fizz Fairuz


Saat 2009 menutup tirai bulan hadapan, genap lapan tahun Fairuz Zainal Abidin atau Fizz Fairuz menjadi anak seni. Dunia lakonan bukan lapangan baru bagi anak kelahiran Raub, Pahang ini.

Sudah lama. Dia juga sudah pernah menjadi salah seorang krew produksi yang antaranya sebagai pembancuh air untuk para pelakon.

Tetapi hari ini, rezeki lebih memihak kepadanya. Daripada seorang krew biasa, pintu yang dibuka sutradara Singapura bernama Bromo menerusi drama 40 episod, Mentari Production menjadi titik tolak buat Fizz menonjol bakat.

Karakter antagonis mahupun protagonis, semua berjaya di tangannya. Komedi yang dibawa pelakon berusia 30 tahun ini juga berjaya menghambur tawa. Biar banyak yang memuji kredibiliti lakonannya, Fizz dengan rendah diri berkata masih banyak ilmu yang mahu digalinya.

Sebagai seorang pencinta seni yang sering kecanduan mengejar ilmu seni, duit bukan ukuran buatnya berlakon. "Yang saya pentingkan adalah ilmu seni itu sendiri.

"Kerana itu saya tidak pernah putus asa atau berasa mahu berundur sepanjang lapan tahun saya membina nama. Susah pun saya redah kerana saya percaya saya mampu bertahan dalam industri ini. Masih panjang perjalanan saya dan masih banyak ilmu yang saya cari," ujar Fizz yang saya temui petang sehari sebelum Aidiladha.

Dia kemudian memberitahu, sepanjang lapan tahun membina nama, hanya dua tahun kebelakangan ini kerjayanya tampak menyerlah. Enam tahun lamanya dia merangkak, antaranya mengambil tawaran yang hanya bernilai RM300 sehari dan melakukan kerja 40 episod untuk memperoleh RM4,000.

Tetapi itu tidak pernah melelahkannya. Sebagai balasan keikhlasan dan cintanya pada seni, harga khidmat Fizz Fairuz kini disifatkan olehnya dalam nada seloroh, "Berbaloi-baloi."

Kemudian Fizz menyambung: "Bagaimanapun masih ada kompromi untuk harga tawaran murah yang saya terima."

Resap roh arwah ayah

Menjadi salah seorang pelakon lelaki masa kini yang diakui kredibilitinya, setiap karakter, dilakonkan dengan ikhlas. Kata Fizz, jika bersetuju bekerja dalam sesebuah produksi, dia tidak memilih karakter, sebaliknya memilih jalan cerita.

Kerana bagi peminat sukan bola sepak ini, dengan jalan cerita yang baik, barulah dia boleh menonjol dalam setiap karakter yang diberi. Paling dielakkan oleh Fizz adalah terbabit dalam cerita yang tidak memberi moral kepada khalayak.

"Saya akui, dulu saya tidak selektif. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya sedikit selektif. Saya mahu kerjaya lakonan ini mampu memberi moral yang baik kepada khalayak, bukannya hanya sekadar hiburan semata-mata," tuturnya yang memberitahu peningkatan paling ketara yang berlaku sepanjang menjadi pelakon adalah penghayatannya menjadi semakin baik.

Lewat ketelitiannya memilih jalan cerita itulah membuat nama Fizz naik. Hampir semua karakter menjadi, habuannya sehingga ada yang mahu meludah mukanya kerana meluat dengan persembahannya di dalam beberapa drama.

Terbaru, seorang mak datin mengajak dia berkahwin lari di luar negara kerana terpersona dengan kenaifan dan kewibawaan yang dibawa lewat peranan Aidil dalam siri drama fenomena, Nur Kasih yang baru berpenghujung Jumaat lalu.

"Memang lucu bila ada seorang wanita yang mengaku dirinya datin mengajak saya berkahwin di luar negara gara-gara watak Aidil. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengarah produksi dan meminta saya menghubunginya," kata Fizz ketawa.

Terdiam sejenak, Fizz yang ditanya tentang impak karakter Aidil terhadap dirinya dan khalayak ternyata mempunyai kisahnya tersendiri.

Karakter Aidil, lelaki penyabar dan berhemah tinggi itu sebenarnya diserap daripada karakter arwah bapanya, Zainal Abidin yang pulang ke Rahmatullah pada tanggal 6 Mei 2008 lalu. Malah pengorbanan yang dilakukan Aidil terhadap keluarga dan adik-beradiknya juga adalah perjalanan realiti kehidupannya.

"Mak dan kakak saya menangis bila lihat saya bawa watak Aidil. Pengorbanan yang Aidil lakukan dalam Nur Kasih hampir sama dengan pengorbanan saya secara realiti

"Saya mengambil sifat-sifat arwah abah untuk menjayakan watak Aidil, sehingga membawa Aidil selama lima bulan untuk 26 episod ini sering mengundang sebak kerana teringatkan arwah ayah yang penyabar dan berhemah tinggi," katanya yang merupakan anak kelima daripada sembilan beradik tetapi menjadi anak lelaki yang bertanggungjawab menjaga keluarga kerana masih solo.

Malah kata Fizz, jika mahu mengaitkan erti pengorbanan sempena Aidiladha, pengorbanan cinta dan dedikasinya terhadap keluarga adalah pengorbanan tersuci daripada seorang anak, adik dan abang dalam keluarga besarnya itu.

Tetapi satu yang diminta Fizz yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Bunuh Matahariku di Cameron Highlands, jangan khalayak terlalu taksub dengan Aidil di dalam kehidupan seorang Fizz Fairuz.

Sebagai pelakon, dia hanya menjayakan karakter yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Justeru, apabila Nur Kasih tamat tayangannya, dia juga sudah mengembara lebih jauh daripada karakter Aidil.

"Kini saya mempersiapkan diri untuk membawa karakter Leftenan Hassan untuk filem Bravo 5. Saya teruja kerana ini adalah sebuah filem patriotik yang memberi moral terbaik buat khalayak menerusi perjuangan seorang askar yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk agama, bangsa dan negara," katanya yang juga akan terbabit untuk sebuah drama terbitan RTM kelak.

Tidak suka berjanji

Mengenali dirinya sendiri, dua perkara menjadi prinsip Fizz. Dia tidak suka berjanji dan tidak gemar memasang sasaran kehidupan. Kata Fizz, kehidupan harus mengalir sendiri di atas usaha gigih. Justeru, janji hanya akan memakan diri sendiri jika tidak ditepati.

Hal ini dibicarakan saat topik kami beralih tentang perancangan kehidupannya dengan teman wanita, pelakon manis, Almy Nadia.

Mengakui wanita amat penting dalam kehidupan seseorang lelaki, itu adalah lumrah kehidupan. Tetapi mahu memintal janji atau menyasarkan usia untuk berkahwin, itu bukan stail Fizz.

"Sebab itu saya tak ada sasaran mahu berkahwin. Mungkin jauh lagi perkahwinan buat diri saya. Saya tidak mahu berkahwin dalam keadaan yang tidak bersedia. Saya juga tidak mahu berkahwin dan kemudian terpaksa bercerai berai.

"Dalam masa yang sama, saya tidak suka berjanji. Kalau saya berjanji pada diri sendiri misalnya saya ingin berkahwin pada usia 35, tapi saya tidak isi janji itu, saya bersalah. Jadi saya biarkan semuanya mengalir," akuinya yang memaklumkan mujur Almy begitu memahami paksi dirinya.

Tetapi itu tidak bermakna Fizz tidak merencana masa depannya dengan baik. Secara perlahan-lahan wang tabungan bekerja keras sebagai pelakon dilaburkan dalam dua bentuk perniagaan yang berbeza.

Sejak setahun lalu, di bawah payung Kasih Tania Enterprise, dia dan abangnya mengusahakan perniagaan lembu dan kambing. Sementara masih di dalam proses akhir sebelum dilaksanakan adalah sebuah restoran yang dijalankan di kampung kelahiran ibunya di Ketari, Bentong, Pahang.

"Jika ada rezeki lebih, saya juga mahu membuka sebuah rumah produksi," katanya ringkas tetapi terkesan berkobar-kobar.

Transformasi Shila


SESI fotografi Selebriti dengan gadis ini berjalan meriah. Lama tidak ketemu, gadis jelita ini kelihatan semakin berisi. Namun bukan itu persoalannya, sebaliknya penyanyi ini tampil segar dan ranggi dengan gaya tersendiri.

Barangkali, mungkin ia imej baru yang cuba ditampilkan penyanyi berusia 19 tahun ini. Malah, menyentuh album terbarunya pula, Shila: Bebaskanlah turut mengalami transformasi.

Menurut Nurshahila Amir Amzah (Shila), album terbaru itu menjadi karya eksperimennya. Tidak mahu terus terikat dengan konsep lama yang jelas tidak membuka mata pendengar, dia mencuba sesuatu yang baru.

“Saya cuba melakukan sesuatu untuk album ketiga ini. Jadi, saya mengetengahkan beberapa perubahan besar terhadap muzik saya.

“Dulu, saya sendiri rasa pelik dan tertanya-tanya mengapa sebelum ini orang tidak mengenali saya walaupun sudah ada dua album. Bagaimanapun, tidak adil untuk menyalahkan mereka, lalu dengan inisiatif sendiri serta nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman, saya melakukan transformasi dalam muzik mahupun imej,” katanya.

Akui Naib Juara One In A Million (OIAM) ini, pengalaman menyertai program realiti terbitan stesen 8TV itu mematangkan dirinya terutama dalam mempertingkatkan kemampuan sebagai penyanyi serta penguasaan pentas.

“Alhamdulillah, ia menjadi pengalaman terbaik untuk saya memperbaiki konsep lagu. Syukur juga, album ini diterima peminat yang rata-ratanya menyukai konsep ini.

“Ramai juga yang memuji bahkan penerbit album, Ahmad Izham Omar juga terkejut mendengar vokal dalam album itu yang berubah-berubah.

“Bagi saya mungkin cara penghayatan pada setiap lagu membuatkan ia kedengaran berbeza. Saya berpuas hati dengan album ini.

“Selain itu juga, ada satu lagu di mana liriknya saya tulis sendiri berjudul Kaku Aku. Ia mengisahkan pengalaman rakan saya yang mengadu tidak tahan dikongkong teman lelaki mereka.

“Bagi menghormati kelompok peminat urban yang mula mengikuti perkembangan karier nyanyian saya sebaik menyertai OIAM pula, dua lagu Inggeris dimuatkan - Hell No dan Whisper My Name,” katanya yang mengumpulkan 12 lagu untuk album ini.

Bagi yang sudah mendengar album ketiga Shila, mereka pastinya terhibur dengan barisan pelbagai lagu rancak serta balada.

Tambah Shila, sesuai dengan peringkat umurnya yang masih remaja, dia cuba mendendangkan lagu sesuai dengan kehidupannya kini.

“Adakalanya, saya berfikir mengapa saya tidak menyanyikan lagu-lagu menceritakan mengenai kehidupan yang sering diketengahkan penyanyi remaja antarabangsa seperti Britney Spears, Katie Perry atau Miley Cyrus.

“Jadi, untuk itu saya tampilkan album ini. Menurut maklum balas yang diterima, alhamdulillah ramai menyukainya dan ia sudah cukup untuk saya.

“Saya juga beruntung album ini mendapat kerjasama komposer terkenal seperti Audi Mok, Ahmad Izham, Aubrey Suwito, Kieran Kuek, Eka Shereen, Mahfuz, Pot Amir dan Shazee.

“Turut memberi sumbangan ialah komposer Indonesia, Audius Mtawarira, Tegan Rogers dan Andy Love serta penyanyi Malaysia yang mencipta nama di luar negara, Che’nelle,” katanya.

Landasan Imran


RASA kesal dan terkilan terhadap sikap sesetengah stesen radio swasta tempatan yang seakan tidak menerima lagu ciptaannya, menggesa penyanyi muda kelahiran Singapura, Imran Ajmain untuk menembusi kaedah lain bagi mempromosikan karyanya kepada umum.

Alternatif terbaru artis naungan Metadome Sdn Bhd ini adalah menerusi laman sesawang Facebook yang kini umpama satu kemestian kepada ramai anak muda dan golongan bekerjaya.

Gagal mendapat perhatian daripada radio masih boleh diambil positif, tapi apabila mereka menyatakan lagu terbaru ciptaannya umpama lagu lama dan langsung tidak bersesuaian dengan konsep stesen mereka yang kononnya ‘urban’ benar-benar menguji kredibilitinya sebagai penyanyi dan komposer.

Bagaimanapun, Imran yang pernah popular menerusi lagu Seribu Tahun sebelum ini tetap melahirkan rasa bertuahnya apabila masih diterima baik di Malaysia. Malah, album terbarunya, Punca dan Tindakan yang memuatkan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dan lagu duetnya bersama Diana Danielle, Radio mendapat tempat di hati pendengar tempatan.

“Sebelum ini lagu saya diterima baik, mungkin kerana single ketiga, Jika Engkau Pergi, yang mengangkat susunan muzik ala 60-an dianggap lapuk dan tidak sesuai dengan pendengar masa kini. Melodi dan lirik lagu ini ciptaan saya sendiri dan Sulu Sarawak membantu menyusun lirik. Manakala susunan muziknya pula digarap oleh Eddy Marzuki.

“Oleh kerana ia tidak dimainkan di radio, saya mengambil langkah untuk menjadikan ruang peribadi Facebook saya sebagai platform untuk peminat mendengar dan menilai lagu itu. Alhamdulillah, setakat ini saya memang bergerak aktif dalam berinteraksi dengan lebih 5,000 peminat di Facebook.

“Melihat usaha itu berhasil, pihak syarikat pengurusan bersetuju untuk membuka satu laman khas iaitu JikaEngkauPergi.com untuk terus mempromosikan lagu itu. Terdapat muzik video lagu itu, di belakang tabir dan pelbagai peraduan istimewa yang disediakan buat peminat saya di laman web itu.

“Peminat yang mengunjungi laman saya ini cukup aktif berkomunikasi. Malah mereka juga bebas meninggalkan pandangan bagi memantapkan lagi karya dan kerjaya seni saya.

“Segala perkembangan terkini dan maklumat terbaru mengenai kerjaya seni saya juga dikemaskini setiap hari oleh saya sendiri. Jadi peminat boleh berbual dan mengetahui ke mana saja jadual persembahan saya,” katanya.

Dia melihat ia sebagai satu kaedah promosi berkesan memandangkan hari ini penggunaan Internet sangat relevan. Oleh itu, sebaik mungkin dia cuba manfaatkan. Jika tiada aral melintang, laman web ini katanya, akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagi penyanyi yang baru-baru ini memenangi anugerah bagi kategori vokal terbaik dan ciptaan asli terbaik di World Championship of Performing Art (WCOPA) menerusi lagu Jika Engkau Pergi ini mengharapkan agar peminat tempatan sudi menghargai lagu terbarunya itu.

Selain sibuk mengingatkan agar peminatnya tidak lupa untuk melayari lama web JikaEngkauPergi.com, Imran juga teruja apabila lagu ciptaannya itu mula diperdengarkan di stesen radio Era.

Intipati Sari Yanti


BIARPUN bergelar anak seni yang dilimpahi cahaya glamor, dia tetap menguruskan rumah tangga seperti kebanyakan suri lain. Mengemas, membasuh dan menguruskan makan minum suami, semua dilakukan sendiri tanpa campur tangan pembantu rumah.

Baginya, tidak rugi berbakti kepada suami kerana kepada jejaka itulah segala kasihnya tertumpah. Walaupun ada ketikanya sehari suntuk di lokasi, tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan.

Malah, sejak mendirikan rumah tangga Januari lalu, Sari Yanti Mohamad Nazari, 25, lebih selektif dalam kerjaya. Seboleh mungkin dia cuba mengelak tawaran yang menuntut masa panjang demi suami tercinta, Mohd Eddy Casmady Che Hussein.

“Jangan salah faham, Eddy tidak pernah mengongkong,apa lagi minta Sari mengutamakan dirinya. Mungkin kerana kami berkawan sebelum Sari menceburi bidang ini, dia sangat memahami corak kerja Sari.

“Cuma sebagai isteri, Sari rasa bersalah andai melebihkan kerja. Sari perlu tahu tanggungjawab sebagai isteri dan jika terpaksa memilih, pasti Sari utamakan suami. Bagi Sari, keluarga jadi keutamaan, malah tiada apa yang boleh gantikan suami.

“Setakat ini Sari tiada masalah membahagikan masa antara kerja dan rumah tangga. Cuma, Sari akui tidak boleh menerima tawaran penggambaran yang memakan masa hingga berbulan-bulan lamanya. Sari kena fikirkan Eddy, kasihan dia andai hari-hari Sari di lokasi.

“Alhamdulillah setakat ini Eddy gembira, malah tidak pernah sekali pun dia merungut atau mengungkit kesibukan Sari. Ada juga penggambaran sehingga jam 6 pagi, tetapi tak jadi masalah kerana kebetulan dia bekerja di luar Kuala Lumpur,” kata pelakon bermata galak ini.

Aktres yang sinonim dengan watak pelajar dan remaja ini bertuah apabila bebas daripada kontroversi, bahkan sepanjang pembabitannya dalam industri, tidak pernah dia dikaitkan dengan cerita liar. Pendek kata, semuanya 'bersih' hinggalah selamat mendirikan rumah tangga Januari lalu.

Sambil berseloroh Sari berkata, barangkali dia jarang menghadiri majlis hiburan menyebabkan media kurang berminat menulis mengenai dirinya.

“Bukan tiada undangan, tetapi Sari tidak dapat hadir kerana terikat dengan jadual penggambaran. Bila jarang bercampur, kuranglah cerita mengenai Sari. Apapun, Sari bersyukur tidak dikaitkan dengan cerita negatif.

“Mungkin juga kerana Sari tidak berahsia dengan media. Dari awal pembabitan, Sari mengaku ada teman lelaki dan bila ada yang cuba mengorek cerita, Sari jelaskan buah hati Sari itu orang biasa dan bukan daripada kalangan teman industri.

“Bila tarikh perkahwinan makin dekat, Sari jemput media. Jadi, tiada apa yang boleh disensasikan. Sari tidak pernah putus berdoa dijauhkan daripada cerita negatif, lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga. Sari tidak mahu gara-gara khabar angin yang bukan-bukan, ada hati yang terluka,” katanya.

Mengulas sisi peribadinya, andai tidak terbabit dengan penggambaran, anak kedua daripada tiga beradik ini gemar menghabiskan masa di rumah dan sesekali pulang bertemu keluarga di kampung.

“Eddy 'sporting' orangnya. Jika dia sibuk dan tidak dapat menemani Sari, dia akan izinkan Sari pulang ke kampung atau ke rumah saudara mara. Kebetulan, ramai sepupu Sari menetap di Kuala Lumpur, jadi kerap juga berkumpul dan habiskan masa bersama.

“Dua bulan lalu Sari kerap pulang ke Kuala Pilah kerana membantu keluarga melakukan persiapan perkahwinan kakak. Dulu dia bertungkus-lumus bantu Sari, tiba pula giliran Sari menolongnya,” kata Sari yang mula mencuri perhatian ramai menerusi komersial Hotlink.

Menyingkap perkembangan terkini, Sari baru saja selesai penggambaran kesinambungan musim ketiga siri Kisah Kaisara arahan Nyon Othman yang bersiaran secara eksklusif di laman sesawang Kotex.

Masih mengekalkan pelakon sama, penggambaran 10 episod siri popular dilema Kaisara dan rakannya ini mengambil masa dua minggu.

“Tidak banyak beza, cuma kali ini isu dan permasalahan wanita dikupas dengan lebih mendalam. Malah apabila disiarkan di laman sesawang, kami lebih bebas berbicara soal haid dan dilema remaja, malah boleh menyebut perkataan Kotex.

“Setiap episod ditayangkan selama 15 minit. Apabila lama terbabit dengan siri ini, Sari tidak lagi fikir soal impak watak atau sambutan penonton, sebaliknya yang lebih penting adalah maklumat yang mahu disampaikan.

“Jika di televisyen penyampaian informasi terhadap permasalahan datang bulan agak terhad tetapi bila menggunakan laman sesawang sebagai medium siaran, ia lebih terbuka.

“Selesai Kaisara, Sari terbabit pula dengan penggambaran Juanna musim baru. Sari juga ada menerima tawaran sebuah drama panjang tetapi masih dalam pertimbangan kerana jadualnya bertindih dengan penggambaran Juanna,” kata anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini.

Selain itu Sari turut terbabit dengan telefilem Keabadian Cinta arahan Kabir Bhatia. Menariknya, kali ini Sari memegang watak gadis buta di samping pelakon berbakat besar, Remy Ishak.

“Sebelum ini Kabir ada panggil berlakon di bawah arahannya tetapi Sari terpaksa tolak kerana terikat dengan produksi lain. Sari sangat berbesar hati dapat bekerja dengan Kabir yang terkenal dengan karya kreatif dan memikat.

“Konsep Keabadian Cinta tidak jauh berbeza dengan filem Cinta tetapi kali ini Kabir mengetengahkan tiga cerita yang berkait antara satu sama lain. Selain Sari dan Remy, telefilem ini dijayakan Eizlan Yusof, Tiz Zaqyah, Cheryl Samad dan Gavin Stenhouse.

“Menghidupkan watak gadis buta bukan mudah malah pengalaman itu jauh berbeza daripada produksi yang pernah Sari jayakan sebelum ini. Biarpun sukar Sari cuba yang terbaik malah sangat bertuah kerana Kabir dan Remy banyak membantu.

“Sari gembira kerana ramai pengarah mula percaya kemampuan diri ini dengan memberi watak lebih matang dan sesuai dengan status Sari. Tidaklah lagi terikat dengan watak remaja, pelajar sekolah atau kolej semata-mata,” katanya.

Berpeluang menjayakan beberapa babak filem Impak Maksima dan Jalan Lama membuka keinginan aktres ini untuk serius memahat nama di layar perak.

Pun begitu, dia tidak terlalu ghairah mengharap lantaran sedar banyak kekurangan perlu diperbaiki, khususnya aspek persembahan.

“Sari ada dalam bidang ini secara tidak sengaja selepas menjayakan komersial. Yang Sari ada sekarang adalah pada paras sederhana dan pengalaman pun tidak sebanyak mana.

“Soal mampukah Sari dibawa ke layar perak, terpulang kepada penilaian mereka yang melihat lakonan Sari. Jika ada tawaran, Sari akan berusaha sebaik mungkin,” katanya merendah diri.

Lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini pernah memasang cita-cita mengusahakan perniagaan, namun hasrat itu belum mampu direalisasikan kerana menumpukan sepenuh masa terhadap bidang lakonan.

Katanya, apabila yakin dan ada perancangan rapi, baru dia berani mengambil apa saja risiko untuk menceburi bidang itu.

“Satu lagi perkara yang ingin Sari lakukan adalah menganjurkan program kesedaran bersama remaja dan pelajar sekolah.

“Sari mahu menyuntik kesedaran remaja, khususnya pelajar perempuan, terhadap penyakit berbahaya termasuk kanser yang meragut banyak nyawa.

“Sari tertarik untuk mendekati golongan ini, mungkin kerana mereka dekat di hati berikutan watak yang Sari bawa sebelum ini. Ini adalah perancangan jangka panjang dan tanggungjawab sosial Sari terhadap masyarakat,” katanya.

Nas Ahmad tinggalkan Melodi!


BAGAI nak luruh jantung Zubir apabila menerima perkhabaran terkini, personaliti terkenal TV3, Nas Ahmad atau lebih popular dengan gelaran Abang Rambut Ketak ditamatkan perkhidmatannya sebagai penerbit Melodi! Zubir dimaklumkan lagi, tugas Nas Ahmad sebagai wartawan penyiaran yang mengendalikan segmen popular Melodi, Terjah bakal ditamatkan apabila dia hanya muncul di Melodi sehingga penghujung bulan ini saja.

Memang menjadi lumrah, seorang penerbit rancangan TV tidak akan kekal selama-lamanya pada satu-satu program saja, tapi Nas belum sampai setahun bergelar penerbit Melodi, dia sudah menerima nasib tidak baik sedangkan beliau adalah tulang belakang yang menaikkan rating Melodi selama ini dan dalam masa sama melakukan revamp ke atas program itu baru-baru ini, sekali gus menubuhkan Skuad Melodi!

Daripada sumber yang menceritakan perkara ini, TV3 sudah menemui pengganti Nas sebagai penerbit Melodi yang baru dan akan memulakan tugasnya bermula bulan depan. Persoalannya sekarang, apa kesalahan Nas sehingga dia tidak dibenarkan lagi bersama Skuad Melodi?

Maklumat lain yang Zubir peroleh, ada yang mendakwa Nas merajuk sebab itu dengan tiba-tiba dia mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai penerbit Melodi. Tapi, jika benar, Nas merajuk dengan siapa? Sepanjang mengenali Nas secara dekat, dia adalah seorang kakitangan TV3 yang amat berdedikasi dan komited dengan tanggung jawabnya menyajikan hanya yang terbaik dan sensasi untuk Melodi.

Apa yang Zubir sedia maklum, ibu Nas baru saja meninggal dunia, tapi takkan disebabkan kematian ibunya membuatkan Nas berubah sikap, merajuk dan berlaku kemurungan dalam kerjayanya?

Pun begitu, perkhabaran Nas Ahmad 'disingkirkan' dari Melodi TV3 adalah satu berita gembira kepada musuh-musuhnya dalam industri hiburan. Pasti mereka bertepuk tangan kerana tiada lagi si mulut laser yang akan melakukan segmen Terjah mencungkil kehidupan peribadi mereka yang sentiasa diselubungi cerita sensasi dan kontroversi panas!

Namun, Zubir mengharapkan tenaga kreatif TV3 seperti Nas Ahmad sewajarnya diberi peluang membuktikan dia mampu menggegarkan lagi dunia hiburan dengan paparan isu eksklusif yang menjadi ‘makanan’ Nas Ahmad setiap minggu. Walau apapun keputusan TV3 mahupun daripada Nas sendiri, sebagai rakan seperjuangan dan sahabat karib, Zubir sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya, all the best bro, kita terjah yeeahh!

ZUBIR: Di Indonesia ada kumpulan muzik bernama Ada Band, sekarang di Malaysia muncul pula kumpulan Dengar Band, siapa tiru siapa?

Benarkah gadis seksi kakak Heliza?


Aksi mesra gadis seksi bersama pemuda masih menjadi tanda tanya, adakah dia kakak Heliza?


Imej bertudung bintang AF5 cuba dicemari penyebaran foto gadis seksi didakwa saudara kandung

AWAL minggu lalu, Zubir menerima kiriman emel daripada seseorang bertanyakan soalan: "Betul ke ni kakak Heliza AF5?", sekali gus menyertakan 15 keping gambar termasuk bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Helmi atau Heliza, 24, bersama seorang gadis cantik yang didakwa sebagai kakak kandungnya.

Zubir sebenarnya tidak pernah bertemu atau mengenali kakak Heliza, namun suatu ketika dulu, pemenang tempat keempat konsert akhir AF5 itu memang pernah memaklumkan kepada Zubir, dia mempunyai seorang kakak yang bertugas sebagai pramugari bersama penerbangan AirAsia. Justeru, apabila Heliza bergambar bersama seorang gadis jelita yang lengkap berpakaian seragam pramugari AirAsia, rasanya mungkin itu kakak kandung Heliza yang pernah diceritakannya.

Pun begitu, di samping foto Heliza bersama kakak dan keluarganya, diselitkan juga beberapa keping gambar seorang gadis berpakaian seksi sedang bersantai di tepian pantai sambil ditemani seorang pemuda. Melihatkan kepada kemesraan gadis dan pemuda berkenaan, bolehlah melabel mereka sebagai pasangan kekasih. Namun, persoalannya sekarang, adakah gadis yang berpakaian menjolok mata itu kakak kandung Heliza?

Entahlah Zubir tak berani jadi hakim. Telahan Zubir, mungkin pelanduk dua serupa. Namun, berdasarkan bentuk muka kakak Heliza yang bujur sirih bersama hidung mancungnya, dibandingkan pula bentuk wajah gadis seksi berkenaan, ia mempunyai sedikit persamaan. Tapi, zaman moden ini segala kemungkinan boleh berlaku, Zubir pula bukan pakar dalam bidang pengecaman wajah!

Sekiranya gadis seksi itu bukan kakak kandung Heliza, ternyata ada pihak yang cuba mencalar imej Heliza yang bertudung litup itu. Entah siapa-siapa yang mempunyai wajah persis kakak Heliza, kebetulan pula dia mengenakan pakaian seksi sedang bersantai bersama kekasih, terus saja mereka menuduh dan melabel itulah kakak Heliza yang sangat jauh cara penampilannya berbanding adik yang sentiasa menerapkan imej wanita muslimin.

Namun, sekiranya benar gadis berpakaian menjolok mata itu kakak Heliza, Zubir sekadar berkongsi rasa simpati kerana niat untuk mencalar nama baik Heliza sebagai penyanyi dan pelakon popular, akhirnya tercapai. Peminat pasti mengata, adik bertudung litup, sentiasa berpakaian sopan, tapi kakak, masya-Allah!

Justeru, nasihat Zubir, berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan di luar sana, lebih-lebih lagi jika mempunyai anggota keluarga yang bergelar artis atau selebriti popular. Orang kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, harapan Zubir biarlah isu gambar seksi itu hanyalah pelanduk dua serupa.

Pun begitu, Zubir mengharapkan penjelasan daripada Heliza yang kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Adakah gadis seksi itu benar-benar kakak kandungnya? Atau mungkin juga gadis jelita berpakaian seragam AirAsia itu sekadar kenalan rapat Heliza, hanya kau yang mampu memberi jawapannya Heliza...

Namun, sekiranya Zubir tersilap percaturan mendakwa gadis berkenaan sebagai kakak Heliza, biarlah awal-awal lagi Zubir susun jari minta maaf!

ZUBIR: Betulkah Halim Othman yang bertugas sementara sebagai penyampai HotFM, tidak mahu ditemubual wartawan! Hairan, kan?

Putri Mardiana, Wan Cromok bercinta?


Foto aksi mesra Mardiana dan Wan Cromok kiriman peminat.


Pelakon utama filem Santau dikatakan pernah menjalin hubungan intim dengan pengarah drama

TIDAK sabar Zubir menunggu tayangan filem sensasi, Jalang terbitan De’Baron Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios Sdn Bhd ini yang bakal menjengah pawagam mulai 26 November ini. Mendengar judulnya saja mampu mengundang minat orang ramai memenuhi pawagam untuk melihat sejauh mana kehebatan bakat baru, Rosyasmin Mohamad Khanif atau Yasmin, 21, beraksi sebagai perempuan jalang bernama Maria yang aktif melakukan aktiviti pelacuran bertaraf elit.

Siapa Yasmin Khanif? Zubir tidak pernah mendengar namanya sebelum ini. Jauh sekali menonton lakonannya. Mudah-mudahan dengan kemunculan pertamanya di layar perak menerusi Jalang, ia mampu mengangkat namanya di persada seni tanah air. Pun begitu, dalam masa sama, Zubir sudah terdengar ura-ura cerita kurang enak perihal Yasmin yang dikaitkan dengan ahli keluarganya. Tapi tunggu, masih di peringkat ‘penyelidikan’.

Sebenarnya minggu ini Zubir bukannya hendak bercerita perihal Jalang mahupun Yasmin. Sebaliknya mengenai seorang lagi aktres baru, Putri Mardiana Zainal Abidin, 28, yang bakal meletup dengan filem sulungnya, Santau terbitan MIG Productions, bakal menjengah di pawagam bulan depan.

Terus terang Zubir katakan, memang Zubir tidak pernah kenal siapa Putri Mardiana, tapi sekurang-kurangnya Zubir berbangga kerana semakin ramai muka baru mendapat kepercayaan produksi gergasi seperti MIG mendukung watak utama menerusi filem terbitan mereka. Sekurang-kurangnya nama mereka pasti menjadi bualan peminat genre filem berkenaan, sekali gus mendapat perhatian pihak media massa seperti Zubir sendiri.

Pun begitu, nama Putri Mardiana menjadi perhatian Zubir selepas dia meledak dengan kisah perceraiannya bersama bekas suami, Shahnaz Norwawi apabila ikatan perkahwinannya terlerai pada Ramadan, baru-baru ini.

Akui Mardiana, sejak pertengahan tahun lalu, rumah tangganya dengan lelaki yang berjawatan perunding kejuruteraan mekanikal di Singapura itu bermasalah. Justeru, disebabkan merajuk dia melarikan diri selama enam bulan mencari ketenangan bersama keluarganya di Sitiawan, Perak.

Namun, itu cerita peribadi Mardiana, Zubir tak mahu ambil pusing lagi. Perkara yang dah lepas, biarkan berlalu pergi, jangan pandang belakang. Zubir sebenarnya lebih kagum dengan pencapaian Mardiana di bidang lakonannya apabila dia berjaya mengharumkan nama negara menyahut cabaran bertanding pada World Championship of Performing Arts 2009 di Los Angeles hingga meraih pingat emas kategori lakonan terbuka, baru-baru ini.

Pun begitu, ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari apabila sekeping foto aksi mesra Mardiana bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai pengarah drama, Mohd Ridzuan Mat Husin atau lebih popular dengan panggilan Wan Cromok, akhirnya jatuh ke tangan Zubir selepas dikirimkan seorang peminat dunia seni menerusi MMS, Khamis lalu.

Zubir difahamkan, Mardiana dan Wan Cromok pernah bergelar pasangan kekasih, namun adakah ikatan percintaan itu masih terjalin hingga ke hari ini, tak dapatlah dipastikan. Pun begitu, menurut sumber yang rapat dengan pasangan berkenaan, Mardiana dan Wan Cromok dikatakan pernah bercinta selama beberapa bulan, namun adakah masih berterusan hingga ke hari ini, hanya empunya diri yang lebih mengetahui.

Kita tunggu saja penjelasan daripada Mardiana, sama ada dia ingin mengaku itu gambarnya ketika bercinta dengan Wan Cromok atau mengambil jalan selamat mengakui itu sekadar foto superimpose (teknik pertindihan). Tapi, menurut cerita sumber sama, selain gambar berkenaan, ada beberapa keping lagi gambar Mardiana bersama Wan Cromok sedang bercuti di sebuah pusat peranginan terkenal! Zubir tak sabar nak melihatnya!

Sebelum ini, pernah tercetus desas-desus menyebut Wan Cromok dikatakan juga bekas kekasih dan rakan kongsi perniagaan kepada penerbit dan pelakon terkenal, Darling Ngasri. Namun, disebabkan tiada jodoh, ikatan percintaan itu terlerai begitu saja. Kini, Darling sudah pun bergelar isteri kepada Nur Azlin Rahmat yang dinikahinya Mei lalu. Wan Cromok juga yang membujang, siapa tahu mungkin jodohnya bersama Mardiana.

Takut pisang berbuah dua kali


Maria Farida tidak serik berkahwin lagi tetapi sering dihantui peristiwa hitam 10 tahun lalu

BUKAN serik nak berkahwin lagi, sebaliknya pelakon jelita, Maria Farida tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kegagalan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta hampir sedekad lalu cukup membuatkannya berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Apatah lagi berkahwin bukan soal main-main, ia membabitkan masa depan.

Lebih bahagia bersama satu-satunya permata hati, Mizan Ashley, 12, pelakon kacukan Melayu-Filipina itu bagaimanapun tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh. Cuma di kala hidup bersendirian selepas sekian lama, Maria tidak mahu kebahagiaan yang dimiliki hari ini direntap dengan permasalahan rumah tangga.

Masih cantik seperti dulu, pelakon yang kini tampil menerusi filem Jalang itu mengakui: “Bukan saya tak percaya pada lelaki selepas rumah tangga saya dulu berkecai di tengah jalan, tetapi saya belum bertemu lelaki yang sesuai. Bohonglah, kalau tiada lelaki yang mahu mendekati, tetapi rasanya mereka hanya sesuai dijadikan kawan, bukan pasangan hidup.

“Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, saya tak mahu merana selama-lamanya. Ada kalanya rasa serik masih menebal dalam diri saya, apatah dulu saya berdepan dengan konflik rumah tangga yang mencengkam jiwa. Jika ditakdirkan hidup sendiri lebih baik, saya reda. Jika bertemu jodoh dengan lelaki bertanggungjawab, punya kerjaya dan bukan suami orang, itu sudah memadai. Saya tak pilih nak berkahwin dengan lelaki kaya, berharta atau berpangkat, cukuplah ada kerjaya dan pendapatan tetap.

“Paling penting, lelaki itu menerima saya dan anak saya seadanya. Saya sudah melalui kesulitan dulu apabila mempunyai suami yang tidak bekerja, habis duit simpanan saya ketika bergelar model dan pelakon dikeluarkan untuk menyara hidup, saya tak sanggup lagi melalui keperitan itu. Alhamdullilah, selepas terlepas cengkaman bekas suami dulu, saya kembali berlakon semula dan hari ini, rezeki saya tak putus-putus sehingga ada yang terpaksa ditolak.”

Maria berkata, dia tidak pernah menyesali takdir apabila mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan ketika namanya sedang berada di puncak. Ketika itu, dirinya mahu mendirikan rumah tangga dan berhasrat menumpukan perhatian pada suami dan anak-anak.

“Suatu percaturan yang silap apabila saya berhenti berlakon dulu, tetapi saya tak pernah kesal. Saya terlalu letih bekerja, maklumlah saya sudah bergelumang dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun. Dari seorang model, akhirnya saya ke layar perak, jadi saya sudah merasai perit jerih sebagai anak seni.

“Jadi bila berkahwin, saya rasa ada baiknya saya memberikan tumpuan pada suami dan anak. Saya tidak mahu lagi sibuk di lokasi penggambaran sehingga awal pagi, sedangkan suami dan anak terbiar di rumah. Bagaimanapun, saya sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari, percaturan saya silap. Ketika berkahwin, saya tukar nombor telefon dan berpindah ke rumah lain, jadi saya terputus hubungan dengan kawan-kawan.

“Peringkat awal mahu kembali semula berlakon memang susah, ramai yang tak dapat mencari saya, tetapi kini, selepas hampir 10 tahun berlalu, saya semakin selesa. Saya bersyukur bakat yang dikurniakan Tuhan memberi saya peluang meneruskan hidup seperti insan lain.

“Kini, anak pun sudah meningkat dewasa dan hikmahnya, biarpun rumah tangga menemui kegagalan, tetapi Tuhan menghadiahkan saya seorang anak sebagai peneman hidup,” katanya yang baru selesai penggambaran drama 20 episod, Rias Mutiara dan filem komedi romantik, Datin Ghairah.

Tiga filemnya, selain Jalang, My Spy dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys juga bakal berada di pawagam serentak dalam masa terdekat.

Secara jujur, Maria berkata, dia sering ditawarkan watak antagonis dalam lakonan, termasuk watak wanita elit dan golongan datin. Mungkin disebabkan perwatakan dan rupa paras yang kelihatan sombong menyebabkannya diberikan watak sedemikian.

Terbaru, menerusi Jalang, arahan Nazir Jamaluddin dan terbitan De’Baron Sdn Bhd, Maria melakonkan watak Puan Sri Salina, isteri Tan Sri Jamaudi yang mempunyai skandal dengan seorang wanita pelacur kelas atasan, Maria.

“Saya akui watak Datin atau Puan Sri sudah sinonim dengan saya. Saya tidak kisah membawa apa saja watak asalkan ada kelainan dan mencabar kemampuan. Watak ibu, anak dara atau remaja, asalkan menarik, saya akan terima. Bagi saya, bila ditawarkan bermakna penerbit serta pengarah percaya saya mampu galas tanggungjawab itu.

“Jalang adalah filem kelapan saya sejak bergelar anak seni. Bila melakonkan watak Puan Sri Salina, mungkin orang luar menilai watak biasa saja, tetapi kelainan kali ini, apabila saya berdepan dengan konflik hidup setelah suami mempunyai perempuan simpanan dan wanita itu adalah seorang jalang.

“Kesudahan cerita, watak saya tersangkut pula dengan orang kanan suami dan menjalinkan hubungan sulit hingga ke ranjang. Memang sukar kerana saya juga seorang `jalang’ yang menduakan suami dalam filem ini.

“Saya melihat filem ini mempunyai mesej berguna dan jangan sesekali menghukum seseorang, terutama golongan pelacur atau jalang, hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya,” katanya.

'Cara Nora tak profesional'


Tarik diri daripada Spa Qistina gara-gara kemunculan Fasha

KONTROVERSI berlaku lagi terhadap bersiri Spa Q musim ketiga yang kini ditukar judul menjadi Spa Qistina. Terbaru ia membabitkan dua bintang 'panas' - Nora Danish dan Fasha Sandha yang pertama kali bekerja di bawah produksi sama, Global Station Network Sdn Bhd sejak mereka dikatakan 'perang dingin' berkaitan isu peribadi lebih setahun lalu.

Sekalipun produser syarikat itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton tidak pernah mempertemukan Nora dan Fasha berlakon babak sama kerana memahami situasi berkenaan, insiden lain pula yang berlaku pada 5 November lalu apabila Nora dikatakan meninggalkan lokasi penggambaran di Lot 10, Kuala Lumpur apabila menyedari kehadiran Fasha di situ.

Tidak cukup dengan itu, pihak Global Station Network juga dikatakan sudah menyerahkan surat tamat kontrak kepada Nora dan wataknya sebagai Maya digantikan pelakon, Datin Natasha Hudson. Pun begitu, menerusi laporan Harian Metro terbitan 9 November lalu, Nora menegaskan dia tidak disingkirkan, sebaliknya terpaksa menarik diri kerana tidak dapat memberi komitmen pada tarikh baru yang dibuat untuk produksi Spa Qistina. Ia memulakan penggambarannya pada 19 Oktober lalu, tetapi babak membabitkan Nora bermula pada 22 Oktober.

"Saya juga sempat buat beberapa babak mengikut jadual itu, tetapi produksi Spa Qistina mempunyai masalah teknikal dan terpaksa berhenti pada 29 Oktober selama empat hari. Sepanjang tempoh itu, banyak babak saya tidak dapat dilaksanakan. Saya juga tidak dapat memberi komitmen apabila Spa Qistina diambil alih pasukan produksi baru dan penggambaran juga pada tarikh baru yang ditetapkan. Sepatutnya, saya selesai penggambaran pada 20 November, tapi pasukan baru pula dijadualkan tamat penggambaran pada Disember. Saya juga sudah terima tawaran daripada MIG Production Sdn Bhd untuk berlakon dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang akan memulakan penggambarannya Disember nanti," kata Nora.

Kata Nora lagi, dia menarik diri bukan kerana masalah bayaran kerana memang puas hati dengan bayaran yang sudah dipersetujui bersama Global Station Network sebelum ini.

"Saya juga hanya sempat jayakan kira-kira 10 peratus saja babak Maya dalam drama bersiri itu. Saya juga tidak mengambil sebarang bayaran pun daripada Global Station Network kerana terpaksa menarik diri daripada drama bersiri ini," katanya.

Nora juga menafikan dia menarik diri kerana kehadiran Fasha dalam drama itu. Menerusi Rap pada hari sama juga, Zaiton berkata, Nora terpaksa menarik diri daripada Spa Qistina kerana tidak dapat memberi komitmen pada tarikh baru penggambaran yang ditetapkan pasukan produksi baru siri itu.

Pun begitu, Zaiton mengubah kenyataannya apabila bertemu wakil B*Pop pada Selasa lalu 10 November apabila mendakwa dia tidak mahu terus dilabel sebagai produser pilih kasih oleh mereka yang mengetahui kejadian sebenar berlaku antara Nora dan Fasha pada 5 November itu.

Nora letak syarat

"Kami tidak pernah mengundang kontroversi, sebaliknya ia berlaku di luar kawalan Global Station Network. Namun, saya ingin membuat penjelasan dan pembetulan mengenai laporan disiarkan akhbar awal minggu ini mengenai kemelut yang berlaku antara pihak produksi, Nora dan Fasha, sekali gus memberitahu apa yang sebenarnya berlaku di aras bumbung, Lot 10 pada 5 November lalu.

Apabila pada suatu tahap orang mempertikaikan kenapa saya mengamalkan sikap pilih kasih atau double standard ke atas Nora dan Fasha, saya harus menjelaskan perkara sebenar kerana pada hari kejadian saya berada di situ dan tahu apa yang berlaku. Saya terpanggil untuk membuat penjelasan ini untuk memberitahu apa yang sebenar-benarnya berlaku supaya isu ini tidak dipersoalkan lagi.

Kami sudah membuat perbincangan dengan pihak Astro mengenai barisan pelakon yang akan membintangi Spa Qistina. Antara artis yang terpilih termasuklah Nora dan Fasha. Mulanya saya membuat tawaran ini kepada Fasha dan dia bersetuju sekalipun tahu Nora juga akan berlakon. Pada masa sama, saya juga menawarkan satu watak kepada Nora.

Mulanya, Nora tak tahu Fasha juga terbabit dalam Spa Qistina, namun selepas beberapa siri perbincangan, barulah dia tahu. Saya tanya Nora, adakah dia bersetuju kerana Fasha juga ada, Nora kata tak ada masalah, ini soal kerjaya dan dia harus bersikap profesional, namun dengan syarat, tidak ada satu pun babak membabitkan Nora dan Fasha. Itulah permintaan Nora.

Sewajarnya, saya patut memberi pertimbangan di atas permintaan Nora. Saya berjanji tidak akan membabitkan sebarang watak antara dia dan Fasha. Justeru, kami akan memastikan perkara itu tidak terjadi di lokasi, Nora dan Fasha tidak akan bertembung. Ketika penggambaran Spa Qistina pada 5 November itu, call time Nora jam 1 petang, manakala Fasha 4 petang. Memang jadual kami dah susun cantik.

Nora-Fasha tak bergaduh

Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal dan cuaca, maka berlakulah kelewatan, call time ‘lari’. Produksi penggambaran agak lewat membuat persiapan di aras bumbung Lot 10 itu. Pada masa sama, saya mendapat panggilan daripada pengurus produksi, memberitahu Fasha sudah sampai. Saya terus memberi arahan supaya 'tahan' Fasha, jangan benarkan dia naik ke aras bumbung dulu kerana Nora masih berada di situ.

Ketika itu jam sudah hampir 3.30 petang dan pekerja saya terus 'tahan' Fasha, tak benarkan dia ke lokasi dengan alasan set tak siap lagi tanpa memaklumkan Nora turut berada di situ. Tapi, Fasha tetap nak naik juga ke aras bumbung itu sebab dia nak bersolek. Apabila Fasha meneruskan perjalanannya ke lokasi, entah siapa memaklumkan kepada Nora, Fasha dah sampai!

Nora terus beredar dari set Spa Qistina, tidak mahu meneruskan penggambaran, sekali gus mendakwa kenapa pihak produksi tidak sensitif, kenapa tak telefon Fasha, jangan biarkan dia datang dulu sebab dirinya masih di lokasi. Saya cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Nora, sebaliknya dia tetap meninggalkan set.

Bagi saya, Nora dan Fasha tak bertemu muka pun di lokasi, ketika di aras bumbung itu, Nora berada di dalam bilik, manakala Fasha di luar. Alasan Nora, dia tak mahu berada di bawah satu bumbung bersama Fasha. Saya masih cuba memberi penjelasan, pihak produksi bukan sengaja ingin menemukan Nora dan Fasha, lagipun call time mereka berbeza. Namun, kelewatan yang berlaku pada hari itu adalah di luar kawalan pihak produksi.

Begitu juga dengan gosip yang mendakwa Nora dan Fasha bergaduh di lokasi Spa Qistina pada 5 November itu. Ingin saya tegaskan di sini, pergaduhan itu tidak pernah berlaku!”

Nora pulangkan cek

"Sebaliknya Nora tidak mahu mendengar penjelasan saya, dia terus beredar meninggalkan set tanpa mempedulikan artis lain yang sudah berada di situ untuk memulakan penggambaran. Jelas, pihak produksi tidak pernah menyingkirkan Nora, dia sendiri yang meninggalkan set. Bukan sekadar dia tak mahu meneruskan penggambaran pada hari itu, sebaliknya terus tarik diri daripada Spa Qistina. Nora terlalu emosional.

Saya minta Nora berbincang dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini secara profesional, namun dia enggan bertemu dengan saya. Saya telefon, dia tak jawab. Pihak produksi juga tidak pernah mungkir janji menemukan Nora dan Fasha di mana-mana lokasi pun.

Nora juga terus memulangkan cek pembayaran pendahuluan yang diterimanya sebelum ini pada hari yang sama dia meninggalkan set. Memang kami belum menandatangani sebarang kontrak perjanjian kerana ada perubahan harga. Nora minta bayarannya dinaikkan daripada apa yang ditawarkan kepadanya sebelum ini. Saya setuju dengan harga diminta Nora dan ketika pertukaran perjanjian itulah, situasi ini berlaku.

Pada masa sama, Nora sudah pun menjalani penggambaran Spa Qistina sebanyak 38 babak. Saya sangat kesal dengan tindakan Nora yang meninggalkan terus set penggambaran, sekali gus mengakibatkan kerugian pihak produksi. Saya terpaksa mencari pelakon lain menggantikan Nora. Alhamdulillah watak Maya sudah pun menemui pengganti iaitu Ummi Nazeera.

Tak hormati produser

Pun begitu, sekiranya Nora masih bersama produksi Spa Qistina, kami akan sedaya upaya memastikan jadual penggambarannya tidak bertindih dengan jadual filem terbarunya, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang bakal memulakan penggambarannya Disember ini. Namun, apa lagi yang mampu kami lakukan apabila Nora menutup pintu perbincangan melainkan menanggung kerugian.

Saya menganggap apa yang berlaku ini, Nora mencampur adukkan masalah peribadinya dengan profesionalisme dalam kerjaya. Dia tak boleh terima sebab mengapa perkara itu terjadi. Kalau pihak produksi sengaja menemukannya dengan Fasha, kami faham kenapa dia bertindak demikian.

Saya juga dimaklumkan, tiga hari selepas insiden berkenaan, Nora dan Fasha hadir pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (M-IFW) 2009 yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur. Saya dapat tahu, mereka berkongsi bilik menunggu dan runway yang sama! Sekiranya Nora berpegang kepada prinsipnya - tidak mahu berkongsi bumbung dengan Fasha, dia sewajarnya tidak hadir pada majlis berkenaan.

Justeru, apabila Nora menarik diri daripada Spa Qistina, seolah-olah dia tidak menghormati saya sebagai produser. Saya beranggapan Nora tidak berfikir secara rasional, sekiranya dia menerima tawaran Spa Qistina kerana saya, sepatutnya dia tidak menimbulkan sebarang masalah. Tambahan pula ketika majlis pelancaran Spa Qistina, Nora tak datang, saya faham Fasha ada di situ.

Apa yang saya dapat lihat, Nora seolah-olah pentingkan diri dan perasaan sendiri, langsung tak profesional. Mungkin ini satu dugaan yang harus saya tempuhi sebelum saya berangkat menunaikan fardu haji pada 19 November ini. Etika kita bekerja, kita perlu mendahulukan profesionalisme. Apabila potret diri kita profesional di hadapan orang ramai, buat juga profesional, jangan beritahu kita profesional, sebaliknya tidak begitu."

'Bukan salah saya'


Abby Abadi perjelas dakwaan beliau tak hadir dubbing filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami

DISIPLIN kerja aktres popular, Abby Abadi dikatakan kononnya semakin merosot sejak kebelakangan ini walhal dia tidak pernah mendatangkan sebarang masalah besar kepada pihak produksi yang pernah dinaunginya selama ini. Terbaru, Abby didakwa tidak hadir proses memasukkan suara untuk filem terbarunya, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami arahan Din CJ. Kegagalan Abby menghadiri sesi memasukkan suara itu mendapat kritikan menerusi ruangan pojok, Jeling Kak Pora terbitan B*Pop 8 November lalu dengan judul, ‘Abby Abadi dah mula buat hal?’

Wakil B8Pop bertemu Abby di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini, untuk merungkai isu ini.

“Apa yang dikeluarkan dalam ruangan Kak Pora tu, sikit sangat kebenarannya, sebaliknya lebih banyak ditokok tambah. Biarlah saya menceritakan daripada awal macam mana saya boleh terbabit dalam filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami. Saya cuma terbabit sembilan babak saja.

Ketika perbincangan awal, saya hampir tak jadi berlakon dalam filem berkenaan kerana membabitkan beberapa perkara terutama soal bayaran. Ketika itu saya berurusan dengan Pengurus Produksi (PM), Norehan. Namun, sehari sebelum penggambaran, tiba-tiba jadi apabila masing-masing mencapai kata sepakat, sekali gus mereka menambah pembayaran saya.

Tapi, apabila saya menjalani penggambaran hari pertama, pihak produksi menambah lagi bayaran apabila saya diberitahu, Haliza Misbun suka dengan hasil kerja saya. Justeru, saya memang tak ada sebarang masalah dengannya. Memang saya seronok bekerja, kontrak pun saya dah tandatangani. Ketika menjalani penggambaran, memang tak pernah timbul sebarang masalah.

Kini, yang timbul masalah ialah ketika proses memasukkan suara atau dubbing. Ketika urusan dubbing, saya masing berhubung dengan PM sama. Dia dah bagi tarikh dan saya dah booked salah satu tarikh yang diberi. Tiba-tiba ketika saya nak pergi dubbing, Norehan SMS saya memberitahu tak jadi dubbing, Haliza Misbun ‘angin’!

Saya tanya kenapa, dia pun tak tahu. Saya risau, saya tak ada tarikh lagi nak dubbing. Tak lama selepas kejadian itu, PM tadi pun meninggalkan produksi Haliza.

Tak lama kemudian, ada orang baru yang dilantik untuk menguruskan hal dubbing, namanya Zaiton. Dia beri saya tiga tarikh lain. Selepas meneliti jadual, saya pun booked salah satu tarikh yang diberikan itu. Ketika itu mereka beri masa malam saja untuk dubbing. Saya pula shooting sebelah siang, jadi malam saya boleh datang dubbing.”

'Semua itu tipu!'

“Tiba-tiba, sekali lagi sebelum dubbing, Zaiton telefon saya memberitahu ada masalah studio, tak jadi juga dubbing! Dah masuk dua kali dubbing dibatalkan. Masuk kali ketiga, pengarah sendiri, Din CJ SMS saya. Dia pun beri saya beberapa tarikh untuk saya pilih buat dubbing. Saya minta sedikit masa untuk semak semula jadual penggambaran drama saya.

Din CJ baru beri saya masa sehari, esoknya dia terus SMS saya, memberitahu tak mengapalah, pihak produksi sudah memasukkan suara tenaga profesional lain untuk menggantikan suara saya! Saya sendiri tak tahu mereka guna suara siapa. Saya tanya, tak jadi masalah ke? Kalau boleh saya nak guna suara sendiri, tapi apabila dah jadi macam ni saya tak mahu menyusahkan mana-mana pihak dan harap pihak produksi tidak memarahi saya.

Din CJ terus balas SMS saya, memberitahu dia sikit pun tak memarahi saya. Justeru, kenyataan Kak Pora yang mendakwa puaslah orang produksi menunggu, batang hidung pun tak nampak. Semua itu tipu! Bila masa saya buat hal? Buktikanlah! Apabila saya beri tarikh untuk dubbing, mereka ambil remeh temeh saja, walhal saya memang sibuk dengan penggambaran drama.

Tapi, kenyataan Kak Pora yang mendakwa pihak produksi terpaksa mengeluarkan belanja lebih membayar orang lain untuk menggantikan saya, itu tak kena. Kalau saya tak boleh datang, saya akan beritahu tak boleh, tak mungkin saya membiarkan orang lain menunggu. Sebagai manusia, saya juga ada kelemahan. Kalau mereka kata salah saya, saya minta maaf. Tapi, saya sudah menceritakan perkara betul yang berlaku. Jangan kata saya tidak memberikan kerjasama. Saya boleh shooting, kenapa saya tak boleh dubbing?

Tidak bermusuh dengan Haliza

Dalam hal ini, saya tak tahu siapa yang bawa mulut, saya tak berani nak tuduh. Bayaran terakhir pun saya tak dapat lagi. Lazimnya selepas dubbing, baru artis terima bayaran terakhir tu. Tapi, apabila dah jadi begini, saya tak habiskan kerja, saya boleh agak, saya rasa tak akan dapat baki pembayaran terakhir itu.

Saya harap, apa yang berlaku ini, tidak menimbulkan permusuhan antara saya dan Haliza. Saya tak ada masalah dengannya. Sekiranya saya tetap bersalah, untuk saya minta maaf secara terbuka, saya langsung tak ada masalah. Sebagai manusia, saya juga tidak sempurna. Tapi, apa yang saya ceritakan hari ini adalah fakta.

Justeru, saya rasa perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Saya cari rezeki dalam bidang lakonan. Cerita seumpama ini boleh mengganggu gugat imej saya. Saya menyayangi karier lakonan saya dan saya bukannya seperti digambarkan menerusi artikel berkenaan. Kalau bekerja, saya seorang yang sangat bersungguh. Saya percaya pada rezeki.

Jangan kerana perkara sekecil ini hendak ditokok tambah jadi besar. Saya tak mahu disebabkan perkara ditokok tambah ini, saya keluar daripada bidang seni. Ini sumber pendapatan saya, janganlah menabur pasir dalam periuk nasi saya. Namun, sekiranya apa yang berlaku ini, kesalahan tetap diletakkan di bahu saya, saya terimalah. Saya tak mahu memperbesarkan isu ini sehingga saya boleh bergaduh dengan Haliza.

Saya tak rasa apa yang berlaku ini membebankan saya, cuma tak seronok saja. Isu seperti ini tidak seharusnya ditimbulkan supaya imej saya sebagai pelakon tidak tercalar.”

INFO: Abby Abadi

•NAMA SEBENAR: Arbaieyah Abdul Manan
•TARIKH LAHIR: Disember 1977
•ASAL: Kuala Lumpur
•KELUARGA: Bongsu daripada tujuh beradik
•KERJAYA NYANYIAN: Anggota asal kumpulan Elite
•DUTA: Ribena
•DRAMA / TELEMOVIE: Gerak Khas, Mahabbah Delaila dan Hikayat Putera Shazlan
•FILEM: Pasrah, Gerak Khas The Movie, Gerak Khas The Movie 2, GK3, Sembilu 2005 dan Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami
•PROGRAM TV: Roda Impian
•TEATER: Lantai T Pinkie

Adam & Stacy sekepala tapi tak serasi


Bintang AF dari Sabah akui sudah kenal keperibadian masing-masing tapi tiada lahir bibit cinta

KALI pertama menonton klip video lagu Menggegar Dunia, duet bintang Akademi Fantasia (AF) - Adam dan Stacy yang disiarkan kali pertama pada 31 Oktober lalu menerusi Astro Ria, penulis teruja melihat gandingan mantap mereka ketika mendendangkan lagu ciptaan Edry KRU itu.

Mengamati liriknya pula, memang benar menggambarkan Adam dan Stacy, mereka pasangan yang tak kena, namun sebaik bergabung di pentas seni - menari dan menyanyi, kedua-duanya meletup apabila bersatu!

Sebelum ini memang tidak pernah timbul sebarang gosip yang mengaitkan Adam bercinta dengan Stacy. Peminat sedia maklum, Adam ketika ini dikatakan ‘berteman tapi mesra’ dengan Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang RTM2009, Jo-Anna Sue Henley-Rampas atau Joan, 20, manakala Stacy yang dikhabarkan baru putus kasih dengan bintang AF6, Nubhan, kini dikatakan sedang menyemai benih cinta dengan Akim dari AF7.

Justeru, gandingan Adam dan Stacy, memang tidak kena apabila mereka dikatakan pasangan kekasih, namun apabila melihat keserasian dan kelincahan mereka ketika menyanyi serta menari lagu rancak, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem terbaru terbitan KRU Studios, My Spy, tidak keterlaluan apabila melabel gandingan itu bakal menggegar industri hiburan, buktinya lagu berkenaan kini menduduki carta selesa di beberapa stesen radio popular!

Klip video Menggegar Dunia yang diarahkan Abdulazeez W.R dilatari filem My Spy apabila filem ke-5 terbitan KRU Studios ini dijangka menjengah pawagam pada 3 Disember depan. Pun begitu, KRU Studios bijak mencuri peluang apabila populariti yang sedang diraih Adam dan Stacy di mata peminat, mereka gabungkan untuk menyuntik kelainan dalam filem terbaru mereka, sekali gus bakal menggamit peminat kedua-dua bintang realiti kelahiran Astro ini memenuhi pawagam.

Dalam ramai-ramai bintang kelahiran AF2, Adam boleh dianggap bertuah dan bernasib baik apabila dia masih ‘bernafas’ sehingga hari ini sejak lima tahun lalu menempa nama pada musim kedua program realiti paling berpengaruh itu.

Namun, sekitar 2007, Adam pernah dilatari titik hitam apabila hubungannya dengan pihak media massa terputus seketika gara-gara kerap menghilangkan diri setiap kali cuba dihubungi.

“Sekarang saya sudah berubah apabila menyedari kesilapan dan kecuaian yang pernah saya lakukan. Saya amat menyayangi bidang yang saya ceburi ini, justeru saya tidak mahu lagi mengulangi kegagalan masa lampau. Hubungan artis dan media massa ibarat isi dengan kuku, antara kami saling memerlukan satu sama lain. Selagi termampu, saya akan memberikan komitmen sebaik mungkin.

“Pun begitu, mimpi tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerja keras yang berterusan. Ia diperkuatkan lagi dengan lagu-lagu ciptaan Edry KRU yang saya dendangkan diterima baik oleh peminat. Setiap kali saya muncul dengan album baru, saya akan menukar imej, tapi konsep dance music tetap dikekalkan dengan harapan peminat tidak mudah bosan, lebih-lebih lagi dengan kemunculan ramai artis baru kebelakangan ini,” kata Adam.

Selain popular sebagai penyanyi yang mampu membawakan pelbagai genre muzik terutama hip hop dan pop tradisional dance, Adam juga laris di kaca TV dan layar perak. Terbaru, dia baru selesai membintangi filem Dimensi Cinta. Ketika filem berkenaan masih menunggu giliran menjengah pawagam, difahamkan ramai pelakonnya termasuk Adam belum menerima bayaran akhir mereka.

Khabarnya ramai artis kecewa dengan pihak produksi gara-gara bayaran yang belum dilunaskan itu dan apabila diajukan kepada pihak produser, masing-masing cuba lepas tangan.

Kecewa belum terima bayaran

“Ramai artis baru yang berlakon di dalam filem berkenaan adalah muka baru yang bekerja di bawah produksi saya, Aico Entertainment Zone, justeru apabila saya sendiri belum menerima bayaran akhir, macam mana saya nak bayar gaji pekerja? Saya harap produksi berkenaan tidak terus menangguhkan perkara ini, beri penjelasan segera dan dalam masa sama, baki yang tertunggak itu, jangan terus dilengahkan,” rayu Adam.

Tidak lengkap perbualan dengan Adam jika tidak bertanyakan perihal ‘teman tapi mesranya’, Joan yang juga Ratu Tadau Kaamatan Sabah 2007/2008. Sehingga kini kedua-duanya lebih selesa mengakui mereka sekadar berkawan baik, sebaliknya istilah bercinta tidak pernah terbit dalam perasaan masing-masing, walhal gosip bertiup kencang, mencanang kedua-duanya dalam diam-diam menjalin cinta rahsia!

Apabila Adam terus diasak dengan pertanyaan adakah dia sudah bersedia memperkenalkan Joan sebagai kekasihnya, sekali lagi dia terus mengunci mulutnya seolah-olah ada rahsia di antara mereka. Terbaru, KRU Studios terus menyambar peluang keemasan apabila Joan sudah pun menyanyikan beberapa single ciptaan Edry, sekali gus situasi berkenaan bakal merapatkan lagi perhubungan Adam-Joan. Komen Adam?

“Antara saya dan Joan, kami masih berkawan baik. Namun, macam mana nak bercinta, bertemu pun jarang. Saya dapat tahu Joan sudah merakamkan beberapa single ciptaan Edry. Justeru, apabila sudah bekerja satu bumbung, sekiranya diberi peluang bekerjasama, persahabatan yang sedia terjalin mampu dirapatkan lagi. Tapi, apabila bercakap soal cinta, saya serahkan pada jodoh,” jelas Adam enggan mengulas panjang lebar.

Tak selesa digelar Agnes Monica Malaysia

Sementara itu, populariti Stacy semakin melonjak sehingga dia diberi jolokan Agnes Monica versi Malaysia gara-gara kelincahan tariannya sambil menyanyi secara langsung, itu kelebihan dirinya. Namun, adakah Stacy berasa selesa dengan kedudukannya hari ini?

“Saya rasa bersyukur kerana peminat sudah mengiktiraf kebolehan dan bakat seni saya, tapi kadang-kadang tak selesa juga apabila dilabel Agnes Monica Malaysia, terasa diri ini tiada identiti. Saya lebih berasa bangga apabila orang melihat kelincahan saya di pentas, orang berteriak itu adalah Stacy, Stacy AF6!,” katanya bersungguh-sungguh.

Namun, sebelum bergelar penghibur popular seperti hari ini, Stacy pernah melalui hari gelapnya apabila dia bersama keluarga pernah merasai keperitan hidup apabila kemiskinan mereka menjadi hinaan masyarakat, tapi hari ini semuanya berubah dek populariti yang diraih, Stacy dijulang peminat.

“Dulu kita hidup susah, orang menghina, sekarang dah senang sikit, orang memuja, namun itu adalah lumrah dan fitrah manusia. Bagi saya, jika bukan kerana hinaan dan cacian orang, saya tak akan jadi kuat dan berjaya seperti hari ini. Justeru, saya menjadikan kritikan mereka sebagai pembakar semangat. Saya bekerja keras dalam usaha memberi persaingan yang sengit kepada ramai lagi bakat yang bagus-bagus di luar sana,” katanya lagi.

'Tak mungkin kami jatuh cinta'

Stacy juga mengakui serasi dan selesa bekerja dengan Adam menghasilkan pembikinan Menggegar Dunia. Sekalipun mereka dikatakan pasangan tak sepadan, tak mustahil dia mungkin jatuh cinta dengan Adam yang sama-sama berasal dari Sabah apabila berkongsi budaya dan loghat bahasa yang sama.

“Saya dan Adam tak mungkin jatuh cinta, kami dah kenal lama, dah tahu keperibadian masing-masing, memang susah nak jadi pasangan kekasih! Lagipun saya perlu menghormati perasaan Adam dan Joan yang berkawan baik, tambahan pula saya dan Joan satu sekolah di Sabah dulu, dia juga saya dah kenal lama.

“Justeru, cukup sekadar saya dan Adam bergabung di pentas seni, kami boleh meletup apabila digandingkan, sama-sama suka menyanyi dan menari lincah,” katanya.

Apa pula cerita putus cinta Stacy dengan Nubhan dan sejauh mana kebenaran percintaan yang terjalin antara dirinya dan Akim sejak akhir-akhir ini?

“Saya hairan macam mana orang kata saya putus cinta dengan Nubhan, bercinta pun tak pernah. Begitu juga dengan Akim, kami tak pernah keluar dating, tiba-tiba saja boleh keluar gosip saya dan Akim bercinta! Bagi saya, apa yang berlaku antara saya, Nubhan dan Akim adalah salah faham semata-mata. Apabila kami sering bekerjasama menjayakan persembahan nyanyian, mulalah orang bergosip, antara kami pasangan kekasih,” jelasnya lagi.

Kebenaran gosip Stacy pernah mengundang Akim bertandang ke rumahnya?

“Mengarut! Tak pernah ke situ perhubungan kami,” katanya yang mengakui teringin juga bercinta seperti remaja lain, namun ketika ini masanya belum sesuai.

Katanya lagi, dirinya belum cukup kuat memberi komitmen dalam percintaan. “Kalau bercinta, sekejap saja, nak buat apa? Akhirnya jadi macam lagu saya, Pakai Buang, tak mahulah!,” katanya berseloroh.

INFO: Stacy

•NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
•TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
•ASAL: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
•KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
•ALBUM: Aku Stacy mengandungi lagu seperti Aku Stacy, Gagap, Cerah, Cinta Yang Ku Duga dan Pakai Buang
•SINGLE: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy
•DUTA: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins
•PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabahan oleh Ketua Menteri Sabah

INFO: Adam

•NAMA SEBENAR: Mohd Aizam Mat Saman
•TARIKH LAHIR: 19 September 1983
•ASAL: Inanam Laut, Sabah
•KELUARGA: Sulung daripada empat beradik
•ALBUM: Adam, Adam 2 dan Adam 3 (kesemuanya terbitan KRU Studios)
•SINGLE: Menggegar Dunia (duet bersama Stacy AF6) juga lagu runut bunyi filem My Spy
•FILEM: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Dimensi Cinta (belum ditayangkan)
•DRAMA / TELEFILEM: Pria, Akademi dan Hotel (working titles - belum ditayangkan)
•TELEFILEM ARAHAN PERTAMA: Wira Malam: Bisikan Naga
•PENCAPAIAN: Tempat ketiga, Akademi Fantasia 2 (AF2) (2004); Lagu Paling Popular Hits 1 (Joget Lambak, 2007); Pelakon Lelaki Popular pada Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) berdasarkan undian SMS dan Vokal Duo Terbaik bersama KRU (Terhangat Di Pasaran) pada Anugerah Era 2004/2005

Tubuh Demi Moore Di Cover Majalah Palsu?


BARU-BARU ini pose aktres Demi Moore di sebuah majalah menjadi bualan hangat. Tubuhnya di majalah itu disebut-sebut bukan tubuh asli Demi.

Sebelum itu, blogger selebriti Perez Hilton menyerang isteri aktor Ashton Kutcher itu di dalam blognya. Perez menganggap bahawa keseluruhan foto Demi di cover tersebut adalah hasil suntingan. Dalam pada itu, bintang 'Ghost' itu telah menjelaskan desas-desus tubuh palsu (bahagian pinggul) itu menerusi twitternya.

Namun kini perdebatan itu kembali terjadi. Pengamat fesyen menganggap foto Demi di cover majalah W Magazine edisi Disember itu memang bukan tubuh aslinya melainkan milik seorang model bernama Anja Rubik.

Seorang jurufoto terkenal, Anthony Citrano berani mempertaruhkan wang sejumlah US$ 5 ribu jika Demi boleh membuktikan bahawa fotonya tidak disunting sama sekali.

"Saya merupakan orang pertama yang memulakan ini (menyebarkan berita bahawa foto Demi disunting) dan saya akan menyelesaikannya. Saya akan mengeluarkan wang sejumlah US$ 5 ribu jika dia (Demi) boleh membuktikan fotonya asli," ujarnya.

Baru-baru ini juga foto Demi di cover majalah W Magazine disebar bersama dengan foto Anja Rubik yang memakai busana serta pose sama. Menurut Citrano, tubuh asli Demi hanya sebatas leher saja, selebihnya adalah milik Anja.

Pihak W Magazine juga turut membela Demi.

"Kita tidak melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya pada foto Demi. Demi perempuan yang cantik luar biasa, cover kita menunjukkan hal itu," ujar pihak W Magazine.

Bekas Isteri Buat 'Kejutan' Hari Lahir Pasha Ungu


VOKALIS band Ungu dari Indonesia, Pasha mendapat kejutan istimewa di hari ulang tahunnya pada Jumaat lalu yang jatuh pada Hari Raya Aidiladha oleh bekas isterinya, Okie dan tiga orang anaknya.

Okie datang ke rumah Pasha di kawasan Bogor untuk menghantar ketiga anak mereka. Saat sampai di rumah Pasha, Okie bukan sahaja tidak turun dari keretanya malah tidak menoleh sedikitpun kepada Pasha.

Kejutan Okie itu rupa-rupanya tidak mempengaruhi Pasha. Baginya yang paling penting dapat bertemu dengan tiga orang anaknya, Kisya Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha, dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.

Semasa meraikan ulang tahun bersama keluarga dan peminatnya, Pasha sempat merakamkan ucapannya.

"Tidak ada yang lebih seronok berbanding hari ini," ujar Pasha yang meraikan ulang tahun itu di kafenya, D'Fix Coffee and Shisa di Jalan KH Soleh Iskandar, Ruko Jasmine, Bogor, Jawa Barat.

Penyanyi lagu 'Dilema Cinta' itu sangat bahagia apabila dapat bertemu anak-anaknya. Tidak hairanlah Pasha begitu gembira kerana sudah tiga bulan dia tidak menemui mereka.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mama anak-anak ini kerana mahu menghantar mereka kepada saya," ujar Pasha yang kini menjadi tahanan kota itu.

Di ulang tahunnya yang ke-30, Pasha berharap dia dapat menemui ketiga anaknya lagi. Dia juga ingin menjadi manusia yang lebih baik selepas ini.

Nurul Sudah Temui Pasangan Yang ‘Secocok’?


SEJAK kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Nurul kelihatan berseri-seri, adakah dia sedang bercinta?

Seperti di laman FaceBooknya, dia ada meluahkan perasaan gembira, berseri-seri dan seperti dilamun cinta.

Malah, dalam laman web itu juga, dia ada menyebut bahawa sesuatu akan berlaku di awal bulan Disember ini berkenaan dia dan cinta barunya.

Ada juga sumber dari internet yang mendakwa pernah terserempak dengan Nurul dengan penampilan yang menarik dan berseri-seri sejak sebulan dua ini.

Ibu tunggal kepada seorang anak, Ayu Nazirah ini seperti sudah mampu mengumpul kekuatan dan nampak jalan yang terbentang di hadapannya.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbarunya, ‘Tika Cinta’ ini kini dikhabarkan sudah menemui pasangan yang ‘secocok’ dan selesa dengannya.

“Ada orang selalu nampak Nurul di Kota Damansara. Sibuk bagaimanapun, beberapa kali dalam seminggu mesti dia akan ‘dating’ di Kota Damansara.

“Selepas itu, kenalannya juga selalu bertanya kepada jurumekap Nurul, Dik Sha sama ada penyanyi itu sudah berjumpa dengan lelaki idamannya.

“Mungkin ada yang tahu Nurul baru sahaja putus cinta dengan seorang lelaki. Jadi, selepas bertemu dengan cinta barunya itu, Nurul lebih yakin dengan dirinya yang bergelar ibu tunggal,” kata sumber itu. Namun apabila ditanya kepada Nurul, dia enggan mengulas banyak mengenai pengumuman itu dengan memberitahu:

“Insya-Allah, saya akan umumkan sesuatu pada 16 Disember ini dan lokasinya di Kuala Lumpur itu akan diberitahu kemudian.

“Saya minta semua peminat dan media dapat hadir ke majlis itu dan berharap semua orang dapat menantikan pengumuman itu kerana saya terpaksa rahsiakan buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Mengenai perubahan dirinya yang berseri-seri itu, Nurul hanya tertawa kecil lantas tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya itu.

“Bila dah solo ni orang akan perhatikan saya dan membuat pelbagai andaian sedangkan saya sama sahaja.

“Kalau orang kata saya berseri, mungkin sebab saya gembira dan selalu buat ‘exercise’ dan menunggang kuda.

“Saya mengaku memang gembira sangat sekarang tetapi tidak boleh huraikan sebabnya lagi.

“Semua orang kena tunggu berita baik ini dan saya sengaja buat ia lebih ‘suspens’. Apa-apa kena tunggu hari itu sebab sekarang kami tengah berbincang tentang hal ini. Barulah ‘surprise’,” ujarnya lagi.

Sementara itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Kerana Terluka’ ini tidak menafikannya dia kerap kali berlegar di Kota Damansara.

“Saya selalu ke situ berjumpa kawan-kawan dan pergi gym. Takkan saya nak beritahu orang semua perkara yang saya buat..saya pula jenis yang suka berjalan seorang diri.

“Jadi, mungkin ramai orang yang tertunggu-tunggu siapa teman lelaki saya,” tuturnya yang baru menerima lamaran untuk berlakon sebuah filem yang turut dirahsiakan.

Kata Nurul, dia sedang berbincang untuk berlakon dalam filem itu. Jika ditanya mengenai dirinya, memang dia sudah bersedia untuk berlakon filem selepas kali terakhir berlakon filem ‘Sate’.

“Buat masa ini, saya masih sibuk mempromosikan album ‘Tika Cinta’ dan sedang memikirkan untuk membuat bisnes lain yang berkaitan dengan industri seni,” beritahunya yang sebolehnya ingin 100 peratus menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Bosan digelar bekas isteri Ajai

Dalam masa yang sama, Nurul yang pernah bercerai dengan penyanyi dan komposer Ajai kini mahu orang ramai berhenti daripada menggelarkan dirinya sebagai bekas isteri Ajai.

“Saya tak nak peminat teringatkan saya bekas isteri Ajai sebab dia (Ajai) dah kahwin dan mempunyai isteri.

“Cukuplah orang tahu dan saya sendiri tahu yang saya pernah menjadi isteri orang. Saya tak kisah orang cerita saya ada anak...itu lain cerita.

“Kalau dikaitkan dengan Ajai lagi, saya takut peminat menjadi emosional nanti. Jadi, kalau boleh saya tak mahu ingatkan mereka lagi dan berharap semua orang termasuk media tidak menggelarkan diri saya sebagai bekas isteri Ajai lagi selepas ini..,” akhiri Nurul yang mahukan sinar baru dalam hidupnya.

Model Terkurus Didunia












Kek Perkahwinan Tercantik








Seksinya Zahida Rafik

Pelakon Zahida Rafik semamngnya cukup dikenali kerana keseksian seksanya. Terbaru dia berpakaian sungguh seksi bersama-sama ambil gambar dengan Chef Wan di salah sebuah majlis di ibu negara. Chef Wan seperti tidak mahu menghindari daripada Zahida. Mahu bergambar bersama juga walaupun orang lain bertukar gambar. Yang Zahida nie pulak memang mantap sungguh body nya, dahlah mantap, putih lagi tu.


Aleeza Kassim Seksi


Pelakon dan juga merangkap pragawati artis, Aleeza Kassim yang sememangnya popular dan terkenal bukan kerana bakatnya namun kepada keseksian seksanya itu. Baru-baru ni ada lagi satu majlis yang dihadirinya dengan pakaian menjolok mata memandang. Memang seksi lah, sampai nampak lubang pusat. Dalam hal yang lain, Aleeza sebenarnya dah berkahwin dah pada awal tahun 2007 yang lalu. Hubby kena main peranan lah ni nampaknya.

Kurus kerana tekanan hidup


KELIBAT selebriti terkenal, Daphne Iking pada majlis pra tonton filem My Spy, minggu lalu menarik perhatian media.

Melihatkan sosok tubuhnya yang kurus menimbulkan tanda tanya kepada wartawan yang terus mengerumuninya untuk mendapatkan penjelasannya.

Daphne tetap seperti dulu. Ceria dan sungguh mudah didekati biarpun dirinya kini diselubungi masalah rumah tangga yang pastinya bukan satu rahsia lagi.

"Kurus saya bersebab. Saya akui masalah rumah tangga merupakan salah satu penyebab mengapa tubuh saya kurus begini.

"Tetapi, bukan kerana itu sahaja sebaliknya saya sibuk dengan kerja-kerja saya yang tiada kesudahan," katanya membuka bicara dalam nada yang cukup tenang malam itu.

Tanpa selindung, Daphne memberitahu, dia sudah berpisah dengan suaminya, Ryan Chong sejak setahun setengah yang lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 Januari 2007 dan dikurniakan seorang puteri comel, Isobel Daniella yang sudah pun berusia dua tahun pada 26 November lalu.

Sebelum ini, media sudah menghidu tentang pergolakan rumah tangganya. Namun Daphne menafikan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai asam garam dalam dunia perkahwinan.

Riak wajahnya langsung tidak menggambarkan sebarang penyesalan mahupun kesedihan kerana bagi Daphne, apa yang berlaku adalah suratan takdir.

Enggan mengulas lanjut mengenai perpisahan itu, apa yang penting buat Daphne kini adalah tumpuan terhadap karier seninya dan memikirkan soal masa depan anak tunggalnya.

Buat masa ini, Daphne atau nama sebenarnya, Daphne M. Iking sibuk mengendalikan rancangan pencarian model terbaru, Ford Model's Supermodel Of The World Malaysia 2009.

Tidak cukup dengan itu, dia menerima banyak tawaran berlakon filem khususnya selepas membintangi filem My Spy dan Belukar.

"Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang dan diberi tawaran untuk meluaskan lagi skop seni saya.

"Inilah hikmah dan saya hanya mahu berfikiran positif serta menjalani kehidupan saya dengan semangat baru di samping anak kesayangan saya," kata jelitawan berusia 30 tahun ini penuh makna.

Pada masa yang sama, Daphne juga mengorak langkah sebagai pereka fesyen apabila menjalinkan kerjasama dengan pereka terkenal, Sonny San menerusi jenama Eclipse.

Berkongsi pengalamannya sebagai pelakon, Daphne tidak dapat menyembunyikan keterujaannya itu.

Apatah lagi, My Spy merupakan filem pertamanya dan berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki menyeronokkannya.

Jelasnya, tawaran itu diterimanya ketika rancangan The Breakfast Show terbitan ntv7 diberhentikan selama tiga bulan bermula Oktober tahun lalu untuk penjenamaan semula.

Menyedari peluang yang entah bila akan muncul lagi, Daphne menyatakan persetujuannya kepada Afdlin untuk membintangi filem aksi komedi itu apabila menerima tawaran pada bulan Oktober.

Berpuas hati

Berpasangan dengan Carmen Soo yang menjadi pasangan kembar siamnya dalam filem tersebut, baru kini Daphne sedar bahawa dunia lakonan sememangnya cukup mencabar.

Membawakan watak antagonis bernama Jade, walau bagaimanapun bagi Daphne, My Spy memberi peluang kepadanya untuk membuat aksi lagak ngerinya sendiri.

"Aksi yang saya lakukan itu bukanlah secara keseluruhan tetapi ada beberapa babak yang saya fikir sesuai dengan personaliti saya yang lasak.

"Mereka ada menyediakan pelakon lagak ngeri dari Thailand untuk saya tetapi saya cakap kepada Afdlin, saya mahu melakukannya sendiri.

"Ternyata, Afdlin menerimanya dengan terbuka dan saya berpuas hati dengan watak Jade yang memerlukan saya bercakap dalam pelat Cina Hong Kong," ujarnya tentang filem pertama lakonannya itu yang akan mula ditayangkan pada 3 Disember ini.

Bekerja dengan Afdlin juga langsung tidak mendatangkan masalah kepada Daphne kerana suasana kerjanya yang ceria dan selamba.

Dalam masa yang sama, Daphne bakal muncul dengan filem keduanya, Belukar yang dijangka akan ditayangkan sekitar bulan Januari atau Februari depan.

"Saya bersedia menceburi bidang lakonan kerana saya percaya Tuhan sudah menetapkan perjalanan hidup saya dengan menemukan saya dengan Afdlin untuk projek filem ini.

"Kini, saya semakin serius dengan bidang ini dan menantikan skrip dan watak yang mampu mencabar saya," katanya penuh bersungguh.

Antara watak yang cukup diidamkan Daphne adalah watak mak nyah dan transeksual kerana baginya, memiliki pengalaman berdampingan dengan golongan itu mampu menterjemahkan wataknya dengan lebih mendalam.

Alasan Daphne cukup mudah. Dia hanya mahu mengubah stigma lapuk sebahagian daripada masyarakat negara ini yang sering kali memandang serong terhadap golongan itu.

"Mereka ini ada keistimewaannya tersendiri selain memiliki kasih sayang yang cukup kuat dan teguh. Sedih juga apabila golongan ini selalu dipandang rendah dan dipermainkan.

"Kalau saya diberi peluang membawakan watak seperti ini, saya mahu ia dapat memberi impak yang besar serta menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat," jelasnya penuh mengharap.

Takdir rukun hidup Aishah


SELAMA sedekad melayari kehidupan bergelar ibu tunggal, memang banyak benar perit dan jerih yang dilalui oleh penghibur ternama bernama Aishah ini.

Malah dia akui, di awal kehidupannya sebaik sahaja memegang gelaran itu, dia seperti burung yang kepatahan sayap.

Tiada tempat untuk mengadu dan semua dilakukannya sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarganya sendiri.

Rasional Aishah cukup mudah. Selagi dia terdaya dan mampu untuk melakukannya sendirian, selagi itu kudratnya akan dicurahkan demi kebahagiaan serta masa depan anak-anaknya.

Mungkin akan ada yang mempertikaikan mahupun mempersoalkan kedudukan Aishah dengan ibu-ibu tunggal yang lain tetapi, kisah penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Janji Manismu ini juga tidak kurang menariknya.

Apatah lagi dengan menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ini memang bertepatan sekali untuk membicarakan tentang erti pengorbanan.

Jelas Aishah, selama menjadi seorang ibu tunggal dia tidak pernah melihat statusnya itu sebagai satu halangan untuk meneruskan kehidupan.

Baginya, wanita senasib dengannya tidak harus meratapi dan bersedih memikirkan nasib yang menimpa diri masing-masing.

bijak merencana

Sebaliknya, kata Aishah, mereka harus bangkit dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan serta bijak merencana kehidupan masing-masing.

Prinsip hidup Aishah itu juga ada kaitannya dengan kehidupannya sewaktu menuntut di New Zealand untuk beberapa tahun sekitar tahun 80-an dan 90-an.

"Pada saya, sebagai seorang ibu memang menuntut pengorbanan yang cukup tinggi dan apa yang dilakukan bukanlah untuk diri kita lagi.

"Sebaliknya, ia adalah untuk anak-anak kerana mereka yang harus diutamakan dan semuanya perlu disediakan agar mereka mampu menikmati kehidupan yang bahagia di masa depan.

"Bukan untuk mendabik dada mahupun meninggi diri tetapi saya tidak akan sesekali membiarkan masyarakat terus memandang rendah dan membuli saya hanya kerana saya seorang ibu tunggal," tuturnya lembut namun tegas sewaktu ditemui di kediamannya di Ampang, Selangor lewat petang Isnin lalu.

Apatah lagi dengan pekerjaannya sebagai seorang artis, jelas Aishah, memang mudah terdedah dengan pelbagai tohmahan serta pandangan sinis daripada masyarakat.

Dengan penuh jujur Aishah mengakui, dia pernah berdepan dengan situasi sedemikian lebih-lebih lagi sewaktu awal proses perceraiannya.

Menjalani kehidupan sendirian dalam membesarkan dua orang anak terunanya, Armand Azahari, 15, dan Azhad Ahlami, 9, baginya pengalaman cukup mematangkan dirinya sebagai seorang wanita.

Sedari kecil, dia sudah mendedahkan anak-anaknya berdikari dan belajar untuk mencari duit poket sendiri dengan membantunya.

Malah, ke mana sahaja dia pergi untuk membuat persembahan ataupun jelajah negara menerusi kelas kraftangannya, dia akan membawa dua orang anak kesayangannya itu.

"Alasan saya cukup mudah. Saya mahu anak-anak saya melihat dan memerhatikan bagaimana saya bekerja keras untuk mencari rezeki demi menampung kehidupan.

"Daripada situ, mereka cukup sedar dan mereka sendiri pernah mengatakan bahawa mereka tidak pernah menyangka ibu mereka bekerja dengan penuh gigih demi menyara keluarga.

"Setidak-tidaknya, ia membuka mata mereka dan memberikan kesedaran bahawa dalam dunia yang penuh mencabar ini, bukan mudah untuk mencari rezeki dan semuanya memerlukan pengorbanan," ujar Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin ini panjang lebar.

Sewaktu sesi fotografi ini berlangsung, memang terpancar jelas kebahagiaan dan keceriaan dalam keluarga ini.

Gurau senda, bercanda dan melihat Aishah melayan anak-anaknya terutama sekali si bongsu yang comel serta petah berkata-kata itu cukup mencuit hati.

"Beginilah kehidupan saya. Biarpun hanya kami bertiga sahaja tetapi kami cukup bahagia dan gembira," katanya ringkas sambil memandang kedua-dua anaknya itu.

Satu yang pasti jelasnya, sepanjang menjadi seorang ibu, tidak ada langsung jurang pemisah antara dia dengan anak-anaknya.

komunikasi secara matang

Sebaliknya, aspek komunikasi secara matang cukup ditekankan oleh Aishah agar anak-anak menjadi rapat dan mudah untuk berdiskusi dengannya waima apa jua perkara sekalipun.

"Semasa mereka kecil pun, saya langsung tidak mengajar anak-anak saya bercakap pelat tetapi saya bercakap seperti mereka adalah orang dewasa," kata Aishah yang juga popular dengan lagu-lagu seperti Kemaafan Dendam Yang Terindah, Cinta Beralih Arah dan Camar Yang Pulang itu lagi.

Pengorbanan Aishah terhadap anak- anaknya memang cukup besar sehingga dia merasakan kehidupannya sudah cukup lengkap dan bahagia biarpun tiada insan bernama suami di sisi.

Bukan serik atau sudah tidak mahu lagi memikirkan tentang perkara itu tetapi jelasnya, apa yang dikecapinya hari ini sudah cukup menggembirakan dirinya.

Apatah lagi akan menginjak usia 45 tahun pada 3 Januari depan, Aishah berpendapat, agak mustahil untuk mencari lelaki yang benar-benar dapat menerima keluarganya.

"Kalau ada yang mahu menjadikan saya sebagai seorang isteri, lelaki itu harus memiliki kualiti kehidupan seperti kami yang sentiasa berada di rumah kalau tiada hal yang memerlukan kami berbuat demikian.

"Lelaki itu juga haruslah menerima anak-anak saya sebaiknya dan begitu juga dengan anak-anak saya," jelas Aishah sambil ketawa sewaktu menceritakan gelagat Azhad yang mahu melihatnya berkahwin sebelum dia dan abangnya melangkah ke zaman universiti dan alam pekerjaan.

Menyentuh tentang karier seninya pula, penyanyi yang mula menempa nama menerusi kumpulan The Fan Club sewaktu di New Zealand dulu menjelaskan, dia kini sudah bersiap-sedia untuk menjenamakan semula dirinya.

Tidak hanya berdiet dengan mengikuti program yang sudah diaturkan oleh doktornya tetapi dia juga mahu mengubah imejnya.

Bukan bermakna dia akan menanggalkan tudungnya tetapi sebaliknya tampil dengan imej yang lebih menarik.

Lebih-lebih lagi bakal muncul dengan Konsert Irama Warisan Kita yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur bermula 11 Disember ini, ia juga sebahagian daripada pengorbanan Aishah untuk menyedarkan masyarakat bahawa dia sebenarnya masih lagi aktif.

"Tidak tahulah mengapa orang sering kali memikirkan saya sudah tidak aktif menyanyi sedangkan saya masih lagi memenuhi undangan makan makan serta persembahan korporat.

"Kerana itulah, saya sedang perlahan-lahan untuk membina semula imej saya agar masyarakat sedar bahawa saya masih lagi di dalam industri," ujarnya yang kali terakhir muncul dengan album Kurnia pada tahun 2006.

Di sebalik itu, Aishah turut meluahkan kekesalannya terhadap beberapa stesen radio di negara ini yang enggan memutarkan single terbarunya, Yang Ada Hanya Kenangan.

Aishah sendiri tertanya-tanya di manakah silapnya lagu yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan manakala liriknya pula nukilan Habsah Hassan.

"Mereka kata lagu itu terlalu urban untuk dimainkan dan tanpa memutarkan lagu itu terlebih dahulu, mereka sudah membuat kesimpulan bahawa pendengar tidak suka dengan lagu tersebut.

"Jadi, bagaimana artis tempatan mahu melahirkan album kalau radio sendiri tidak menyokong karya anak tempatan.

"Senario ini cukup berbeza satu ketika dulu di mana radio merupakan medium yang paling utama dan penting dalam mempromosikan lagu-lagu tempatan," kata penyandang gelaran Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1994 ini dalam nada kesal.

Tidak cukup dengan itu, dia juga terasa dirinya bagai dipinggirkan oleh segelintir pihak yang seolah-olah tidak menghargai usahanya sebagai anak seni selama ini.

"Saya sempat berpesan kepada anak-anak, kalau ada pihak yang mahu menghargai saya selepas saya meninggal dunia kelak, jangan ambil kerana tiada gunanya lagi," ujarnya penuh makna.
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails