Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Menang Saman Nadia Mustafar, Lisdawati Buat Sidang Media Hari ini


PETALING JAYA: Pelakon Lisdawati Nazaruddin bakal menjelaskan perkara sebenar tentang kes samannya terhadap dramatis Nadia Mustafar, Jumaat (hari ini) di Restoran Rebung, Bangsar pada pukul 3 petang.

Jelas Lisda, sidang media tersebut bertujuan membersihkan imejnya yang selama ini tercalar dengan kes yang berjalan hampir lima tahun itu.

“Saya mahu dengan penjelasan itu nanti akan memperjelaskan segala persoalan buruk tentang kes saman antara saya dengan Nadia. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini termasuk rakan-rakan saya.

“Selain itu, reputasi saya sebagai pelakon dan jurucakap kepada beberapa produk memerlukan saya mempunyai imej yang bersih dari sebarang perkara buruk,” katanya yang hampir kehilangan beberapa tawaran iklan akibat perkara tersebut.

Tambah Lisda, keputusan untuk menjelaskan perkara berkenaan selepas dia sudah menerima bukti sah daripada mahkamah.

“Selama ini saya hanya menunggu masa dan bukti bertulis daripada pihak mahkamah sahaja. Kini semuanya sudah lengkap dan saya bersedia untuk mendedahkan kepada pihak media,” katanya

Dalam kes saman fitnah yang difailkan pada tahun 2005 itu, Nadia Mustafar diarahkan membayar Lisdawati berjumlah kira-kira RM250,000.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails