Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Alami Penyakit Misteri, Kaki Amran Bagai Digigit


KUALA LUMPUR: Pelakon drama yang sedang menonjol, Amran Ismail,26, menjelaskan penyakit misteri yang dialaminya masih belum sembuh sehingga menyebabkan badannya menjadi semakin susut.

Kata Amran, berat badannya turun tujuh kilogram (kg) daripada 67 kg selain badan-badannya menjadi lemah terutamanya pada waktu Maghrib.

“Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi tiada penyakit yang dapat dikesan sebaliknya doktor kata saya menghadapi tekanan kerja sebagai pelakon.

"Apabila saya melakukan rawatan tradisional, lain pula jawapannya apabila saya diberitahu terkena sihir orang,” jelasnya kepada mStar Online.

Kata Amran, dia pernah mengalami peristiwa apabila ibu jari kaki kanannya seolah-olah digigit ketika sedang tidur menyebabkan dia mengeluarkan air mata kerana terlalu sakit.

“Kaki saya bagaikan dicucuk-cocok tetapi saya nak bangun tidak berupaya. Saya hanya mampu menangis pada ketika itu,” ujarnya mengenangkan peristiwa yang berlaku pada empat bulan lalu.

Jelas Amran lagi, semasa mendapatkan rawatan secara tradisional, seorang ustaz telah menasihatinya agar sentiasa berada di kawasan berbumbung pada waktu Maghrib.

Katanya, ketika menjalani penggambaran drama, dia terpaksa mencari kawasan berbumbung termasuklah berada dalam kenderaan sebagai menghormati nasihat itu selain mengelak penyakit misteri tersebut terus berpanjangan.

“Saya juga selalu menjadi malas untuk bekerja membuatkan saya benar-benar susah hati dengan penyakit ini.

"Sampaikan ibu saya meminta agar saya pulang ke kampung dan meninggalkan terus dunia seni ini,” jelasnya.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Amran memberitahu dia baru sahaja menamatkan penggambaran drama “Jamilah I Love You” untuk terbitan Astro Ria.

Sementara itu sepanjang bulan Ramadan ini Amran mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerja ibadat selain melawat rumah anak-anak yatim.

“Insya-Allah, saya berhasrat untuk pergi ke rumah anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini kerana mahu berkonsgi kehidupan yang hidup tanpa kasih saya keluarga.

“Cara yang macam itu boleh menyebabkan hati saya menjadi tenang selain ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menggembirakan orang lain,” katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails