Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Salimah Mahmood, Masih Lagi Aktif Menyanyi


PETALING JAYA: Penyanyi veteran Salimah Mahmood mengakui dia masih lagi aktif menyanyi sehingga kini walaupun tidak lagi diberikan publisiti yang meluas.

Salimah berkata, dia tidak pernah berhenti daripada bidang nyanyian malah sering memenuhi undangan persembahan lebih-lebih lagi daripada majlis badan-badan korporat dan kerajaan.

"Alhamdulillah, setiap minggu, ada saja undangan nyanyian yang saya terima. Saya gembira dengan kehidupan sekarang dimana saya tidak perlu mengejar glamor untuk mendapat nama.

"Saya terasa seperti seorang pekerja yang bekerja sebagai penyanyi dan ya, saya selesa begini," katanya.

Tambah Salimah, dengan tidak berhadapan dengan publisiti juga membuatkan dia mudah untuk menjaga kualiti diri sebagai seorang penyanyi profesional.

"Mungkin juga kerana faktor usia saya, rasanay tak perlulah nak glamor sangat. Biarlah saya bekerja keras demi bidang yang saya minati.

"Selain menyanyi lagu-lagu sendiri dan lagu saduran, saya juga perlu tahu membawakan lagu-lagu daripada pelbagai negara luar. Ini penting apabila saya diundang menyanyi untuk tetamu-tetamu daripada negara luar," tutur penyanyi yang popular dengan lagu Melati Suntingan.

Ditanya pula bagaimana vokalnya masih lagi mantap dan mampu memenuhi pelbagai undangan nyanyian, kata Salimah, dia hanya memerlukan rehat yang secukupnya selain tidak memakan makanan yang berminyak.

"Penjagaan kesihatan amatlah penting jika mahu menjaga suara kita agar tidak pecah. Tapi rasanya, amalan menjaga kesihatan perlu dilakukan walaupun kita bukanlah seorang penyanyi," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails