Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pilih produk untuk jadi duta


SITI SALEHA, klasik namanya. Formula yang digunakannya untuk menapak dalam dunia seni bermula daripada berlakon iklan, dilantik menjadi duta kepada beberapa produk dan kemudiannya terlibat dalam dunia lakonan, sehingga hari ini, namanya 'meletup' biarpun masih dianggap pucuk muda yang baru berputik.

Drama bersiri Nora Elena yang ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 bagaimanapun secara total telah memperkenalkan figura genit itu kepada khalayak tentang siapa sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum yang baru berusia 21 tahun itu.

Apapun, populariti yang diraih pada hari ini bukan calang-calang nilainya. Ada pengorbanan yang perlu ditempuh untuk berada di aras terkini.

Perlu bersedia untuk menjadi figura umum yang pastinya akan ditatap walau di mana dia berada, Saleha juga harus akur kadangkala privasinya direnggut buat tatapan umum.

Namun, lebih selesa untuk tidak membicarakan perihal kehidupan peribadinya berbanding kerjaya yang dibina, pertemuan bersama Siti Saleha baru-baru ini lebih banyak melihat skop optimisme selaku artis baharu.

Bermula dengan bidang lakonan iklan mahupun jurucakap produk, pastinya Saleha tidak boleh lari daripada lingkaran yang sudah dibikinnya itu. Namun ada syarat yang ditetapkannya.

"Kalau saya diberikan peluang untuk menjadi duta atau jurucakap pastinya tidak akan ditolak, tapi saya akan melihat juga kepada kesesuaian sesuatu produk dengan saya.

"Memandangkan kelompok peminat di negara kita kebanyakannya orang Melayu, maka seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlibat dengan iklan atau produk yang menjadikan diri saya sebagai simbol seks," katanya ketika sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Malah, ujarnya tidak menjadi hal sekiranya dia diminta untuk memakai tudung untuk penggambaran drama ataupun iklan dan akuinya juga dia cukup selesa.

"Jelas sekali saya pernah memakai tudung dalam beberapa lakonan saya sebelum ini seperti Ustaz Amirul dan Alif Ba Ta, jadi pastinya tidak ada masalah untuk saya berkaitan isu itu," tambah gadis kacukan British-Belanda-Melayu itu.

Sama juga seperti soal berpakaian, Saleha menegaskan dia tidak ada sebarang masalah untuk memilih mana-mana pereka pakaian yang sudi menajanya, namun perlu sesuai dengan imej yang diciptanya selama ini.

Enggan menerima pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata, Saleha mengakui dia kadangkala sedikit cerewet dengan solekan yang dikenakan.

"Saya bukan seorang yang demanding, sama seperti berlakon drama atau iklan, apa yang datang semuanya rezeki untuk saya, tapi tengok keadaan juga terutama berkaitan dengan solekan. Ada kalanya saya kurang selesa dengan solekan yang tidak kena atau sesuai dengan saya," getus pelajar jurusan komunikasi di Kolej Inti, Subang, Selangor itu lagi.

Anugerah Industri Muzik

Saleha ketika ditanya tentang keinginannya untuk menceburi bidang lain selain lakonan seperti pengacaraan atau nyanyian mengakui dia sememangnya berminat untuk menjadi pengacara.

"Tugas pertama sebagai pengacara adalah mengendalikan satu episod gerbang Anugerah Industri Muzik (AIM) yang akan mengetengahkan mengenai para karyawan muzik yang meraih pencalonan tahun ini.

"Memang saya minat bidang pengacaraan tapi seboleh-bolehnya saya ingin mengendalikannya dalam bahasa Inggeris memandangkan itu keselesaan saya berkomunikasi dengan lebih jelas," katanya yang bakal tampil dengan filem Pukul Habis pada penghujung tahun ini.

Pukul Habis merupakan filem pertama lakonannya dan watak yang diberikannya adalah dambaannya selama ini.

"Dalam filem ini saya memegang watak wanita yang perlu melakukan aksi bertarung. Jika selama ini peminat melihat saya sebagai seorang yang feminin tetapi menerusi filem ini saya mempersiapkan diri dengan ilmu kickboxing untuk menjayakan watak," ujarnya yang bakal bergandingan dengan Aaron Aziz dan Johan Raja Lawak dalam Pukul Habis.

Antara Klang dan United Kingdom

Tidak kisah untuk berulang-alik dari kampung ayahnya, Mohd. Baharum Abdul Rahman, 60, di Klang, Selangor ke kediaman ibunya, Tracey Johnson atau nama Islamnya Aisyah Abdullah, 49, di United Kingdom (UK), Saleha sudah kalis dengan dugaan yang ditempuhinya itu sejak berusia 10 tahun.

"Dari kecil lagi, apabila kawan-kawan datang ke rumah dan bertanyakan di mana ibu saya, sudah menjadi kelaziman untuk saya berikan jawapan yang sama.

"Ini dugaan yang saya tempuh dek penceraian kedua-dua ibu dan bapa saya, tapi syukur buat masa sekarang sekiranya ada masa saya akan pulang ke UK melawat ibu saya dan dia juga ada kalanya akan pulang ke Malaysia dan mungkin juga mengejutkan saya dengan imejnya yang bertudung," kata adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam, 24, itu.

Begitu pun, cerita Saleha, pernah bapanya memberikan kelonggaran untuk dia menetap bersama ibunya di UK, namun dia memilih untuk setia menjaga bapanya di Klang.

"Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), ayah pernah menyuruh saya tinggal bersama ibu di UK tapi rasanya saya sudah selesa di sini, bersama karier yang sudah kukuh, agak canggung jika saya memilih untuk hidup di sana. Lagipun, saya boleh menjaga ayah di sini," bicara si cantik menyusun frasa.

Ditanya apakah perkembangan dirinya dalam tempoh 10 tahun akan datang, Saleha nyata sudah ada gambaran yang jelas.

"Saya sekarang sedang menghabiskan pelajaran, supaya 10 tahun lagi saya mahu gembirakan hati kedua-dua ibu bapa saya.

"Kalau boleh saya ingin buka sebuah syarikat produksi yang secara amnya boleh mengeluarkan produk iklan saya sendiri.

"Mungkin juga pada masa itu saya sudah berkahwin, menjadi 10 pelakon wanita terbaik Malaysia dan kalau ada rezeki akan melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia dan Filipina," tuturnya menutup bualan.

Ada Sebab Irma Enggan Hadir Pernikahan Nabil


KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.

Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.

“Saya sudah buat keputusan tidak akan hadir pada majlis itu. Lagipun saya tidak menerima kad jemputan perkahwinan daripada Nabil,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis resepsi persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Hotel Crowne Plaza di sini, malam Khamis.

Nabil dan Nazirah akan bernikah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dekat sini, Jumaat sementara majlis resepsi persandingan pula akan diadakan di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Kata Irma, Nabil ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memaklumkan majlis berkenaan tetapi atas perbincangan dan persetujuan bersama, adalah lebih baik dia tidak muncul pada kedua-dua majlis itu.

Jelas Irma, sebagai seorang selebriti, dia bimbang kehadirannya nanti menimbulkan macam-macam persepsi selain takut diserbui pihak media untuk meminta pendapat mengenai perkahwinan berkenaan. Ditanya adakah dia menyimpan perasaan dendam terhadap pelakon lelaki itu, Irma berkata dia sudah melupakan peristiwa yang penah beliau di antara mereka selama ini.

Malah Irma juga berkata hatinya semakin tenang selain mendoakan agar perkahwinan berkenaan berjalan dengan baik.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain kata Irma selepas melalukan perubahan dengan mengenakan tudung, tawaran berlakon terhadapnya semakin bertambah.

Jimmy Shanley Teruskan Kes Nusyuz Terhadap Isteri


SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh,25, pada Khamis, membuat keputusan untuk meneruskan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy,32.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Nursuhaila, pada prosiding terdahulu.

Jimmy, yang mengendalikan program 'Gala TV Plus' seterusnya memberitahu, dia juga telah memasukkan pelbagai bukti setebal 100 halaman termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga rakaman video dan audio yang akan dikemukakan pada perbicaraan tersebut.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Shaharuddin Selamat turut menegur Jimmy apabila dia mengatakan 'lakonan' isterinya semakin menjadi-jadi selepas berpantang.

Shaharuddin: Kamu juga seorang pelakon?

Jimmy: Ya.

Shaharuddin: Kamu jangan berlakon di dalam mahkamah saya.

Pengacara itu seterusnya memohon agar mahkamah dapat memberikan tarikh perbicaraan segera dan Shaharuddin menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Sementara itu, semasa ditemui di luar mahkamah, Jimmy memberitahu dia memilih untuk berdiam diri selepas Nursuhaila membuat kenyataan media yang mendakwa keretakan rumah tangga mereka disebabkan oleh sikapnya yang pernah memukul dan terlalu mengongkong.

"Saya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Tetapi saya mengumpulkan semua bukti yang akan dikemukakan di mahkamah kelak," tambahnya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dekat sini pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, pasangan itu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari menyebabkan Jimmy memfailkan permohonan menuntut Nursuhaila agar kembali taat pada 3 Januari lalu manakala permohonan nusyuz difailkan pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, pada 15 Julai lalu, Jimmy memberitahu dia sedang berkira-kira sama ada mahu meneruskan kes itu atau tidak selepas dimaklumkan Nursuhaila bersedia untuk kembali semula apabila tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Zahrah pada 24 Jun lalu.

Nursuhaila pada 25 Julai lalu akhirnya 'membuka mulut' mengenai permasalahan rumah tangga mereka dalam sidang media yang diadakan di pejabat syarikat keluarganya di Damansara Damai, dekat sini.

Pada sidang media itu, Nursuhaila mendakwa Jimmy sebagai seorang yang berperangai pelik dan enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan selain pernah dipukul.

Shahir AF8 Kembali Semula


KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.

Shahir berkata, dia membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.

"Saya tidak pernah berkata untuk berhenti dari industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.

"Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga," katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.

"Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.

"Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri," katanya.

Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang dan tidak terurus.

"Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.

"Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shahir baru sahaja keluar dengan filem terabru berjudul Pendam.

"Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu Pendam," katanya yang dalam proses menguruskan badan untuk klip video tersebut.

Chef Riz, Ana Dahlia Bertunang 5 Oktober Depan


PETALING JAYA: Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.

Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga.

"Alhamdulillah, selepas lapan bulan bercinta, saya dan Ana telah membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

"Saya percaya kalau sama-sama saling menyukai ditambah pula kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, tidak perlulah kami melengah-lengahkan masa untuk terus bercinta.

Biarlah perhubungan ini lebih bermakna dengan melangkah ke fasa baru pula," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Tambah Nadzri, dia juga bersyukur kerana status Ana sebagai janda yang menjadi bualan masyarakat bukanlah satu penghalang untuk ayah serta ibunya menerima pelakon itu sebagai menantu mereka.

Malah Chef Wan sangat menyukai kejujuran Ana memberitahu statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.

"Apabila isu status perkahwinan Ana kecoh diberitakan, keluarga saya agak kurang selesa bukan kerana tidak menerima Ana tetapi dia tidak suka dengan kekecohan yang berlaku.

"Tetapi Ana mengambil langkah bercakap dan menjelaskan sendiri kepada ayah tanpa membabitkan saya langsung. Kejujuran itu membuatkan ayah menerima Ana," ujarnya.

Selain itu, antara sebab Nadzri yakin Ana adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri kerana mereka mempunyai persefahaman selain berkongsi minat sama seperti memasak dan bersenam.

'Tidak kisah dia janda' - Chef Wan

Sementara itu, Chef Wan ketika dihubungi berkata, beliau menerima bakal menantunya itu walaupun mengetahui status Ana yang pernah berkahwin sebelum ini.

Chef Wan berkata, beliau tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada status perkahwinan tetapi menerima individu tersebut kerana hati budi.

Kata belau pihak luar tiada hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk anaknya.

"Sejujurnya saya tidak menilai Ana kerana status janda kerana ia tidak mewakili keseluruhan peribadinya dan dia juga berhak untuk diberi peluang kedua merasai kebahagiaan.

"Pihak luar juga tidak berhak untuk menilai pilihan anak saya kerana saya yakin itu adalah jodoh terbaik untuknya," ujar Chef Wan.

Beliau turut berharap anaknya itu akan membahagiakan Ana selepas berumah tangga dan sentiasa bersabar dalam menghadapi alam suami isteri kelak.

"Saya yakin itu adalah pilihan tepat untuk mereka berdua dan sebagai bapa saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap anak saya akan menjaga, menghargai serta menyayangi Ana dengan baik dan begitu sebaliknya.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka Chef Wan berkata beliau ingin melangsungkan majlis sebelum sambutan Krismas tahun ini kerana mulai Januari depan, beliau akan berangkat ke Amerika Syarikat selama sebulan.

"Memandangkan Nadzri tidak sabar lagi untuk berkahwin saya berharap mereka dapat disatukan sebelum saya berangkat ke Amerika Syarikat.

"Namun majlis yang akan diadakan tidaklah segah seperti mana Serina kerana kami di pihak lelaki," katanya.

Chef Wan berkata, majlis pernikahan pasangan tersebut berkemungkinan besar akan diadakan di kampung halamannya iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang untuk mencari kelainan selain merasai suasana perkahwinan ala kampung.

Irma Hasmie Masih Single, Doakan Yang Terbaik Untuk Nabil


Irma Hasmie berkata dia tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak 30 September ini kerana menghormati Nabil dan bakal isterinya Nazirah. Irma memberitahu laman web Murai yang dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu dan berharap perkahwinannya dirahmati Allah.

“Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri. Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.”

“”Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf. Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun.”

Irma juga berkata yang dia masih single dan sedang mencari bakal suami. Kami berharap Irma akan bertemu jodoh yang terbaik satu hari nanti.

Pendapat Seorang Pembaca Tentang Perkahwinan Norman Dan Memey


Sy pemerhati yg ingin tujukan surat ini utk semua pembaca BN. Sblm apa2, sy bukanlah peminat mahupun anti artis2 di atas (norman/memey/abby). Ini ulasan sy kpd komen2 yg sy baca SATU-PERSATU spjg 3 hari lps:-

1.”Hantaran kawin tak meletup”
Kenapa mesti kata2 ini dilemparkan? Islam tak pernah syaratkan kita hias hantaran cantik2 pun, sy sendiri pun rs hantaran2 tu sgt ‘old school’ tp sy tak rasa smpai kita perlu KUTUK pengantin dan keluarganya. Bagi sy, keluarga dia telah BERSEDERHANA…Satu sisi bagus Memey di sini ialah, Memey tak malu utk biar org snap gambar hantaran2 tu wpun dia sendiri tentu sedar yg hantaran dia paling ‘tak class’ antara semua artis.Masa abang sy kawin (kawin org Felda), keluarga mertua dia sgt2 sederhana, if my family tak bwk dulang2 hantaran pun diorang tak kisah. Tp kami bwk jugak la kan n bubuh dlm bentuk hamper besar. Takde dulang bagai, buat hamper je… So…tolonglah jgn mengutuk bila sesebuah keluarga itu telah mengambil pendekatan bersederhana dlm sesuatu aspek…sepatutnya dipuji sikap sederhana tu. If dia nak letak buah anggur tu dlm pinggan je pun takpe, dia tak dpt 1 dosa apa pun…if kek lapis tu nak buh dlm tupperware je pun takpe jugak, takde dosa apa pun nak buat gitu.

2. “Kata sponsor juta2, gini je ke majlisnya??”
Cuba baca reports elok2! Yg sponsor juta2 tu ialah majlis yg Rafflesia nnti, bkn majlis di rmh org tua Memey ni. sy kagum sbnrnya sbb keluarga Memey ni mcm agak rendah diri, wpun tahu anak dia artis (read: byk media akan dtg) mereka tetap buat majlis di ‘rumah kampung’ tu je…takde car port lawa, takde gate lawa2 or halaman lawa2. Some families might have gone all the way utk buat di dewan or rmh sedara spy media tak publish gambar rmh buruk. Again, i see that this family is a humble bunch of ppl. i really salute the parents of Memey Suhaiza (although i nvr knw them or their names whatsoever)

3. Knp duk heboh sana sini kawin tajaan juta2
Sy dah baca dan tonton semua news/video yg melibatkan persiapan kawin diorang ni.Ulasan sy ialah,yg menghebohkan ttg tajaan tu ialah PENAJA dan MEDIA, bkn mulut norman/memey. Jgn lah bila teks ada 1000 patah perkataan, kita conclude yg 1000 patah tu smua keluar dr mulut artis tu. Dlm video temubual tu,Norman sendiri mengaku yg persiapan mereka sederhana je sbnrnya, tak terfikir langsung nak buat grand2 (u can see frm his body language that he was talking truth). Tp tiba2 lps announce date kawin, berderu2 pihak dtg offer nak sponsor tu. Dlm video tu pun neither Norman or Memey sebut AMOUNT sponsor or WHAT are being sponsored. The society gets to knw about the value/items frm sponsor themselves —> who passed on the info to media. So…i honestly think its not fair to bash norman/memey on this point (well, norman memey could have requested d media NOT to publish the value of sponsors but, sponsors still have d upper hand. sponsors definitely prefer d public KNOWING d value)

4. Isu pre-wedding…kad kawin
Bab ni sy setuju dgn majoriti komen: pre- wedding dan kad kawin mereka sgt2 MEMPERMAINKAN agama yg dianuti tak kisahlah perbuatan ni dibuat oleh artis atau bukan. Islam sah2 tidak menghalalkan sentuh laki-prmpuan sblm kawin…its one thing u pegang2 masa keluar dating/berlakon, its another that u PUBLISH it on a wedding card n official pictures. Tak effect apa2 pun wedding card n photos tu if TAK pegang each other. if tnya ulamak yg strict, even ambik gmbar pre-wedding tu pun haram sbnrnya. even masa tunang pun u still tak halal utk duduk sebelah2 n ambik gambar berdua. Seriously,ms sy tunang pun mmg xde ambik pic dgn tunang…family sy sgt jaga bab ni. Kpd artis2 lain n org biasa, tlnglah jgn ikut trend ni. If ada plan nak ikut, cancel siap2 takutlah pd Allah.

5. Abby Abadi publicly write about Norman-hutang isu
Hal ni ialah ‘keaiban’ Norman yg tak sepatutnya Abby publicize spy 1 malaysia tahu (if tak bgtahu pun org tahu dah). Dlm Islam, Allah sgt tak suka kita buka keaiban org lain tak kisahlah kita nak marah mcm mana sekalipun…if mmg org tu dah teruk sgt2 dah pun aniaya kita, aniaya anak2, n dia terlepas di dunia, dia tetap kena jwb di akhirat. Tapi kita tak boleh BUKA aib dia tu (wpun org kata ala biar la, dah ini je caranya spy laki tu sedar…spy laki tu malu…if tak heboh nnti tak malu). Kita hidup ikut ckp org ke or ikut agama? Ada SEBAB dia knp Allah tak bagi kita buka aib org…ada sebab dia knp Nabi tegah buka aib org…if kita ikut Allah n Nabi, kita selamat dunia akhirat…..if kita nak ikut otak kita (or hasutan kwn2), dgn kita-kita sekali kena heret ke mahkamah Allah nnti KENAPA KAMU TELAH TULIS SEKIAN2 YG MEMBUKA AIB SAUDARA ISLAM KAMU……………….hal dlm kain ni jgn tulis di FB/Twitter, byk yg memalukan diri sendiri drpd memalukan org yg nak dimalukan. Org tu dah sah2 dosa, kita pulak dosa sbb cerita kpd semua ttg dosa dia tu. Norman pun x sepatutnya sebut hal nak pegi Paris tu if betul lah ada hutang dgn bekas isteri/anak……..if media tnya ttg honeymoon, ckp je belum fikir lg. Tak perlu sebut Paris semua tu dlm keadaan ‘complicated’ mcm ni.

OK smpai di sini dulu ulasan sy (if pjg sgt org x baca juga). so kpd smua, pls hati2 bg komen, komenlah berpandukan pengetahuan agama kita. Byk lg yg sy nak sentuh actually tp nnti pjg sgt (hal aurat, hal majlis, hal hantaran 24ribu) so biarlah 5 point ni je didahulukan. Again,sy ni minat diorang pun tak, benci pun tak. Dlm kamus sy takde istilah backing or bashing sbb fan/hater, sy lebih suka mengulas berpandukan ajaran nilai2 agama…wallaua’lam.

Ditukar Tempat Kerja, Cikgu Shida Nafi Lawan Guru Besar

Cikgu Shida yang dikenali di YouTube kerana video miming, telah diarahkan untuk bertukar sekolah tempat bertugas baru-baru ini. Dia yang telah muncul dengan drama www.cikgushida.com Aidilfitri lepas walau bagaimanapun mendakwa ada yang berspekulasi yang dia ditukarkan kerana melawan perintah guru besar.


Cikgu Shida kini sedang mencipta nama sebagai pelawak pula.

Agak menarik bagaimana kehidupan seseorang boleh bertukar, hanya dengan ekspresi diri di YouTube. Kami berharap Cikgu Shida tidak lagi akan bergurau dengan memaksa peminat membeli penapis air dan akan sukses bertugas di tempat kerja yang baru

Johan Raja Lawak Tak Galakkan Ozlyn Berlakon


Pelawak, Johan Raja Lawak akui tidak begitu menggalakkan Ozlyn atau Rozlinawaty Ismail untuk terus aktif dalam bidang lakonan kerana dia mahu isterinya itu sentiasa berada di sampingnya selalu.

Tindakan Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu dilakukan selepas dia menyedari kesibukannya dalam bidang lakonan dan seni sehingga menyukarkannya untuk meluangkan masa bersama isteri dan keluarga sebelum ini.

"Terus-terang saya tak galakkan Ozlyn bekerja atau berlakon. Saya memang tak sarankan dia aktif dalam bidang lakonan. Sebab kalau boleh saya mahu dia sentiasa ada di samping saya.

"Secara tidak langsung juga dia boleh menguruskan anak-anak dan rumah tangga bila saya pergi bekerja. Yelah, ada kalanya saya tidak sempat untuk bertemu anak saya di rumah. Jadi tugasnya adalah mengambil anak dirumah dan bawa bertemu saya di lokasi.

"Jadi setiap kali gaji, saya akan serahkan semua wang saya kepadanya dan selebihnya dia uruskan. Saya beritahu Ozlyn, sekiranya dia boleh terima gaji lebih daripada apa yang saya berikan padanya, dia boleh teruskan untuk berlakon," katanya.

Tambah Johan lagi dia bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri seperti Ozlyn kerana bijak menjaga makan pakai serta kesihatannya sebagai seorang anak seni yang sibuk bekerja.

"Saya bekerja bukan seperti orang biasa. Kadang kala tiada masa untuk berehat dan akan bekerja tanpa henti kerana sibuk dengan berlakon, jadi pengacara dan penyampai radio Era.

"Ozlynlah orang yang bertanggungjawab menjaga kesihatan saya. Dia selalu mencari ubat atau multi tambahan untuk saya makan setiap hari supaya saya tahan dan tidak mudah jatuh sakit,"jelasnya yang sudah dikurniakan seorang anak daripada hasil perkahwinannya.

Biarpun Ozlyn tidak lagi aktif dalam bidang lakonan, namun Johan tetap akan bawa isterinya untuk turut serta mencurahkan idea dan pendapat dalam setiap lakonan yang dibawanya.

"Selain itu, tugasnya juga adalah jadi pemerhati saya ketika di lokasi. Selain ada pengarah, saya juga mahu isteri saya memerhatikan lakonan saya sama ada ia sesuai ataupun tidak.

"Isteri saya adalah orang yang terbaik berada di samping saya. Kalau saya tersasar dari lanadsan yang sebenarnya, , dialah orang banyak membantu untuk meluruskan saya semula," luah Johan Raja Lawak lagi.

(GAMBAR)Jezzamine, Isteri Harith Iskandar Yang Cun

Harith Iskandar, pelakon dan pelawak baru-baru ini telah berkongsi gambar isterinya di Facebook. Jezzamine Lim Iskander kini sedang mengandung 3 bulan. Memang meletup isteri beliau ini bukan?


Kereta Atilia masuk longkang!


Alamak biar betul kereta Toyota Wish kepunyaan Atilia ni. Siap masuk/goal dalam longkang pula tu. Mak ai, ni kalau tak tertekan minyak lebih taklah sampai masuk ke situ kot. Takpe la, nasib depan jerk yang terguris, nanti boleh repair la tu. Hehe. Atilia lain kali hati-hati lah, anggaplah kereta tue sebagai kekasih hati kita juga. :)

Neelofa Nafi Pegang Tangan, Lentok Kepala Di Bahu Hans Isaac


Seiring dengan populariti yang diterima, makin ramai mata yang memandangnya. Apakan daya, pemilik wajah jelita ini sering kali disinonimkan dengan barisan jejaka yang tak kurang hebatnya.

Menurut ruangan gosip sebuah akhbar tabloid, seorang saksi terserempak dengan kelibat 2 selebriti ini yang begitu romantik persis pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara, baru-baru ini. Kelihatan kedua-dua selebriti ini berpegangan tangan, manakala si wanita pula begitu manja melentokkan kepalanya di bahu sang pengarah itu. Berhadapan dengan situasi itu, pelbagai persoalan mula timbul daripada benak hati saksi ini. Dan, individu yang dimaksudkan itu adalah Neelofa dan Hans Isaac. Adakah mereka berdua sedang bercinta?

Bagaimanapun, Neelofa yang ditemubual oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan saksi tersebut.

“Ya Allah, Ya Rabbi! Memang tak benar langsung cerita berpegangan tangan dan melentokkan kepala seperti yang disebarkan oleh saksi itu. Sebetulnya, Lofa ada bertemu dengan Hans Isaac sekitar 2 minggu lepas untuk sesi lunch meeting filem Lemak Kampung Santan yang akan bermula pengambarannya pada 8 Oktober depan. Itu merupakan perjumpaan kali kedua, dan turut ditemani penolong pengarah. Jadi, ada 3 orang kesemuanya,” jelas Lofa yang terkejut dengan dakwaan tersebut.

“Manakala, perjumpaan pertama pula dihadiri oleh 5 orang krew produksi. Dan, baru semalam Lofa menerima skrip dan jadual pengambaran filem Lemak Kampung Santan.”

Lofa menambah bahawa dia tak pernah terlintas untuk jatuh cinta dengan Hans Isaac kerana amat menghormati individu itu sebagai seorang pengarah dan rakan sekerja.

“Ha ha awak! Tiada maknanya Lofa bercinta dengan dia. Tidak pernah terlintas di hati Lofa untuk mempunyai hubungan istimewa dengan Hans Isaac. Lagi pun, jarak umur kami yang jauh membuatkan Lofa lebih menghormati Hans Isaac sebagai seorang pengarah dan rakan profesional yang baik.”

Pada masa yang sama, Lofa mengakui bahawa dirinya sudah jemu dihimpit dengan pelbagai kontroversi cinta yang tak pernah habis.

“Filem lakonan Lofa pun tak keluar lagi, tapi pelbagai spekulasi diperkatakan orang. Sebenarnya, Lofa sudah muak dengan gosip pasal lelaki ni. Sumpah demi Allah Lofa tiada kekasih atau skandal atau dating dengan sesiapa pun. Ya Allah, tipu sangat!

“Kalau kemana-mana pun, Lofa akan pandu sendiri. Lofa masih baru dalam industri, tiada istilah cinta kerana nak fokus pada kareer, pelajaran dan perniagaan kasut,” jelas pelakon berusia 22 tahun ini.

Di samping itu, Neelofa turut mengelak untuk mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan memilih lelaki yang menceburi bidang perniagaan.

“Kekangan masa serta jadual kerja yang padat boleh membuatkan hubungan istimewa itu menjadi hambar. Sebab itu, Lofa kini lebih menyukai lelaki yang menceburi bidang perniaagaan. Sekurang-kurangnya, dia mempunyai masa untuk Lofa. Dan, dia boleh bercerita perihal bisnes sebab itu memang minat Lofa juga.”

Abby Abadi Mahu Berhenti Kemaskini Status Facebook?


Walaupun ramai yang menyokong dan bersetuju, Abby Abadi telah dikritik kerana tindakannya mendedahkan tentang Norman yang masih berhutang pada Abby dan belum membayar di Facebook.

Kami cuba memahami hati Abby. Dalam keadaan sekarang mungkin Abby merasakan yang orang ramai telah lupa tentang apa yang telah Abby lalui. Tetapi kami berharap Abby takkan berhenti menulis di Facebook kerana masih ramai peminat yang ingin tahu tentang kehidupan Abby. Kami juga berharap Abby akan sentiasa sukses dan akan bertemu insan yang terbaik dan menjalani kehidupan yang bahagia.

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku


KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.

"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.

Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

"Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.

Nabil Tak Kisah Populariti Merudum Lepas Kahwin


PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, memberitahu tidak kisah jika popularitinya merudum selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Nazirah Ayub.

Nabil yang baru memenangi tempat kedua dalam pertandingan Maharaja Lawak baru-baru ini berkata, dia percaya Tuhan akan menentukan rezekinya dalam dunia hiburan sama ada berkaitan hal kahwin ataupun sebaliknya.

"Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama jadi kenapa saya perlu risau tentang populariti kerana saya percaya dengan perkahwinan, ia adalah satu keberkatan untuk saya dan bakal isteri.

"Jika ingin memikirkan mengenai rezeki, kalau tidak berkahwin pun kalau Allah nak tutup rezeki kita dia akan tutup. Sekiranya itu terjadi maka saya kena ambil ia sebagai ujian daripada-Nya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu keputusan untuk berkahwin dengan Nazirah adalah tepat kerana wanita itu adalah pelengkap dirinya.

Menurutnya, bakal isterinya itu membuatkan dia berasa istimewa dan berjaya mengisi kekosongan hati selepas kecewa dalam percintaan terdahulu.

"Susah untuk menggambarkan istimewanya dia tetapi saya berasa selesa bersama dia dan dia sangat memahami kehidupan saya sebagai artis. Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki Nazirah," ujarnya.

Nabil dan Nazirah bakal diijabkabulkan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya pada Jumaat ini sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada 2 Oktober di I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Jemput Irma Hasmie

Sementara itu, Nabil memberitahu turut menjemput bekas kekasihnya, pelakon Irma Hasmie tetapi belum menghantar kad jemputan kepada pelakon yang sudah bertudung itu.

"Sudah tentu saya menjemput dia sebagai seorang kawan tetapi seperti yang dinyatakan baru-baru ini dia tidak akan menghadiri perkahwinan saya kerana menghormati saya dan bakal isteri. Saya menghormati keputusannya itu," katanya.

Bercerita lanjut mengenai persiapan perkahwinannya, Nabil berkata, dia dan pasangan memilih I-City sebagai lokasi persandingan kerana ia bersesuaian dengan konsep dipilih selain belum pernah ada pasangan mengadakan perkahwinan di situ.

Hampir 80 peratus persiapan telah dibuat, Nabil dan pasangan bakal mengayakan busana moden iaitu “tuxedo” dan gaun moden untuk majlis itu nanti.

Bakal mengerjakan umrah hujung tahun ini bersama bakal isterinya, Nabil memberitahu dia memilih lokasi itu kerana telah lama teringin untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Mengenali Nazirah sejak enam tahun lalu, dia mengharapkan perkahwinannya itu nanti akan berkekalan sehingga ke akhir hayat selain mengubahnya ke jalan kebaikan.

Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf


PETALING JAYA: Aktres Julia Ziegler menuntut pengacara Didie Alias untuk melalukan permohonan maaf kerana membuat tuduhan tidak benar kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurugambar yang terlibat dalam penggambaran drama Noktah Erna, dua tahun lalu.

Julia berkata, dia mahu Didie berhenti menyebarkan cerita tersebut kerana perbuatan itu benar-benar menjejaskan nama baiknya sebagai seorang pelakon.

“Cerita ini dua tahun lalu dah heboh tetapi ia hanya dibualkan di kalangan orang produksi sahaja. Tapi yang membuatkan saya marah apabila ia masih lagi diperkatakan orang termasuklah disebut-sebut lagi oleh seorang pengacara baru.

“Saya memang sengaja memberi peringatan kepadanya (Didie) agar tidak terus membesarkan cerita ini walaupun dia lebih senior dalam dunia hiburan tapi saya mahu dia menghormati saya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna.

Sementara itu, dalam laporan mStar Online Selasa, Didie Alias menafikan tuduhan Julia Ziegler itu.

Tambah Julia, khabar angin tersebut sememangnya memberi kesan kepada dia dan keluarga serta menjejaskan maruahnya.

“Saya tidak buat perkara tersebut tapi macam-macam cerita saya dengar tentang saya. Sebagai perempuan sudah tentu saya tidak mahu dilabel sebagai perempuan murahan.

“Saya juga ingin kahwin satu hari nanti, saya tak mahu nanti keluarga suami saya berfikir yang tidak baik tentang saya,” katanya.

Julia memberitahu, Didie yang bertugas sebagai Pengurus Produksi untuk projek drama berkenaan juga gagal menjelaskan bayaran sewa kereta miliknya yang digunakan untuk penggambaran drama berkenaan.

Katanya sebagai Pengurus Produksi Didie telah dipertanggungjawab dalam urusan tersebut tetapi dia tidak menjelaskan bayaran sebagai mana yang dijanjikan walaupun puas diminta.

“Saya dah banyak kali hubungi dia dan suaminya untuk selesaikan perkara ini, namun tidak ada sebarang respons daripada mereka,” katanya kesal.

Tidak akan mohon maaf – Didie Alias

Sementara itu, Didie Alias yang dihubungi berkata tidak sesekali akan memohon maaf kepada aktres tersebut.

Ini kerana menurut Didie dia tidak langsung ada kaitan dengan isu fitnah berkenaan dan enggan terkait dengan sebarang kontroversi murahan yang dicipta oleh pelakon Jangan Tegur itu.

"Kenapa saya perlu minta maaf kepada dia atas perkara tersebut dan siapa dia untuk saya minta maaf?,

"Apa yang dia cakap semua tidak betul langsung. Kalau betul pun hanya dia sahaja yang tahu sebab setahu saya, cerita itu tidak pernah dikecohkan orang pun sebelum ini," katanya.

Tambah Didie, dia kesal dengan tuduhan tersebut yang seperti cuba mencalarkan imejnya sebagai pengacara popular.

"Kenapa baru sekarang dia ingin timbulkan kontroversi ini di saat saya berada di tempat yang selesa dalam industri ini?

"Kenapa tidak beberapa tahun dulu ketika saya susah dan tiada kepentingan langsung dalam industri, dia bagai cuba meraih publisiti murahan," tuturnya.

Dalam pada itu, Didie turut menafikan dakwaan mempunyai hutang tertunggak dengan pelakon tersebut.

"Bila masa saya berhutang dengan dia? Hutang yang dia tuntut itu adalah hutang dia bersama pihak produksi drama tersebut dan bukan dengan saya," katanya.

Dang Suria Tinggalkan Awani Kerana Anak


PETALING JAYA: Personaliti Astro Awani, Dang Suria Zainordin telah menamatkan tugasnya di saluran televisyen itu bermula Ogos lalu untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.

Dang Suria berkata, tugas di stesen penyiaran bukannya mudah kerana dia perlu berkhidmat lebih masa selain sukar mendapat cuti.

“Saya membuat keputusan itu kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga. Kadang-kadang nak hantar anak perempuan saya pergi ke kelas fardu ain pun tak sempat,” katanya.

Kata Dang Suria, keputusan meninggalkan saluran televisyen itu bukan bermakna dia tidak berminat lagi dalam bidang penyiaran sebaliknya akan menerima tawaran menjadi pengacara sambilan jika mendapat peluang.

Menurutnya, selepas meninggalkan Astro, dia mendapat tawaran bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royale Bintang The Curve, dekat sini.

Jelasnya tugas barunya itu hanya memerlukan dia berkhidmat pada waktu pejabat berbanding sebelum ini.

“Saya bersyukur dan seronok dengan kerja baru walaupun pernah menceburi bidang penyiaran selama 15 tahun. Banyak perkara baru yang saya perlu pelajari memandangkan bidang perhubungan awam agak berbeza dengan bidang penyiaran,” katanya

Ketika di Astro Awani, Dang Suria mengendalikan program WW dan Awani Pagi.

Dia juga yang berkahwin dengan penulis lirik AD Samad dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Yusha yang kini berusia 10 bulan dan juga Sara, berumur 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Seperti Tak Ada Kelas, Ifa Raziah Bidas Stesen Radio


PETALING JAYA: Penyanyi Ifa Raziah berasakan dirinya seperti tidak ada kelas apabila kebanyakan stesen radio enggan memutarkan lagunya berjudul, Luar Biasa.

Ifa berkata, lagu berkenaan yang dihantar pada awal tahun ini tidak mendapat perhatian beberapa stesen radio popular tanpa memberi alasan yang munasabah selain ia tidak dipilih oleh pendengar.

"Setakat ini hanya dua hingga tiga buah stesen radio sahaja yang memutarkan lagu Luar Biasa itu dan selebihnya, mereka memberikan alasan kononnya lagu itu tidak ada permintaan.

"Bagi saya lagu itu tidak akan ada permintaan sekiranya ia tidak diputarkan dengan kerap. Kadang-kala saya rasa diri ini diperlekeh oleh pihak stesen radio seakan-akan saya seperti tidak ada kelas. Kerana itu mereka tidak kisah pun sama ada ingin memutarkan lagu tersebut ataupun tidak," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Ifa, dia merasakan lagu Luar Biasa yang dicipta oleh Nurfatimah dan Sharon Paul itu mempunyai kualiti muzik yang bagus selain ia turut mengikut trend muzik terkini.

"Saya seorang penyanyi yang mengikut peredaran masa dan lagu tersebut bukannya berirama dangdut sebaliknya ia berkonsep pop/dance. Jika “single” saya sebelum ini, Panas boleh dimainkan, kenapa Luar Biasa tidak boleh?

"Peliknya, saya menerima respons yang positif daripada peminat melalui laman sosial Twitter dan Facebook milik saya," tuturnya.

Ujar Ifa lagi, dia sedih kerana kos penghasilan lagu tersebut termasuklah pembikinan klip video dan promosi hampir berjumlah RM20,000 dan ia dibikin demi industri muzik tempatan.

"Sudah 17 tahun pembabitan saya dalam industri muzik dan alasan yang diberikan oleh mereka (pihak radio) agak menjengkelkan.

"Bagaimanapun Alhamdulillahlah, sehingga kini saya masih lagi sibuk memenuhi undangan persembahan nyanyian," ujarnya.

Pada Oktober depan, Ifa bakal muncul sebagai pengacara program popular RTM, Selamat Pagi Malaysia dan dia juga akan menyertai sebuah pertandingan program lawak yang membabitkan beberapa negara Asia yang lain.

Didie Alias Kecewa Dituduh Fitnah Julia Ziegler


PETALING JAYA: Pengacara Didie Alias menjelaskan tidak pernah sesekali memfitnah aktres Julia Ziegler termasuk menuduh pelakon tersebut mempunyai hubungan sulit seorang jurugambar ketika penggambaran sebuah drama.

Didie berkata, dia langsung tidak tahu bagaimana cerita itu boleh wujud malah amat terkejut apabila Julia membuat kenyataan menuduh kononnya dia yang telah menyebarkan kisah berkenaan kepada pihak-pihak tertentu.

"Saya tidak tahu langsung tentang cerita itu. Julia yang membuka pekong sendiri tapi kenapa dia perlu mengaitkan nama saya dalam isu terbabit?

"Penggambaran drama yang dimaksudkan itu sudah dua tahun berlalu dan ketika itu saya menjadi pengurus produksi. Memang saya yang menjaganya tapi saya tidak tahu apa yang dia buat di belakang saya kerana itu bukan urusan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna.

Dalam pada itu, Didie turut kesal kerana penerbit rancangan tersebut tidak mengedit kenyataan Julia termasuklah melepaskan pelakon itu menyebut namanya secara terbuka tanpa mendapat kesahihan cerita tersebut.

"Saya perlu bersihkan nama saya dengan tanggapan masyarakat yang ingat perkara tersebut benar, pihak program tersebut sepatutnya tidak menyiarkan muka saya sebelum mendapat kenyataan daripada saya.

“Peristiwa ini benar-benar menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya kerana ia tidak benar,” katanya yang bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

Sementara itu, Julia Ziegler gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara tersebut.

Marsha akui putus cinta


KEHADIRANYA ke dalam dunia hiburan tanah air sering diekori pelbagai kontroversi panas yang tidak pernah ada kesudahan. Itulah Marsha Milan Londoh, atau kini kian dikenali sebagai artis paling kontroversi Malaysia.

Walaupun sering dihujani pelbagai tuduhan liar wanita cantik ini tidak pernah melatah untuk merajuk dari terus berada di dalam dunia glamor ini.

Terbaharu dia dikatakan cuba membunuh diri dengan menelan 30 biji pil selepas kehadiran cinta berusia dua tahunnya musnah sebelum mencapai kebahagiaan.

Bagaimanapun Marsha mendakwa tuduhan tidak berasas itu bukanlah perkara sebenar yang berlaku. Masalah kesihatan yang membelenggu dirinya sejak tiga tahun lepas merupakan punca utama mengapa dia tiba-tiba rebah di kawasan kediamannya.

"Saya tidak pernah dan tidak akan membuat perkara sebodoh itu, apa sebenarnya yang berlaku adalah disebabkan penyakit tekanan darah rendah saya yang tiba-tiba menyerang saya sewaktu mahu keluar mencari makanan.

"Pelik bagaimana berita saya menelan 30 biji pil sekaligus tersebar luas di kalangan rakan media, ini kerana pada masa ia berlaku hanya rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga saya sahaja yang berada bersama saya," katanya.

Walaupun hampir seminggu berada di hospital, Marsha memberitahu bahawa keadaan dirinya sudah kembali pulih dua hari selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).

"Saya sudah mula sedarkan diri beberapa jam selepas pitam, namun doktor terpaksa menahan saya lebih lama di hospital bagi mengurangkan saya berinteraksi kerana dikhuatiri bakal menjejaskan tahap kesihatan saya semula.

"Sehingga ke hari ini saya masih lagi perlu berjumpa doktor bagi meneruskan rawatan susulan. Bagaimanapun rawatan susulan yang dimaksudkan bukanlah rawatan tekanan perasaan tetapi rawatan kesihatan biasa selepas kejadian yang menyebabkan saya pitam tempoh hari," katanya.

Mengakui dia putus cinta beberapa minggu sebelum kejadian tersebut, namun Marsha menyangkal sama sekali bahawa dia berada dalam keadaan yang amat kecewa akibat kegagalan kisah cintanya itu

"Saya akui saya tidak mungkin hidup tanpa cinta, namun ingin saya tegaskan di sini kisah cinta saya tidak pernah menjadikan saya seorang yang tidak waras.

"Kami pernah putus beberapa kali dan perpisahan kali ini merupakan noktah buat hubungan kami," katanya.

Fasha nak buka cawangan


KALAU saya tahu berniaga boleh mendatangkan keuntungan, sudah lama saya berniaga.” Itulah kata-kata Fasha Sandha apabila ditanya tentang kejayaan perniagaan Chinta Hair Salon and Beauty miliknya yang beroperasi sejak tujuh bulan lalu.

Kata Nur Fasha Sandha Hassan, salun yang terletak di Wangsa Maju itu bukan sahaja dikunjungi oleh rakan artis malah turut menjadi tumpuan orang ramai.

Menurutnya, kebanyakan yang datang membuat rawatan spa atau rambut akan datang lagi kerana rata-rata mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh tiga orang kakitangannya, Zetty, Ewin dan Mario.

Salun yang beroperasi setiap Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 9.30 malam itu kata Fasha, dibuka dengan modal sendiri.

“Pelanggan datang semula kerana mereka puas hati dengan hasil kerja staf Chinta. Malah saya sendiri akan pastikan kakitangan Chinta buat yang terbaik kepada pelanggan.

“Sebab itulah saya akan berada di salun empat kali seminggu, biarpun sibuk dengan penggambaran. Kalau di salun, saya membantu membasuh dan mengeringkan rambut pelanggan kanak-kanak sahaja. Kerja lain belum belajar,” katanya ketawa.

Fasha yang ditemui pada majlis sambutan hari raya merai pelanggan Chinta, rakan-rakan dan pihak media di perkarangan Salun Chinta berkata, tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, dia tidak mungkin berjaya dalam perniagaan.

Turut hadir, rakan artis seperti Rebecca Nur Al Islam sekeluarga, Zila Bakarin bersama anak dan Along Kamaluddin dan Jejai.

Pada majlis itu juga Fasha turut memberi duit raya kepada 10 orang penghuni Rumah Perlindungan Dan Anak-Anak Yatim Raudhatul Jannah, Sentul, Kuala Lumpur.

Bila ditanya kenapa pilih salun uniseks sebagai perniagaan dan tidak butik atau kedai makan seperti rakan artis lain.

Kata Fasha, dia pilih salun kerana ia dekat dengan hatinya yang sukakan kecantikan.

“Saya buat apa yang saya suka. Walaupun saya hanya pandai membasuh dan mengeringkan rambut tapi saya suka bisnes ini sebab sepanjang bergelar artis, salun menjadi sebahagian daripada kehidupan saya.

“Memandangkan bisnes berjalan lancar, saya bercadang untuk membuka dua lagi cawangan Chinta. Satu di Johor Bahru, tempat kelahiran saya dan Perlis. Semua itu bergantung kepada rezeki,” katanya yang mendapat banyak tawaran daripada pelbagai pihak untuk menjadi rakan niaga.

Bagaimanapun, Fasha lebih selesa memulakan perniagaan sendirian tanpa bergabung dengan mana-mana pihak untuk mengelak perselisihan faham.

Dia yang sentiasa bersyukur dengan limpahan rezeki daripada Allah berkata, selain mengutamakan keselesaan pelanggan, Salun Chinta juga amat menitik beratkan soal keselamatan.

Justeru, Fasha sanggup mengeluarkan bajet lain untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV), sistem amaran dan mengupah seorang pengawal keselamatan mengawasi premisnya.

Tema 'Lanun' Majlis Hari Jadi Anak Ashraf Sinclair


JAKARTA: Pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu apabila tampil dengan tema seperti lanun.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 diraikan di taman tema Play Park, Kemang, dekat sini dengan kehadiran beberapa tetamu undangan.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga.

Sementara itu, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," tambahnya seperti dipetik portal DetikHot.com.

Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi.

Rabbani Bakal Berduet Dengan Iwan Dangdut


PETALING JAYA: Kumpulan nasyid Rabbani bakal tampil dengan kelainan apabila berhasrat untuk berduet dengan bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman untuk album terbaru mereka.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz, kumpulan itu sudah bertemu dengan Iwan pada Sabtu lalu dan penyanyi itu telah memberikan persetujuan untuk melakukan kolaborasi bersama-sama.

“Setakat ini, perancangan masih pada peringkat awal. Kami memilih Iwan setelah melihat perubahan imejnya seperti yang disiarkan di akhbar sebelum ini.

“Kami meminati imej dan suara Iwan yang tersendiri serta bersuara taranum. Kami juga meminati lagu-lagunya yang bersifat mendidik,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Rabbani dan pra pelancaran Dinar Rabbani di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong, Ahad lalu.

Tambah Azadan: “Kami memikirkan untuk membuat kelainan muzik tetapi masih mengekalkan muzik nasyid. Setelah bertemu dengan Iwan, kami nampak ada keserasian antara kami walaupun idea tersebut dilahirkan secara spontan.

“Kami akan meminta dia menerbitkan lagu tersebut dengan memasukkan unsur Arab yang dikenali dengan identiti Rabbani.”

Beralih kepada perniagaan Dinar Rabbani yang diusahakan sejak Julai lalu, Azadan berkata sebanyak 1,500 keping dinar emas telah terjual.

“Kami menyasarkan sebanyak 10 kilogram dinar yang dijual sebelum membuat pelancaran. Tetapi sekarang baru 6 kilogram yang dijual melalui kenalan dan kelab peminat kami,” katanya.

Satu kilogram bersamaan 235 keping dinar emas. Pada permulaan, mereka menjual 1 kg dinar pada harga RM710 tetapi selepas tiga bulan di pasaran, harganya meningkat kepada RM860.

Dalam perkembangan lain, mereka juga melaksanakan perniagaan pelancongan Rabbani Travel & Tour dan minuman Rabbani Café.

Walaupun masih aktif dengan persembahan nyanyian, Rabbani turut seimbangkan dengan perniagaan sebagai jaminan dan persediaan masa depan.

“Kami kena pelbagaikan kerjaya kami dengan perniagaan. Lagipun, kami mahu menyahut seruan Rasulullah yang bersabda sebahagian punca rezeki adalah daripada perniagaan,” ujarnya lagi.

Azadan turut berkongsi berita gembira tentang penubuhan studio Rabbani di Bandar Menjalara, Kepong yang menjadi hajat bekas vokalis mereka, Allahyarham Ustaz Asri.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-89275928 (Rabbani Travel & Tour), 019-2336602 (Rabbani Wedding Planner) dan 016-6083010 (Dinar Rabbani).

Saiful Apek Tegur Artis Komedi


KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek ingin melihat artis komedi generasi baru supaya lebih kreatif daripada segi idea dan gaya persembahan untuk menghiburkan orang ramai.

Saiful berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana peminat komedi sudah mula bijak dan selektif dengan apa yang dipersembahkan kepada mereka.

Katanya, artis komedi perlu lebih sensitif dan membuat banyak rujukan sama ada daripada artis lebih senior atau melalui inisiatif sendiri seperti menonton banyak program berbentuk komedi, melalui pembacaan dan sebagainya.

"Banyak bakat-bakat baru yang menyerlah sekarang dan ada di antara mereka boleh dilihat telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri dan diterima peminat.

"Mereka boleh kekal lama jika sentiasa memperbaiki diri dan mengambil kritikan sebagai pemangkin untuk bertambah maju," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Saiful berkata, dia turut berasa kecewa dengan segelintir pelawak generasi baru yang mengambil sikap sambil lewa terhadap kerjaya mereka selain tidak mahu belajar.

Namun katanya, bilangan itu adalah kecil dan adalah amat merugikan bukan sahaja kepada industri hiburan tetapi juga kepada diri mereka sendiri.

"Bila sudah popular dan mula hanyut dengan populariti membuatkan mereka lupa dengan tujuan asal mereka menceburi bidang ini.

"Mereka seharusnya lakukan sesuatu berbeza bagi menarik perhatian peminat dan mendapat sokongan mereka," ujarnya.

Sementara itu, menyentuh perkembangan terbaru dirinya, Saiful berkata dia baru selesai menjalani penggambaran filem 'Bujang Terlajak' bersama Johan dan Nabil (Raja Lawak) selain masih menunggu tayangan dua lagi filem barunya 'Hantu Air' dan 'Rock 2' arahan Mamat Khalid.

Keadaan Ahmad Jais Semakin Stabil


PETALING JAYA: Keadaan kesihatan penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam dekat sini, Ahad semakin stabil.

Rakan terdekat penyanyi tersebut, iaitu Datuk A.Rahman Hassan yang melawat beliau, Isnin berkata pihak hospital memberitahu kesihatan Ahmad Jais semakin positif dan beransur pulih.

"Apa yang diberitahu doktor kepada saya, keadaan beliau semakin pulih dan tekanan darah juga kembali normal berbanding semalam (Ahad).

"Kemungkinan esok (Selasa) doktor akan membuka alat bantuan pernafasan yang dipakaikan kepada beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

A.Rahman turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan penyanyi tersebut agar pulih seperti sedia kala.

"Saya harap peminat-peminat Ahmad Jais mendoakan kesihatannya agar dia boleh kembali untuk menghiburkan kita semula," katanya.

Antara rakan artis yang hadir melawat beliau ialah Salwa Abdul Rahman, Jay Jay, Ramli Sarip, A.Halim dan Fatimah M.Amin.

Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada Sabtu lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Tomok terus nikmati tuah


SETELAH bertahun bergelumang dalam bidang seni tanah air, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, kini tampil bangga dengan kejayaannya dipilih untuk berkoloberasi bersama sebuah kumpulan indie dari Britain, One Night Only.

Menurut Tomok, kesempatan menjalinkan kerjasama dengan kumpulan itu melalui kempen Buka Semangat anjuran Cola-Cola.

"Kumpulan One Night Only sememangnya sudah lama berada bersama syarikat gergasi Coca-Cola, dan pemilihan saya sebagai artis Malaysia yang akan menjayakan kempen anjuran Cola-Cola ini memberi peluang kami berkerjasama.

"Saya akan ke London bulan depan untuk merakamkan lagu Can You Feel It Tonight bersama kumpulan ini. Bagaimanapun saya akan menyanyikan versi Melayu," kata Tomok.

Bagi Tomok, peluang ini bukan sahaja kejayaan besar sepanjang kariernya malah mencatat sejarahnya tersendiri apabila dipilih sebuah syarikat antarabangsa untuk mewakili Malaysia.

"Saya difahamkan pemilihan ini melalui pemerhatian syarikat ini terhadap perjalanan karier seni saya sejak beberapa tahun lalu," katanya

Sementara itu, Ketua Komunikasi dan Pengaktifan Pemasaran Bersepadu, Coca-Cola Far East Limited, Malaysia / Singapura / Brunei, Rommel Fuentebella berkata, kekuatan yang dimiliki penyanyi muda ini menjadi aspirasi sebenar buat belia di negara ini.

"Perjalanan seninya menjadi kayu pengukur untuk meletakkan dia antara artis di negara ini yang mempunyai potensi besar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Bukan itu sahaja, para belia di negara ini juga harus menjadikan kejayaan Tomok ini sebagai aspirasi sebenar buat mereka yang ingin terus mencapai kejayaan," katanya.

Disamping menyanyi, Tomok juga kini bergelar pelakon dan telah membintang filem Mantra yang dijangka akan menemui para peminatnya tidak lama lagi .

Walaupun filem itu belum ditayangkan, Tomok sekali lagi ditawarkan berlakon dan kini sibuk di lokasi penggambaran filem Istanbul Aku Datang bersama Lisa Surihani.

"Saya tahu dalam beberapa blog ada yang komen tentang lakonan saya. apa yang boleh saya katakan, saya telah laksanakan tugas sebagai pelakon dengan sebaik mungkin dan terserah kepada para peminat untuk menilainya," kata Tomok.

Fathia tidak gugat sesiapa


HADIRNYA ke persada seni berbekalkan pakej yang boleh dikatakan lengkap - dikurniakan dengan wajah jelita dan bakat lakonan yang tersendiri.

Maka itu, tidak hairanlah apabila nama Nur Fathia Abd. Latiff atau mesra disapa dengan panggilan Fathia ini semakin mendaki puncak populariti dan menjadi sebutan di bibir peminat hiburan tempatan.

Sehingga ada yang berpendapat Fathia merupakan pelapis baru yang mampu pergi jauh dalam industri dan berdiri setanding dengan aktres sedia ada.

Walaupun pernah dihimpit kontroversi gara-gara kes membaling telefon bimbit tidak lama dulu sehingga mencalar sedikit nama baik Fathia, ternyata ia bukan satu halangan untuknya terus menjadi rebutan pengarah dan penerbit.

Apatah lagi dengan kehebatan drama bersiri Stanza Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 telah membuatkan graf populariti anak kelahiran Pulau Mutiara ini melonjak naik.

Di sebalik Fathia berusaha keras untuk terus mengukuhkan namanya di persada seni, nampaknya seperti ada pihak yang kurang selesa dengan kemunculan gadis jelita ini.

Angin sepoi-sepoi bahasa mula berbisik mengatakan kehadiran Fathia seolah-olah kurang disenangi terutama pelakon senior sehingga dilayan dengan kurang mesra.

Apakah benar Fathia mula dicemburui oleh pelakon yang terlebih dahulu mencipta nama daripadanya? Dan apakah benar juga hadirnya Fathia dalam industri sudah dilihat sebagai satu ancaman kepada pelakon lain?

"Jujurnya, saya rasa tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pelakon senior. Malah, saya cukup menghormati dan kagum dengan kredibiliti mereka sebagai aktres.

"Saya sendiri tidak melihat diri saya sebagai ancaman kepada mana-mana pihak yang merasakan kehadiran saya seperti mahu menggugat mereka.

"Hadirnya saya ke sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa terutama pelakon senior. Saya cukup sedar saya baru dan mentah dalam bidang ini. Perjalanan saya juga masih terlalu jauh," ulas Fathia yang ditemui usai majlis pratonton filem Al-Hijab arahan Pierre Andre di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seperti mana yang pernah diberitahunya sebelum ini, bidang lakonan yang diceburinya hampir dua tahun lalu adalah semata-mata mahu mencari pendapatan sampingan selain menimba pengalaman baru.

Jauh sekali mahu terus berasa selesa dalam limpahan cahaya glamor seperti mana yang diimpikan oleh bakat baru sepertinya, ternyata itu bukan yang dicari oleh Fathia.

Dalam apa jua hal sekalipun kata Fathia, dia masih mengutamakan akademik dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam selain mahu memenuhi permintaan kedua ibu bapanya yang mahu melihatnya berjaya dalam pelajaran.

Bercuti

Atas alasan itu, Fathia amat menitik beratkan soal disiplin dan tidak sesekali mencampur aduk antara lakonan dan pelajaran.

Jika dalam tempoh empat bulan ini tiada sebarang perkhabaran terbaru tentang Fathia, jangan pula ada yang menyangka dia akan melupakan bidang lakonan.

Ini kerana kata Fathia, dia akan kembali menyambung pengajiannya untuk semester empat dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sudah pasti dalam tempoh itu, dia akan sibuk dengan kuliah dan pembelajaran. Maka itu, jelas Fathia, dia akan menolak tawaran berlakon sepanjang empat bulan berada di universiti.

Namun, Fathia hanya akan bersedia untuk menimbang tawaran iklan komersial yang tidak memakan masa yang panjang. Tetapi katanya, penggambaran perlulah dilakukan pada hujung minggu sahaja.

"Bukan mahu bersikap bongkak atau sombong dengan menetapkan syarat-syarat seperti itu, tetapi, saya perlu fokus dan mengutamakan pelajaran saya terlebih dahulu.

"Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, saya hanya akan berlakon sewaktu cuti semester sahaja. Saya juga perlu menjaga hati dan menghormati kedua ibu bapa saya yang mahu saya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mendapat keputusan cemerlang.

"Itu adalah syarat yang perlu saya patuhi sebaik sahaja mereka membenarkan saya menceburi bidang ini. Seperti mana yang semua sedia maklum, mereka memang menentang keras apabila saya mahu menjadi seorang pelakon," jelas Fathia yang mula dikenali menerusi drama bersiri popular, Nur Kasih.

Hanya kerana dia mengeluarkan syarat dan permintaan sebegitu, Fathia disangka sudah bersedia untuk mengibar bendera putih sebagai tanda bahawa akan bersara daripada dunia seni.

Apabila kenyataan disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga tersebar luas di alam maya dan blog, ia membuatkan hati wanitanya sedikit terguris.

Walhal, dia sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk bersara dan bagi Fathia, sebagai bintang baru, dia masih lagi mahu mendalami ilmu lakonan dan memperbaiki mutu lakonannya.

Permulaan

Walaupun sudah membintangi beberapa buah drama antaranya Laila Asyikin, Musang Berjanggut, Hani dan Hotel Hasanah yang mendapat perhatian ramai, Fathia merasakan ia masih belum cukup untuk menyakinkan peminat dengan bakat lakonannya.

Begitu juga dengan filem pertamanya, Al-Hijab yang akan menemui penonton di pawagam tempatan bermula 6 Oktober ini.

Membawakan watak Qiss dalam filem tersebut, jelas Fathia, Al-Hijab merupakan permulaan bagi dirinya sebelum mana-mana drama yang sudah dibintanginya.

Tanpa sebarang pengalaman dan ilmu lakonan, Fathia memberanikan diri menerima tawaran Pierre selaku pengarah filem tersebut.

Memang diakui, lakonan Fathia dalam filem tersebut bukanlah dikategorikan sebagai terbaik terutama aspek ekspresi, lontaran vokal dan penghayatan.

Tetapi, sebagai bintang baru, percubaan pertamanya itu tidak mengecewakan dan masih boleh diterima.

"Saya sudah bersedia untuk menerima segala kritikan daripada peminat dan penonton apabila filem ini ditayangkan nanti.

"Al-Hijab adalah titik permulaan saya sebagai seorang pelakon dan saya sekadar mahu mencuba pada mulanya. Apatah lagi, ia adalah sebuah filem seram yang merupakan salah satu genre yang saya cukup minati.

"Saya percaya mana-mana pelakon pun mahu mencuba dan mencabar diri mereka dengan membintangi filem-filem daripada pelbagai genre. Begitu juga dengan saya.

"Saya akui lakonan saya dalam Al-Hijab ini masih banyak yang boleh diperbaiki. Saya berterima kasih kepada Pierre sebagai pengarah kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya," jelas Fathia yang mengakui berkawan rapat dengan Neelofa dan Kilafairy.

Najwa Latif Cetus Fenomena Di Stesen Radio


TIDAK sampai setahun Najwa Latif, 16, (gambar) berada dalam industri muzik tempatan, lagunya, Cinta Muka Buku yang menceritakan percintaan di Facebook begitu popular di kalangan golongan remaja terutamanya pelajar sekolah.

Lebih membanggakan, ia turut bergelar juara di kebanyakan carta stesen radio sekali gus menjadi fenomena apabila ia kerap diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

Dan yang terbaru, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini baru saja memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor 2011, kategori solo bahagian muzik pada 17 September lalu.

“Rasanya terlalu pantas muzik yang saya bawakan ini dapat diterima umum. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai satu rezeki yang datang tanpa disangka.

“Lebih-lebih lagi apabila saya diberi anugerah Bakat Muda Selangor 2011. Pada saya ia sebagai satu permulaan untuk melangkah kearah yang lebih baik terhadap pembabitan saya dalam dunia muzik tempatan,” katanya.

Tambah Najwa yang bernaung di bawah label NAR Records, dia mula berasa serasi dengan gelaran sebagai seorang penyanyi profesional berbanding dahulu di mana dia dipanggil gadis Youtube kerana sering memuat naik video nyanyiannya melalui laman sosial itu.

“Ada seronoknya bergelar seorang penyanyi pada usia muda. Jika dahulu saya tidak pernah menaiki bas, saya kini sudah tahu bas mana yang perlu diambil untuk ke Kuala Lumpur jika mempunyai undangan persembahan.

“Selain itu, pelbagai pengalaman yang dilalui sekali gus boleh mematangkan fikiran serta mengasah bakat saya,” tutur peminat Justin Bieber, Taylor Swift dan Bruno Mars ini.

Selain itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat ini berkata dia turut bersyukur klip video Cinta Muka Buku nyanyiannya sudah mencecah lebih daripada 1.5 juta tontonan selepas di muat naik di laman Youtube pada dua bulan lalu.

“Bukan itu sahaja, peminat saya juga semakin hari semakin bertambah iaitu seramai 41,217 orang menerusi akaun Facebook saya.

“Walaupun saya tidak terlalu terdedah menerusi publisiti media cetak dan ramai lagi yang kurang mengenali diri saya, itu tidak apa cuma yang penting, lagu saya diminati,” tuturnya.

Sementara itu, kata Najwa, walaupun dia kini aktif dengan aktiviti nyanyian, pelajarannya tidak mungkin akan diabaikan.

Malah Najwa mempunyai cita-cita mahu bergelar seorang pensyarah Bahasa Inggeris pada masa akan datang dan ingin menjadikan aktiviti nyanyian sebagai kerja sambilan.

Trivia Najwa Latif

Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif

Nama Komersial: Najwa Latif

Tarikh Lahir: 23 Mei 1995

Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor

Status: Pelajar Sekolah SMK (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.

Hobi: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano

Laman sosial: http://www.najwalatifs.blogspot.com/

Facebook Fanpages: najwalatif

Twitter : @njwalatif

Youtube : www.youtube.com/najwa595

Muzik Rancak Kekuatan Stacy


ARTIS: Stacy

ALBUM: Stay-C

LAGU PILIHAN: Cemburu, Bosan, Gempur, Kapsul

EDARAN: Warner Music Malaysia

ALBUM kedua berjudul Stay-C milik penyanyi Stacy ini, simbol kepada perkembangan baru selepas kemunculan album pertama, Aku Stacy pada tahun 2008.

Dari segi kulit album dan foto-foto yang dipaparkan di dalamnya, Stacy menunjukkan kematangan menerusi gaya imej yang lebih dewasa dalam dirinya.

Bagaimanapun, dari sudut lagu-lagu yang dimuatkan pula, konsep muzik pop dan dance masih lagi dikekalkan.

Album ini memuatkan lapan buah lagu baru iaitu Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kisah Dongeng, Kapsul, Gempur dan Pelangi Senja.

Menariknya, dengan hasil kerjasama komposer-komposer hebat seperti Edry Abdul Halim, Rudi Muhammad, Omar K, Audi Mok, Edrie Hashim dan Taja, Stacy mendapat input baru dalam melodi nyanyiannya.

Tidak boleh disangkal, muzik dance merupakan kepakaran Stacy yang lincah dan bertenaga dalam membawakan sesebuah lagu itu.

Justeru itu, lagu rancak seperti Kasanova, Cemburu dan Bosan bukanlah satu masalah untuk dia membawakan lagu-lagu tersebut, tambah pula, Stacy semakin bijak mengawal vokalnya yang mantap itu.

Pada pendapat OopStarz!, lagu Cemburu, yang dihasilkan oleh Kuncidemak manakala liriknya oleh Akim mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Mainan muzik dan melodi yang dinyanyikan membuatkan lagu tersebut kedengaran ‘seksi’. Liriknya juga mudah difahami.

Begitu juga dengan lagu Bosan ciptaan Omar K, muzik yang dihasilkan juga mempunyai kelainan. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya.

Manakala lagu Gempur juga merupakan sebuah lagu yang segar untuk didengarkan tambah pula ia dinyanyikan bersama dengan penyanyi legenda rock, Amy (Search). Selain muzik rock yang dibawakan, dari segi tersiratnya, terdapat satu semangat kehidupan dalam lagu tersebut.

Selain lagu-lagu rancak, lagu irama balada seperti Lalai, Kisah Dongeng dan Kapsul yang dibawakan Stacy, menarik didengar.

Cuma, walaupun lagu Kisah Dongeng ciptaan Edry menjuarai carta hit di stesen-stesen radio tempatan, pihak OopStarz! pula kurang menggemarinya lebih-lebih lagi korus pada lagu tersebut menyerupai lagu kumpulan Radja yang berjudul Jujur.

Permainan Video Ibarat Nyawa Erul


MENYELAK cerita zaman kanak-kanak Erul atau nama sebenarnya Hairul Najmuddin Abu Samah, 20, (gambar) mungkin ada yang tidak tahu dia merupakan seorang yang amat taksub dengan permainan video.

Tabiat itu terbawa-bawa termasuklah ketika berkunjung ke rumah jiran tetangga, rakan-rakan atau sanak saudara apabila dia tidak menghiraukan aktiviti lain sebaliknya memberi tumpuan terhadap permainan video terlebih dahulu.

“Selepas puas bermain dengan permainan video itu baru saya akan makan dan minum. Tabiat saya ini tidak berhenti sehingga saya meningkat remaja. Sekarang ini, saya masih lagi menggemari permainan ini tetapi tidaklah seteruk dahulu,” ceritanya kepada OopStarz!

Kini, dia sudah mempunyai alat permainan video PlayStation Portable (PSP) yang boleh dibawa ke mana-mana dan akan digunakan sekiranya bosan.

Selain itu, dia turut memuat turun permainan video menerusi iPad yang dimilikinya selepas menyertai Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

“Saya lebih menggemari alat permainan video di PSP kerana ia lebih banyak serta menarik berbanding di iPad,” katanya lagi.

Berkongsi tentang barangan lain, penyanyi lagu Legasi Cleopatra ini suka mengumpul cakera padat lagu-lagu pop Korea seperti nyanyian kumpulan 2PM.

iPad

Erul menganggap barangan ini sangat berharga kepadanya kerana ia merupakan hadiah dan kenangan terakhir dari AF9. Erul juga sangat gembira kerana dia merupakan orang terawal menerima hadiah ini selepas menyertai permainan berkonsepkan ‘explorace’.

Cakera padat

Kerana meminati muzik berunsurkan K-Pop, Erul tidak ketinggalan membeli cakera padat album kumpulan yang digemarinya seperti 2PM dan menyimpan album yang memuatkan lagu-lagu bekas pelajar AF9 termasuk lagunya sendiri berjudul Legasi Cleopatra.

Kemeja AF9

Kemeja ini menjadi barangan kesayangan Erul sehingga dia tidak sanggup memakainya dan hanya disimpan di rumah. Baju ini mengingatkan kenangannya ketika di AF9. Walaupun sedih kerana gagal mara ke peringkat akhir, baju itu tetap memberi semangat kepadanya untuk terus berusaha dalam meneruskan karier nyanyiannya. Paling mengharukan, Erul mendapat tahu tidak semua bekas pelajar AF9 yang memiliki baju itu.

Jam tangan

Jam tangan merupakan aksesori penting yang wajib dipakai apabila berada di luar rumah. Sewaktu di alam persekolahan, Erul akui sering membeli dan bertukar-tukar jam tangan baru. Sehingga sekarang pun, dia gemar membeli jam tangan mengikut trend semasa dan cita rasanya.

BlackBerry Torch

Alat komunikasi ini amat diperlukan setiap masa untuk dia berhubung dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan peminat di kala berjauhan. Erul membeli BlackBerry Torch menggunakan wang pendapatan pertamanya selepas bergelar artis naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). BlackBerry ini dapat melengkapi hidup Erul kerana peranannya yang mempunyai pelbagai fungsi seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan dia berhubung dengan peminat.

PSP

PSP atau PlayStation Portable ini ibarat nyawa Erul dan merupakan barangan penting yang pasti dibawanya ke mana-mana sahaja. Apabila keluar rumah, dia akan menggantungkan PSP itu dengan menggunakan tali di leher.

Novel

Erul merasakan novel sangat penting untuk memberi ilmu dan inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang yang kreatif. Erul gemar berfantasi dengan watak-watak rekaan dalam novel terutama buku karya penulis dari Jepun. Bermula dengan genre seram, dia mula menyukai genre fantasi untuk mengurangkan tekanan dalam diri. Selain itu, dia menggunakan gambaran melalui pembacaan itu sebagai idea persembahannya.

Headphone

Erul amat menggemari muzik dan tidak sah sekiranya tidak mendengar muzik setiap hari. Pernah sekali, sewaktu dia melalui proses orientasi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan tidak dibenarkan menggunakan gajet, dia merasakan dirinya seperti tidak tentu arah.

Cermin mata

Barangan ini menjadi suatu kemestian kepada Erul seperti aksesori lain. Lebih-lebih lagi dia sangat meminati bintang muzik Korea dan menjadikan mereka sebagai ikon fesyen. Menurut Erul, terdapat hampir 30 pasang cermin mata yang menjadi koleksinya.

Kamus

Erul sering menggunakan kamus ini apabila membaca novel berbahasa Inggeris. Padanya, kamus sangat penting untuk menguatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya. Kamu bersaiz kecil ini memudahkan Erul untuk membawanya ke mana-mana apabila diperlukan.
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails