Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Faizal Hussein Beraya Sebagai Yatim Piatu


KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein, 43, menyatakan sambutan lebaran tahun ini agak memilukan kerana pertama kali dia bersama adik beradiknya Dilla, 47, dan Fairuz, 45, beraya sebagai anak yatim piatu.

Kata Faizal, kerana itu, Aidilfitri kali ini disambut ala kadar sahaja selain mengadakan majlis tahlil untuk ibunya, Mahyon Ismail, yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu dan bapa, Hussein Abu Hassan (26 November 2007).

"Mungkin inilah kenangan raya yang paling pahit buat kami lebih-lebih lagi tidak dapat merasa air tangan ibu yang menjadi makanan kegemaran kami iaitu ayam masak “klio” (masakan Minang).

"Justeru itu, Hari Raya kami lebih beri fokus dengan majlis tahlil yang akan diuruskan oleh ahli keluarga kami," katanya.

Tambah Faizal, walaupun beraya tanpa ibu dan ayah di sisi, menjadi perkara wajib buat dia dan adik beradiknya membahagikan kerja di mana Faizal bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan rumah.

"Biasanya kami akan beraya di Kuala Lumpur (KL) dahulu dan kemudian barulah pulang ke kampung di Johor Bahru, jadi mungkin kami akan balik ke kampung selepas Hari Raya kedua.

"Dan mungkin juga kakak saya yang akan mengambil alih tempat ibu untuk acara memasak," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Faizal, dia tidak boleh cuti lama kerana selepas Hari Raya kelima, pelakon itu perlu ke set penggambaran bagi filem menjayakan lakonan terbarunya iaitu Khon Malay, arahan Abuya terbitan syarikat produksi NorthStar Acres.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails