Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

“Saya Bersyukur, Mak Cakap Doa Orang Teraniaya Akan Termakbul” – Zarina Anjoulie


Lelaki mana yang tak kenal dengan diva kontroversi mantan pelakon dan juga model, Zarina Anjoulie Lavocah ini? Maka eloklah hidup di gua kerana sesungguhnya tidak normal untuk seorang lelaki tidak mengenali Zarina Anjoulie.

Bermula dari isu gambar bogel Zarina yang pernah tersebar di internet sekitar awal tahun 2008, kemudian isu Zarina yang berang dengan Awal Ashaari di Twitter sehinggalah yang terbaru, gambar seksi ala Megan Fox yang tersiar di Majalah FHM versi Indonesia.

Semalam, ketika pelancaran filem bertajuk ‘Khon Malay’ arahan Imran Ismail, wartawan OHBULAN! sempat menemubual aktress penuh sensasi ini. Zarina menjadi tunjang utama dalam filem bergenre aksi ini bersama pelakon lain iaitu Faizal Hussein dan juga Murad Zaidi.

“Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul,” ujar Zarina Anjoulie memulakan perbualan.

Ditanya mengenai respon rakyat Malaysia terhadap gambar separuh seksinya yang tersiar di Majalah FHM Indonesia. Zarina menjelaskan, “Basically, buat photoshoot itu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa.”

“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut, bukan nak jual badan, tapi orang bayar untuk saya buat kerja. Memang dari dulu saya minat modelling, daripada saya kena kutuk baik saya kerja dan buat duit,” ujar Zarina penuh kecewa.

“Sebelum ini saya selalu merayu, minta maaf pada semua orang. Tapi tak ada orang yang kisah, orang tetap bencikan saya, so apa saya boleh buat? Bukanlah semua orang benci, ada juga yang masih sokong saya. Sekarang ini, saya suka menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura macam artis lain.”

Zarina juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan mengenai sesi fotografi dia untuk FHM. Dia mengaku bahawa peminatnya di Twitter adalah yang pertama mengetahui tentang hal ini.

“My fans on Twitter is the first one to know about the shooting, I tak pernah sorok pasal shoot ni. I know ramai tak suka, tapi I memang sukakan photoshoot,” ujar Zarina mengakhiri perbualan.



No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails