Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Luahan hati Vanidah

SUDAH lama tidak mendengar khabar aktres cantik Vanidah Imran, 39, selepas dia tidak lagi terikat dengan program Nona. Wajah pelakon itu juga tidak banyak menghiasi drama mahupun filem. Jika adapun sekadar beberapa drama seperti drama 7 Gerhana arahan Hans Isaac dan juga filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki. Bertemu dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) itu pada majlis pelancaran projek Inspirasi Selebriti bersama Macy di Pusat Beli-Belah Citta, Kosmo! menemubual Vanida yang lebih mesra disapa Vee itu sekali gus mengetahui keluh resah pelakon itu terhadap dunia seni dan juga kegembiraannya menyambung kembali pelajarannya yang sekian lama tergendala. Boleh kongsi apakah perkembangan Vanidah dalam dunia seni sekarang? Saya baru sahaja habis penggambaran drama Tanah Kubur terbitan Astro Oasis. Saya menjayakan satu episod untuk drama itu iaitu Susuk. Selain drama, saya juga akan muncul untuk filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September depan. Sekali lagi anda berlakon di bawah arahan Afdlin. Kenapa Afdlin, tetapi tidak pengarah lain? Saya selesa dengan arahan Afdlin begitu juga Hans Isaac. Bukan bermaksud saya tidak selesa dengan pengarah lain tetapi Afdlin dan Hans kerap menawarkan saya watak yang mencabar. Afdlin dan Hans bukan sahaja faham dari segi jadual saya tetapi mereka tidak pernah cakap saya sudah tua untuk membawa watak cinta. Filem Untuk Tiga Hari, saya akan berlakon di samping suami, Rashidi dan membawakan watak hero dan heroin yang bercinta. Seperti kedengarannya anda kecewa dengan pengarah lain? Pemikiran orang Asia tidak sama seperti di Hollywood yang mana mereka lagi menghargai pelakon yang lebih berumur. Sebagai contoh, Datuk Michelle Yeoh yang membawakan watak heroin dalam filem The Lady. Kenapa dia dipilih? Kerana pengalaman dan kehebatannya dalam lakonan. Kebanyakan pengarah kita pula lebih gemar mengambil muka-muka baharu untuk menjadi hero dan heroin. Tetapi saya kena faham penerbit buat filem untuk duit. Pasaran filem Malaysia juga kecil, tidak seperti di Indonesia. Sudah berapa lama anda berlakon dan sampai bilakah anda rasa akan meneruskan bidang lakonan ini? Kebelakangan ini, saya sudah tidak terlalu tumpu kepada bidang lakonan. Apa yang penting sekarang adalah keluarga dan pelajaran saya. Saya terpaksa mengehadkan aktiviti seni kerana ingin memberikan tumpuan lebih kepada pengajian saya di Universiti Terbuka Malaysia. Kenapa anda mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran? Saya perlu meningkatkan potensi diri demi masa depan anak-anak. Masa muda dahulu, tidak mahu belajar sekarang baru terhegeh-hegeh hendak sambung belajar. Saya juga mahu anak-anak saya iaitu Mikail Aimran, 8, dan Mariyam Rashika, 7, yang sedang membesar mencontohi dan berbangga dengan pencapaian saya. Malah, suami saya Rashidi juga sudah memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Berpada-pada jadi jahat - Izreen Azminda

BERTEMU pelakon cantik ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini adalah masa terbaik untuk dia bercerita mengenai saat indah yang bakal ditempuhi. Mungkin juga dia cuba mengalih perbualan daripada ditanya kemelut lama atau ingin terus meletak sepenuhnya fokus kepada jalan cerah di hadapan. Jelas Izreen Azmindar Mohd Aznam, 26, kini tiada lagi rasa gusar menyelubungi jiwanya kerana apa yang mampu disimpulkan, semua kisah pahit itu sudah lama berlalu. Apa yang menjadi keutamaannya kini, perancangan meniti alam perkahwinan dan mengorak langkah sebagai anak seni terlanjur rezeki datang melimpah-ruah. “Alhamdulillah dan saya bersyukur dengan apa yang sudah tersurat buat saya.
Inilah yang dikatakan takdir yang sudah ditentukan buat kita sebagai manusia. Walaupun pernah saya tidak henti menangis kerana mengenangkan nasib menjadi pendatang baru dalam dunia lakonan serta kisah kontroversi yang pernah mengaitkan nama saya sebelum ini, akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. “Siapa sangka, selepas hampir enam tahun sebagai pelakon, baru kini saya rasa selesa dengan kepercayaan daripada banyak produksi serta peminat mula buka mata dengan bakat yang dipamerkan. Alhamdulillah kerana usaha dan kesungguhan ini akhirnya diberikan ganjaran yang setimpal dan mampu saya anggap hadiah buat diri sendiri. “Sekarang apa yang penting adalah terus berusaha memperbaiki mana yang kurang dan lemah selain terus memasang niat untuk menjadi yang terbaik,” katanya yang baru saja selesai penggambaran drama siri Jangan Ambil Padang Kami dan bersedia ke set drama Suri pula selepas ini. Tambahnya lagi, selain lapangan lakonan yang sudah boleh membuatkannya tersenyum bangga, wanita yang ramah dan rendah diri ini sedang menghitung hari menjelang saat bahagia dengan lelaki idaman. Mengenali Muhamad Riza Baharudin juga seorang jurukamera produksi berusia 29 tahun sejak akhir tahun lalu ketika berlakon dalam drama Tentang Dhia, hatinya mula terusik dan yakin dengan keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan. Lantas tanpa perlu gusar dan berteka-teki, Izreen menerima kunjungan merisik daripada pihak lelaki pada 10 Disember lalu sebelum melangsungkan majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat pada 1 Januari lalu. Izreen dan tunangnya, Riza, kemudian sepakat memilih tarikh 30 Ogos ini untuk majlis akad nikah dan keesokan harinya untuk majlis resepsi di kampung halamannya di Jitra, Kedah. “Inilah detik bahagia yang saya nantikan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan kami sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung Ogos ini yang kebetulan pada tarikh lahir saya yang ke-27. Inilah jodoh dan suratan buat kami berdua. “Semuanya berlaku terlalu pantas dan kami bersyukur kerana keluarga menjadi tulang belakang yang tidak henti menyokong dan membantu. Apa yang membuatkan saya yakin pada Riza adalah ketelusan hatinya dan sikap jujur yang ada padanya benar-benar membuatkan saya tersentuh. Perkenalan kami memang singkat, namun keserasian dan persefahaman yang ada membuatkan kami yakin untuk mengikat perjanjian hidup. “Soal lakonan tidak pernah menjadi penghalang kerana bakal suami adalah orang yang bekerja dalam industri. Dia memang memahami dan tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif kerana sejak awal kami berkawan, dia sudah tahu minat dan kesungguhan saya dalam lapangan ini. Cuma saya kena memilih skrip yang bersesuaian selepas ini. “Mak�lumlah walaupun bakal suami saya ‘sporting’ tapi kadang-kadang saya kena tegur juga kalau banyak sangat babak berpegangan atau berpelukan. Malah dia juga pesan agar jangan lagi saya melakonkan watak antagonis yang melampau seperti menjadi pelacur kerana tidak gemar menonton dan bimbang akan persepsi orang sekeliling,” katanya. Izreen berkata, dia sedia terima segala teguran dan menghormati permintaan tunangnya itu. “Selama ini, dia lelaki yang setia mendengar segala macam rungutan dan masalah saya. Bukan sekadar menjadi sahabat, dia juga penguat semangat untuk saya terus berdiri sebagai seorang pelakon. “Doakan kebahagiaan kami berdua berpanjangan,” katanya yang pernah membintangi drama Gelora Di Hati Sara 2, Sutera Maya, Isabella, Nenek Kebaya dan Samson Delaila. Nama pelakon popular ini mula dikenali selepas melakonkan watak Cikgu Zakiah dalam drama yang mencetuskan fenomena, Juvana selepas lebih lima tahun berkelana membina nama. Namun ketika itu juga saat namanya berada di atas, episod ‘teka-teki’ termasuk dengan pelakon Johan Asha’ri pula datang menghimpit. Tatkala kisah lama itu mula ditanyakan, graduan jurusan kewartawanan di Akademi TV3 ini enggan mengimbau kembali kerana lebih suka bersikap optimis. Jangan Ambil Padang Kami realistik, jujur MENYENTUH soal lakonannya pula, Izreen bersyukur kerana semakin dekat dengan tarikh perkahwinannya, makin banyak pula tawaran lakonan yang diterima. Meskipun pernah juga terdengar akan stigma kononnya seseorang pelakon wanita itu akan hilang populariti sebaik berkahwin, semua itu hanya satu pandangan individu semata-mata kerana setakat ini jelasnya, rezeki buatnya melimpah-ruah hingga ada yang terpaksa ditolak kerana jadual yang bertindih. “Alhamdulillah kerana tidak mudah meraih kepercayaan orang dan kini ramai pula yang datang yakin akan bakat saya. Itu semua adalah berkat kesungguhan dan usaha saya selama ini yang tidak pernah jemu untuk terus belajar. “Insya-Allah setakat ini saya sudah pun habis penggambaran tiga buah filem iaitu Pecah bersama Tony Eusoff dan Fizz Fairuz, Pak Pong arahan sulung Fauzi Nawawi dan Penjara bersama Erra Fazira dan Marsha. Semuanya mungkin akan ditayangkan penghujung tahun atau awal tahun depan,” katanya. Terlanjur bercerita soal lakonan, kini wajah Izreen sedang rancak diperkatakan apabila muncul bersahaja melakonkan watak Akmar dalam drama siri Jangan Ambil Padang Kami tayangan Astro Ria. Jelasnya yang menyifatkan drama siri terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd itu adalah sebuah plot cerita realistik dan begitu menarik, watak Akmar adalah dimensi berbeza buatnya sepanjang bergelar anak seni. “Bayangkan, saya perlu melakonkan watak seorang pengkid yang awalnya menaruh perasaan kepada Mai lakonan Sheira Ayob. Inilah pertama kali saya melakonkan watak sebegini kerana sebelum ini saya banyak diberi kepercayaan melakonkan watak jahat saja. Memang mencabar dan sukar kerana saya perlu mendalami perasaan dan emosi watak sebegitu. “Namun saya memang tertarik sejak awal meneliti skripnya lagi kerana drama siri ini memang sesuatu yang berbeza dan bebas baik dari sudut lakonan mahupun penyampaian dialognya kerana pengarahnya, Joeza Rasidi, begitu menitikberatkan soal kebebasan kepada barisan pelakon dalam menghidupkan watak masing-masing,” katanya. Jangan Ambil Padang Kami turut menampilkan bintang-bintang popular lain termasuk Betto Kusyari, Elfira Loy, Sheira Ayob dan Syazwan Zulkifli. Pastikan temujanji anda untuk mengikuti pergolakan yang berlaku kepada sekumpulan remaja di kawasan perumahan flet dalam usaha mereka mempertahankan padang yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka berkumpul dan bermain pada setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104 Astro).

Remy Ishak Malu Nyanyi Lagu Sendiri

KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak mengakui berasa malu menyanyikan lagunya sendiri walaupun single terbarunya iaitu Kelip-Kelip sudah siap untuk di keluarkan. Remy berkata, dia tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyikan single yang dihasilkan untuk filem 29 Februari itu kerana tiada pengalaman membuat persembahan pentas. "Jangankan membuat persembahan di hadapan penonton, semasa penggambaran babak yang memerlukan saya menyanyi pun saya berasa malu. Bagaimanapun, jika ada permintaan Insya-Allah saya akan lakukan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu. Remy berkata, pada asalnya lagu tersebut dirakamkan untuk dimasukkan ke dalam satu babak filem berkenaan namun Edry Abdul Halim yang juga komposer terlibat mahu melancarkannya sebagai single. Bagaimanapun katanya dengan menyanyi ia berjaya meningkatkan keyakinannya untuk bergelar seorang artis. "Lagu tersebut adalah sebahagian daripada projek filem tersebut dan tidak terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya. "Filem 29 Februari adalah sebuah karya cinta yang banyak main dengan emosi dalaman tambahan pula saya perlu menghayati lirik lagu berkenaan. "Sebagai pelakon ia telah mengajar saya satu sisi lain dalam lakonan dan memberikan lebih keyakinan," katanya. Sementara itu, Remy berkata, dia bakal kembali ke set penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi gandingannya bersama Tiz Zaqyah. Dia juga sudah lama tidak berlakon dalam drama bersiri dan merasakan ia baik untuk kerjayanya. "Sebelum ini saya banyak tampil dalam filem dan bukan semua peminat pergi ke panggung untuk menonton lakonan saya. "Jadi kemunculan dalam drama atau drama bersiri dapat mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak menonton saya di televisyen. Remy juga bakal muncul dalam filem seperti Jiwa Taiko, Azazil, Aku, Kau Dan Dia dan Hantu Kapcai.

Faizal Tahir Mengaku Gimiknya Telah 'Makan Diri'

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir akhirnya mengakui gimik yang pernah dilakukannya selama ini membawa padah kerana ia umpama memakan diri sendiri. Faizal, 34, berkata, hal tersebut membuatkan dia semakin kekurangan idea dalam mengadakan persembahan manakala peminat-peminat pula mengharapkan gimik yang lebih hebat berbanding persembahan yang sebelumnya. "Kebanyakan orang mengenali Faizal Tahir kerana gimik yang dipersembahkan dan ia telah “memakan” diri saya. "Jujur dikatakan, saya sampai dah kehabisan idea untuk berfikir apakah gimik seterusnya yang perlu dibuat. Ia membuatkan saya tertekan. "Ini kerana orang nak saya “pecah rekod” daripada persembahan yang pernah saya buat sebelumnya," kata Faizal yang ditemui selepas sidang media Konsert Faizal Tahir, di Hard Rock Cafe, di sini Rabu. Bagaimanapun, tambah Faizal, masalah yang berlaku itu membuatkan dia hanya perlu mengadakan aksi gimik pada persembahan yang melibatkan siaran televisyen (TV) sahaja. Manakala pada persembahan yang tidak membabitkan siaran TV, Faizal akan memberi fokus kepada segi susunan muzik pada setiap lagu yang dipersembahkan. Sementara itu, Faizal bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert pertamanya di KL Live, Kuala Lumpur, pada 1 Julai depan. Konsert yang dianjurkan oleh ZackkoolG dengan kerjasama The 8 Unit itu merupakan konsert kedua Faizal selepas persembahannya pada dua tahun lalu. Beritahu Faizal, dia akan mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu selama sejam dengan membawakan lagu-lagu popularnya seperti Karma, Bencinta dan Hanyut menggunakan susunan muzik yang berbeza. "Ini merupakan sebahagian projek yang besar bagi saya dan apa yang penting, saya dapat menghiburkan para peminat sebaik mungkin. "Malah lagu-lagu yang dibawakan akan disusun semula mengikut cita rasa saya. Beberapa lagu saduran turut akan dipersembahkan," ujarnya. Kata Faizal, konsert tersebut juga merupakan sebagai sebahagian promosi bagi album ketiganya yang bakal muncul tidak lama lagi. Tiket konsert yang berharga RM98, RM138, RM238 dan RM300 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my dan akan dijual bermula Jumaat ini. Dalam pada itu, bagi sesiapa yang membeli tiket sebelum tarikh 15 Jun, potongan harga sebanyak 20 peratus akan diberikan.

Bekas Tunang Mawi Ina Naim Lahirkan Anak Ketiga

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga bekas tunang kepada penyanyi Mawi iaitu Ina Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada pukul 8.35 pagi Rabu. Menurut laporan akhbar Harian Metro pada Khamis, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim ketika ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini adalah lelaki. “Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki. Malah, naluri keibuan saya mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak. “Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya. Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT pada Isnin, hasil ujian imbasan sebelum dia melahirkan bayi itu pada Rabu. Sementara itu, suaminya Mohd Suhaimi Saad berkata dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka. Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid Inteam berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya sepanjang lima tahun berkahwin. “Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak. “Bagi saya, lebih penting nama yang diberikan itu menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya. Sebelum ini, pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2.

Marsha sekadar suka-suka

JIKA sebut namanya sekarang, pasti ramai peminat terus teringat kepada rancangan gosip Propaganza yang hangat ke udara setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria. Bergandingan dengan Reza AF, lagak Anak Tamparuli, Sabah ini cukup selamba, lucu malah ada juga yang menganggapnya sebagai ‘gedik’ tatkala mengacarakan rancangan itu. Biar apapun kata orang terhadap gaya penyampaiannya itu, Marsha Milan Londoh, 26, tidak pernah mengambil pusing, sebaliknya terus memfokuskan untuk memberikan yang terbaik kepada dunia baru itu. Sebelum ini ramai tertarik dengan alunan vokal Marsha. Kemudian ramai memuji lakonannya dalam drama seram Kum Kum diikuti filem komedi romantis Cun! arahan Osman Ali. Namun sejak ada Propaganza, nama Marsha terus mendapat perhatian dan ia nyata memperlihatkan satu lagi bakat dalam diri beliau.
Apa yang jelas, Marsha mengakui pembabitannya secara ‘bidan terjun’ dalam bidang pengacaraan TV sebagai rezeki serta pengalaman baru. “Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mencuba bidang pengacaraan khususnya untuk Propaganza. Saya sebenarnya tak sangka niat asal iaitu hanya suka-suka menghadiri uji bakat akhirnya membuatkan saya terjebak dengan program gosip. “Saya mencuba uji bakat itu kerana atas pujukan kawan-kawan. Tak pernah terfikir langsung saya akan diberikan ‘job’ berkenaan dan ketika diuji bakat pun saya tidak serius. Saya rasa saya ‘gila-gila’ tapi rupanya itu yang mereka suka. “Beberapa hari selepas itu, saya terus mendapat panggilan menyatakan saya berjaya mendapat ‘job’ itu. Memang terkejutlah kerana saya tidak mengharapkan apa-apa. Malah saya masih cakap pada mereka bahawa saya tak mungkin akan menjadi hos yang bagus dan belum benar-benar bersedia. “Bagaimanapun, pandangan kru produksi pula lain. Mereka menyatakan saya sangat sesuai untuk program berkenaan. Lama juga saya berfikir dan atas nasihat kawan serta tidak mahu mengecewakan permintaan mereka, saya pun terima. Mujurlah saya digandingkan dengan rakan baik, Reza maka terciptalah keserasian antara kami sebab dah kenal lama. “Setakat ini, saya mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang cakap saya ‘gedik’, bingit dan tak sesuai. Tak kisahlah, saya pun sudah terima ‘job’ ini dan akan teruskan. Alang-alang mandi, biar sampai basah. Apa-apapun, saya berbalik kepada niat asal iaitu mahu menghiburkan penonton. “Tidak kurang yang memuji dan itu sesuatu yang saya suka. Saya faham, bukan senang untuk memuaskan hati semua orang, tapi apalah guna menjadi orang lain semata-mata mahu buat orang suka kepada kita bukan?” katanya. Namun Marsha tidak menafikan, sejak mengacarakan Propaganza, pelbagai tawaran mengacara mula mendatanginya dan kebanyakannya adalah untuk acara korporat. Akuinya, untuk mengacarakan majlis yang besar, ia bukan senang. Menjadikan Aznil Nawawi, Sharifah Shahira dan Jozan sebagai insan rujukan untuk memantapkan tugas baru itu, Marsha bagaimanapun masih bergelut untuk menyembunyikan loghat Sabah tatkala berada di depan kamera. “Loghat saya masih lagi tebal dan itulah antara cabaran terbesar dalam mengacarakan Propaganza. Selain itu, cabaran lain, rancangan ini ke udara secara langsung dan sekali jalan saja. Berbanding lakonan, sekurang-kurangnya saya masih boleh memperbaiki pertuturan kerana babak boleh diulang-ulang. “Saya harus juga berterima kasih kerana digandingkan dengan Reza. Dia pun sudah lama dalam bidang ini dan apa-apa kekurangan mudah saja bagi saya untuk merujuk kepadanya,” jelasnya. Masih berkira-kira sama ada ingin meneruskan atau tidak pada musim akan datang, Marsha tidak ada apa-apa perancangan setakat ini dan mahu hanya tunggu dan lihat. Dalam pada itu, dia masih lagi mengimpikan agar kerjaya nyanyiannya juga menemui saat kemuncaknya. Niat asalnya terbabit dalam industri menjadi penyanyi nampaknya semakin samar apabila bakatnya dipandang sepi. Biarpun secara kasarnya, Marsha juga antara penyanyi wanita yang berpotensi, industri muzik seolah-olah belum mengiktirafnya. “Memang saya kecewa namun apa boleh buat. Saya kena sabar dan terus berharap saja kerana apa yang pasti, saya tidak akan berputus asa. Syukur saja, tawaran menyanyi masih lagi banyak dan sekurang-kurangnya ia membuktikan nyanyian saya masih diterima. Saya pun dalam proses untuk muncul dengan single terbaru. “Kali ini, saya sangat menaruh harapan agar single berjudul Kepastian Cinta ciptaan Ajai mampu membuka mata orang. Cukup bermakna dan ada kaitan dengan kehidupan saya, diharap lagu ini juga akan menaikkan semula ‘jenama’ Marsha sebagai seorang penyanyi. Berentak balada, kemungkinan single ini akan dilancarkan pada Julai atau Ogos nanti,” katanya lagi. Lebih banyak kelihatan dalam lakonan pada ketika ini, Marsha tidak menolak perasaan gementar menantikan filem pertama dia menjadi watak utama, Qada yang akan ditayangkan penghujung tahun ini. Diarahkan Michael Ang, Marsha pada mulanya ingatkan Qada adalah sebuah telemovie, namun rupa-rupanya ia sebuah filem. Istimewanya, lagu tema filem itu berjudul Tentang Cinta adalah de�ndangannya. Trivia Marsha Filem terbaru yang ditonton...Safe Perkara yang membuatkan Marsha rasa tenang...Muzik atau lagu santai yang memberikan inspirasi. Kalau tidak jadi artis...Mungkin guru atau pramugari! Insan yang paling ingin ditemui...Oprah Winfrey Lagu kegemaran sepanjang masa...Still With You

Kamal nafi terima ugutan

SPEKULASI penangguhan tayangan perdana filem Gerimis Mengundang dari tarikh asal iaitu 21 Mei kepada 28 Mei ekoran pertindihan tarikh dengan tayangan perdana filem Aku Ada Kau Ada??? menimbulkan tanda tanya. Ada dakwaan yang mengatakan penundaan tayangan perdana filem arahan Ahmad Idham itu disebabkan oleh tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), David Teo yang dikatakan mengganggu hak pengedaran Excellent Pictures yang diterajui Ahmad Idham sendiri. Selain itu, muncul juga dakwaan bahawa pelakon utama filem Gerimis Mengundang iaitu Kamal Adli telah menerima mesej amaran berbaur ugutan saman daripada David Teo untuk hadir ke tayangan perdana filem Aku Ada Kau Ada??? ketika dia berada di Jakarta, Indonesia untuk tujuan promosi filemnya. Kosmo! berkesempatan menemu bual kedua-dua individu yang terbabit iaitu Ahmad Idham dan Kamal Adli berhubung isu tersebut selepas sidang akhbar tayangan perdana filem Gerimis Mengundang di Sunway Pyramid, Bandar Sunway baru-baru ini. Kosmo!: Filem Gerimis Mengundang dikatakan berdepan krisis pengedaran yang dikatakan telah diserahkan kepada MIG sebelum ini, adakah dakwaan ini benar? AHMAD IDHAM (AI): Filem ini masih di bawah edaran syarikat saya sendiri iaitu Excellent Pictures yang diterbitkan oleh E-rama Creative Sdn. Bhd., lagipun perbincangan antara E-rama dan MIG sebelum ini pun hanya untuk penyiaran Gerimis Mengundang di saluran Astro First bukannya pengedaran filem. Bagaimana anda selaku pengarah filem Gerimis Mengundang melihat situasi yang sedang berlaku yang dikatakan produksi anda disabotaj dan ada pihak yang cuba potong jalan? Memang pada mulanya agak terkejut apabila diberitahu mengenai penundaan tarikh tayangan perdana filem ini oleh pihak E-rama pada saat-saat akhir. Hal saya disabotaj atau potong jalan sebenarnya masih diteliti sebelum kenyataan lanjut boleh dibuat. Jadi, benarkah wujud unsur sabotaj terhadap filem itu dan apa tindakan anda selanjutnya? Bunyi seakan-akan saya disabotaj dan kalau pihak Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) tidak menghubungi saya selepas pulang daripada mengerjakan umrah minggu lepas, saya tidak tahu menahu akan hal ini. Buat masa sekarang, saya diam saja dan tiada apa yang merugikan saya pun sebab saya cuma mengarah. Memandangkan pratonton filem Gerimis Mengundang sepatutnya dijalankan pada tarikh yang sama dengan filem Aku Ada Kau Ada??? kemudian ditunda ke tarikh yang baharu iaitu kelmarin (28 Mei 2012), adakah ia menjejaskan promosi filem anda? Tidak sama sekali. Masing-masing ada perancangan sendiri dan saya rasa dengan memberi laluan kepada tayangan filem Aku Ada Kau Ada???, itu adalah langkah terbaik untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Mizz Nina menongkah arus

SENTIASA mengutamakan kualiti dalam setiap hasil kerjanya, ternyata langkah Mizz Nina kini semakin meluas dalam memastikan kehadirannya dalam industri seni tanah air mendapat perhatian. Bukan mudah bagi empunya nama Shazrina Azman ini mahu mencipta nama. Sebab itu dia berusaha bersungguh-sungguh dalam menghasilkan suatu produk yang berkualiti dan memuaskan hati. Buktinya, album kedua Mizz Nina, Take Over, berjaya dilahirkan setelah dua tahun memerah idea dan keringat. Berbicara mengenai kelahiran album tersebut, ternyata Mizz Nina sebenarnya mempunyai satu matlamat yang jelas dalam memacu hala tuju perjalanan kariernya. “Jujurnya bukan mudah untuk menghasilkan album kedua ini. Saya menghabiskan masa selama dua tahun bagi menghasilkan sesuatu yang cukup berkualiti. “Bagi saya biarlah apa yang dilahirkan itu mampu membuktikan kebolehan kita yang sebenarnya, bukan dibuat secara tergesa-gesa," katanya pada majlis pelancaran albumnya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ditanya mengapa terlalu lama masa diambil sebelum album kedua itu dikeluarkan, Mizz Nina mempunyai jawapan tersendiri. “Untuk album kedua ini kami terlebih dahulu mengeluarkan single satu persatu sebelum album penuh dikeluarkan. Perkara ini adalah di atas faktor pasaran di negara ini. “Apa yang pasti, album kedua ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya. “Peluang bekerjasama bersama dengan nama-nama besar industri muzik antarabangsa seperti Colby O’ Donnis, James Freeman dan Koolade banyak membantu saya dalam memahami proses penghasilan dan juga rakaman. “Ternyata kerjasama saya dan mereka merupakan satu formula yang menjadi, memandangkan kelebihan mereka bersesuaian dengan genre yang saya bawakan," katanya yang telah merakamkan dua lagu Inggeris iaitu With You dan Just Do It di London. Keluarga dan cahaya mata Jika dilihat dari usaha kerasnya, semua sudah cukup maklum bahawa Mizz Nina mahu mengejar impiannya untuk sama-sama berdiri setanding dengan artis-artis antarabangsa yang lain. Namun dalam masa yang sama, ramai juga yang menanti akan kehadiran cahaya mata dalam keluarga mereka. Jika dulu, suami tercinta, Noh daripada kumpulan Hujan pernah melahirkan keinginan untuk menimang cahaya mata, jawapan yang diberikan si isteri bakal mengundang senyuman di wajah pasangan ini. “Julai ini genap setahun ikatan kami sebagai suami isteri dan sememangnya saya mengimpikan keluarga kami diserikan lagi dengan cahaya mata. “Mungkin pada tahun hadapan, saya akan mengambil ‘cuti’ seketika daripada sebarang aktiviti seni. Ia bagi memberi perhatian kepada aktiviti keluarga pula," katanya sambil tersenyum. Mizz Nina memberitahu untuk tahun ini dia akan bertambah sibuk, sebelum mengambil peluang untuk bercuti. Malah, kini sedang merancang mengadakan konsert jelajah di seluruh Malaysia bagi mempromosikan album terbarunya itu. Selain itu dia juga bakal membuat persembahan pembukaan MTV World Stage yang akan turut dihadiri oleh Justin Bieber, Jay Park dan juga artis Korea, Kara di Sunway Lagoon pada Julai nanti.

Wardina Tidak Fobia Kerana Panggilan Lucah

HIBURAN Rabu Mei 30, 2012 Wardina Tidak Fobia Kerana Panggilan Lucah Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI Wardina berharap lelaki yang menggangunya dengan panggilan lucah tidak akan mengulangi perbuatan buruknya itu. PETALING JAYA: Personaliti televisyen terkenal, Wardina Saffiyah Fadhlullah memberitahu masih menunggu hasil siasatan terhadap laporan polis yang dibuat berhubung gangguan panggilan lucah menerusi telefon yang diterimanya Ahad lalu. Wardina, 33, berkata, dia tidak terlalu terburu-buru untuk mengetahui mengenai kes berkenaan kerana apa yang lebih penting mesej di sebalik perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit telah disebarkan kepada masyarakat. "Mungkin pada sesetengah pihak anggap perkara itu adalah remeh tetapi sebenarnya ia boleh menggagu dan mengakibatkan masalah lain kemudian hari. "Sebab itu saya ingin tekankan bahawa perbuatan lelaki itu adalah salah dan berharap dia akan berhenti daripada melakukan perkara sedemikian bukan sahaja kepada saya tetapi orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Wardina pada Ahad lalu telah membuat laporan polis kerana diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki yang mendakwa bernama Arif. Lelaki berkenaan mendakwa dia adakah kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemu bual Wardina tetapi telah bertanya dengan soalan-soalan lucah. Dalam pada itu, Wardina berkata, sehingga kini dia masih tidak mengetahui punca dan tujuan lelaki berkenaan berbuat demikian namun berharap individu terbabit menyesal dan tidak mengulanginya lagi. Sementara itu, Wardina memberitahu, kejadian itu telah meninggalkan kesan kepadnya tetapi tidaklah sehingga membuatkan dia fobia untuk menjawab panggilan lain. "Apa yang lebih penting saya dapat memberitahu kepada masyarakat bahawa perbuatan lelaki terbabit adalah salah. Soal fobia tidak timbul walaupun sedikit sebanyak ia telah meninggalkan kesan kepada saya," ujarnya.

Miera Leyana Rasa Kekok Berlakon Dengan Shahrizal Jaszle

KUALA LUMPUR: Aktres Miera Leyana mengakui berasa janggal untuk berlakon bersama bekas kekasihnya iaitu aktor Shahrizal Jaszle selepas hubungan mereka berakhir kira-kira tiga bulan lalu. Miera, 19, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama secara profesional namun di dalam hatinya terdetik juga perasaan kekok dan kurang selesa untuk bergandingan dengan aktor itu. "Saya berasa kekok untuk berlakon bersama sejak hubungan kami putus. Kami memainkan peranan sebagai pasangan kekasih dalam drama 13 episod berjudul Harapan arahan pengarah dari India iaitu Ishal. "Saya akui sangat susah untuk bertentang mata dan menjayakan watak pasangan kekasih tetapi saya lakukan juga atas dasar profesional," katanya kepada mStar Online. Hubungan Miera dan Shahrizal yang terjalin selama lima bulan berakhir pada Februari lalu kerana lelaki itu dikatakan berlaku curang. Miera berkata dia hanya berkomunikasi dengan Shahrizal semata-mata untuk menjayakan watak itu sepanjang penggambaran berlangsung selama sebulan.
"Kami hanya berkomunikasi apabila babak kami dirakamkan. Jika tidak, kami akan duduk berasingan dan membuat hal masing-masing. Pada peringkat ini, saya sedang menyesuaikan diri dan emosi akibat perpisahan itu. "Jujurnya, masih berat dan sukar untuk saya berpura-pura seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku di antara kami sebelum ini," luahnya. Diusik mengenai keputusannya menerima tawaran untuk berlakon bersama, Miera berkata tawaran tersebut diperolehnya lebih awal sebelum dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Shahrizal turut serta dalam drama berkenaan. "Saya tertarik dengan idea dan konsep drama itu yang bertemakan percintaan. Sebab itu, saya menerima tawaran tersebut. Saya tidak sangka pula dia (Shahrizal) akan ditawarkan sebagai hero drama ini. "Jika saya tahu daripada awal, mungkin saya tidak ambil. Namun, saya menetapkan syarat kepada syarikat produksi iaitu kami hanya berlakon atas dasar profesional dan tiada isu-isu peribadi perlu dilibatkan sepanjang penggambaran," akuinya. Drama Harapan dijangka menemui penonton pada Ogos depan menerusi RTM. Selain drama itu, Miera juga sedang terlibat dalam penggambaran drama Pencinta terbitan Grand Brilliance.

Ibnor Riza Mengaku Tidak Pernah Mengundi

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim menjelaskan tidak pernah mengundi sepanjang hidupnya kerana tidak begitu tertarik dengan dunia politik tanah air. Ibnor Riza, 50, berkata, selama ini dia lebih gemar menjadikan dirinya sebagai individu 'atas pagar' dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti politik di negara ini. “Bukan saya tidak peka dengan perkembangan politik tanah air cuma saya tidak mahu ambil perhatian lebih atau jadi pengikut parti-parti tertentu. “Apabila membabitkan soal politik, saya lebih selesa amalkan sikap 'atas pagar' dan jadi pemerhati saja. Bayangkan, selama ini saya tidak berminat melayan cerita-cerita politik sampai ke tahap saya tidak pernah keluar mengundi,” katanya. Ibnor ditemui ketika menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Umno di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa. Selain itu, penyanyi Amy (Search) dan Mus (May) turut mengikut jejak yang serupa. Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Ibnor yang berhasrat membuang undi buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ini berkata, penyanyi Jamal Abdillah telah menyedarkan dia tentang kepentingan berada di bawah parti politik yang stabil seperti Umno. “Saya tergerak hati untuk menyertai Umno selepas berbual-bual dengan Jamal kerana kami kerap bermain badminton bersama. Jamal pernah berkata golongan artis perlu bersatu untuk terus berjaya dan Umno mampu memajukan dan melindungi artis. “Saya sertai parti atas kesedaran sendiri dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau faedah,” jelasnya sambil menafikan penyertaannya dalam parti itu kerana kepentingan kerjaya. Mengenai perkembangan lain, penyanyi lagu Mimpi Tak Sudah ini berkata hasratnya untuk mengeluarkan album baru masih tertangguh kerana senario industri muzik yang tidak menentu pada hari ini. “Sebenarnya saya sudah merakamkan 10 lagu baru termasuk beberapa lagu lama yang dirakamkan semula. “Kalau diikutkan album itu sudah siap sepenuhnya tetapi sampai ke hari ini masih belum dapat dipasarkan kerana kami masih mencari waktu yang sesuai memandangkan keadaan industri sedang nazak. “Saya harap dapat pasarkan album itu pada tahun ini juga,” jelasnya yang masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian.

Que Haidar 'Langgar Pantang' Buat Keputusan Berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon Que Haidar yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu tidak dapat berbohong kepada dirinya bahawa dia sebenarnya merindui dunia seni itu. Justeru, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 32, terpaksa “melanggar pantang” apabila muncul dalam teater Primadona... Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan. "Saya terlibat dalam karya ini kerana saya suka dengan naskhahnya. Paling tidak ia dapat juga mengubat kerinduan saya sebagai pelakon," katanya kepada mStar online. Que juga menafikan dia terlibat dalam teater itu kerana ia diterbitkan sendiri oleh isterinya iaitu Linda Jasmine menerusi Linda Jasmine Performing Arts Studio. Que berkata, Linda tiada kena mengena dengan keputusan itu kerana dia juga berhak terhadap sebarang tindakan disebabkan studio tersebut adalah hak milik mereka bersama. "Saya sudah letih orang asyik mengaitkan sebarang keputusan saya adalah menurut kehendak isteri walaupun dia langsung tidak bersalah. "Saya tidak mahu lagi melayan perkara itu kerana apa lebih penting sekarang adalah kebahagiaan kami berdua. "Sudah penat saya melayan permintaan orang dan sudah tiba masanya saya buat apa yang menggembirakan saya dan teater ini adalah salah satu daripadanya," kata Que. Bercakap mengenai teater berkenaan, Que berkata, Primadona...Perahu Mimpi turut menandingkannya dengan pelakon seperti Emelda Rosmila, Maulana (AF), Emma (AF) dan Datin Shima yang memegang watak utama. Teater yang diarahkan oleh Zamri Pangat ini turut melibatkan ramai pelakon teater dari Johor yang berulang alik ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.
"Ini juga adalah satu sebab mengapa saya setuju untuk terlibat kerana terharu dengan kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan pementasan teater ini. "Ia juga dihasilkan untuk tujuan amal yang mana sebahagian wang daripada jualan tiket akan didermakan kepada Pride Foundation bagi membantu pesakit kanser payudara," ujarnya. Sementara itu, ditanya mengenai tawaran berlakon drama atau filem, Que menjelaskan dia ada menerima tawaran daripada syarikat produksi tetapi hatinya masih belum terbuka untuk ke dunia berkenaan. "Kebanyakan tawaran yang saya terima masih watak yang sama seperti mana pernah saya bawa dulu namun sekiranya ada naskhah yang baik, saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya," kata Que. Tiket bagi menyaksikan teater Primadona...Perahu Mimpi dijual pada harga RM100 dan RM80 (akan mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan Aviva-Active) yang boleh didapati dengan melayari www.aviva-active.com.my atau menghubungi 03-4270-1777.

Amy (Search) Sanggup Dikecam Kerana Sertai Umno

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada Selasa. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak. “Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu. “Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online. Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa. Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim. Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai Umno kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu. “Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai Umno. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa. “Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong Umno demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.
Mus pula berkata hatinya tergerak untuk menyertai parti itu kerana kredibiliti Umno yang sudah terbukti dalam mentadbir dan memajukan negara berbanding janji-janji kosong pembangkang. “Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik lain. Kalau ada pun, saya hanya terlibat dalam program dan acara anjuran Barisan Nasional dan Umno sebagai penghibur. “Saya berasa yakin dengan kepimpinan parti ini. Bagi saya Malaysia semakin maju kerana usaha Umno. Tiada jaminan bersama parti-parti lain kerana tiada bukti pun pembangkang dapat melakukan perubahan dan membawa kemajuan kepada kita,” katanya. Dalam pada itu, Ab Rauf menyangkal dakwaan kononnya penyertaan golongan artis secara beramai-ramai ke dalam Umno adalah agenda parti untuk mengambil kesempatan bagi mempengaruhi masyarakat. “Bukan dasar kita untuk mengambil kesempatan ke atas golongan artis. Kita tidak menggunakan artis tetapi penyertaan mereka adalah atas kesedaran masing-masing. “Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya. Sehingga Selasa, penyertaan ketiga-tiga penyanyi itu menjadikan jumlah artis yang mendaftarkan sebagai ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang sebanyak 43 orang. Antara artis yang terlebih dahulu menyertai termasuklah Tan Sri Jins Shamsudin, Jamal Abdillah, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Radhi (OAG).

Tomok Menangis Lihat Isteri Bersalin

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok, 28, mendapat anak lelaki apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa. Tomok atau nama sebenarnya Shah Inderawan Ismail, 28, berkata, anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu masih belum diberikan nama namun bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar. "Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila isteri dan anak saya sihat. "Lebih bererti, saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak awal, serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna," katanya yang dipetik daripada akhbar Berita Harian. Tambah Tomok, dia terpaksa akur bahawa tanggungjawabnya kini lebih besar dan harus memikul peranan sebagai suami dan bapa.
"Sebagai seorang lelaki, saya tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Selain sibuk dengan kerjaya, saya akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga. "Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata. "Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai," katanya. Tomok dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu.

Dadah: Saiful Apek Pelik Tidak Digam Stesen TV

PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek, 42, berasa pelik apabila namanya tidak digam oleh mana-mana stesen televisyen (TV) memandangkan dia sedang menjalani perbicaraan atas dakwaan berkaitan dadah. Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, hal tersebut membuatkan dia bersyukur walaupun pada mulanya agak risau dengan statusnya sama ada diterima stesen TV atau tidak. "Berdasarkan apa yang dilihat sebelum ini, ramai artis yang digam apabila mereka dikaitkan dengan dadah tapi lain pula situasi saya ini yang masih lagi menerima pelbagai tawaran kerja daripada pihak stesen TV. "Risau juga jika digam, kerana ia mampu menjejaskan karier saya yang menyara keluarga. Walaupun berasa pelik, namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja macam biasa," katanya. Tambah Saiful Apek, dia menganggap budaya artis digam sudah berubah mengikut peredaran zaman di mana kualiti kerja tiada kaitan dengan hal-hal dadah yang lebih kepada unsur peribadi. "Pada pendapat saya, isu artis digam adalah budaya dahulu dan kini pihak stesen TV lebih terbuka tentang hal ini di mana mereka tidak mengaitkan antara hal-hal kerja dan peribadi. "Lagipun artis-artis ini tidak sepatutnya diperlakukan begitu (digam) kerana mereka hanya menjalankan tugas menerusi kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. "Bagaimanapun, takut juga jika timbulnya provokasi bagi menutup periuk nasi saya atau artis-artis yang senasib saya," tuturnya. Pada 1 November tahun lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan. Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000. Print this story Lagi Berita « Kembali

Puteri Sarah rancang buka hotel

SEBELUM ini, nama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, sering menjadi tumpuan ramai gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda dirinya, terutama yang membabitkan kisah bersama kekasihnya, Ammar Alfian. Mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, Puteri Sarah membuat keputusan untuk mengambil sikap mengelakkan diri daripada sebarang publisiti agar tidak lagi dihimpit dengan sebarang kontroversi murahan. Ikuti temu bual bersama pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana itu yang ditemui pada majlis pelancaran drama Indera Joned di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kosmo!: Sudah lama kisah anda jarang dipaparkan media. Adakah anda sudah tidak aktif berlakon sekarang? PUTERI SARAH: Saya masih lagi bergiat dalam bidang seni sehingga ke hari ini. Cuma kisah mengenai diri saya sekarang semakin jarang dipaparkan media. Sehingga ada peminat yang menyangka saya sudah tidak lagi aktif berlakon. Saya mengambil keputusan untuk bersikap low profile bukan bertujuan hendak melarikan diri daripada mana-mana pihak, tetapi ini adalah langkah terbaik agar tidak timbul lagi sebarang cerita negatif mengenai diri saya. Selain berlakon, apa lagi aktiviti yang anda lakukan? Mungkin ramai yang tidak tahu sepanjang tempoh setahun ini, saya sibuk menyambung pelajaran di Kolej Olympia, Petaling Jaya, Selangor. Di kolej tersebut saya mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan pengajian sudah tamat pada bulan April lalu. Ini merupakan ijazah yang kedua kerana pada awal Januari 2011, saya telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Kolej Taylor, Kelana Jaya. Apa yang menyebabkan anda mengambil dua ijazah? Pada usia yang masih muda ini, seharusnya saya mengambil peluang untuk menimba sebanyak ilmu pengetahuan. Lagipun, dua ijazah yang saya ambil ini berlainan bidang dan dengan cara itu pelbagai pengetahuan dapat saya peroleh menerusi kedua-dua bidang tersebut. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan selepas menamatkan pengajian? Sebenarnya saya mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah hotel sekiranya tidak lagi berlakon. Jadi, saya mahu bekerja dalam bidang perhotelan untuk menimba pengalaman terlebih dulu. Kalau diikutkan, saya sudah merancang untuk berhijrah ke luar negara, sama ada ke Amerika Syarikat atau Australia selepas tamat belajar dan bekerja dengan mana-mana hotel dalam tempoh empat atau lima tahun. Mengikut perancangan awal, saya akan pergi sebaik sahaja tamat pelajaran, tetapi jadual lakonan yang padat membuatkan saya terpaksa menangguhkannya. Mungkin saya akan pergi pada tahun hadapan. Kenapa anda mahu bekerja di hotel luar negara, sedangkan di Malaysia sudah banyak hotel yang bertaraf lima bintang? Sudah tentu cara kerja di Malaysia dan negara lain mempunyai banyak perbezaan. Maka, dengan segala pengalaman yang saya peroleh di luar negara nanti akan dapat membantu saya untuk membuka hotel sendiri di negara ini pada masa akan datang. Memang saya berkeinginan besar untuk merasai suasana kehidupan di negara lain. Lagipun, semua adik-beradik saya telah berpeluang menyambung pelajaran di luar negara, kecuali saya sahaja yang belum lagi ada peluang. Bagaimana pula hubungan anda dengan Ammar? Buat masa ini dia masih lagi kekasih saya, dan kini sudah empat tahun kami bercinta. Namun, kami berdua belum terfikir mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana saya mahu memberikan tumpuan terhadap apa yang saya rancang sekarang ini.

Tak popular tapi bahagia - Mawi dan Ekin

PETANG yang penuh syahdu, diusik samar cahaya dari belakang banglo milik Asmawi Ani, 31, majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar. Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu. "Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor kelmarin. Ditanya mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu. "Tiada yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada kelapangan. "Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan," tambah Mawi. Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku. Ujar lelaki yang namanya meledak selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) lebih lima tahun lalu itu, dia bahagia melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya. "Sekarang kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain," luah Mawi berukir senyuman. Mawi bagaimanapun tidak menolak sekiranya Cahaya mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya sebagai orang seni, namun perlu disusun dan diatur kehidupannya dengan berhemat. "Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni. "Kalau dia mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia suka," kata Mawi yang pernah berjauhan daripada Cahaya dalam tempoh empat hari ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Tak popular Raut wajah pelantun lagu Aduh Saleha itu berubah kala ditanya mengenai populariti. Dahinya berkerut. Pernah suatu ketika juara AF3 itu meraih pelbagai anugerah dan dilimpahi rezeki tak putus-putus ketika namanya berada di puncak. Namun kini, dia lebih akur akan perjalanan seninya yang semakin perlahan dan barangkali sudah tidak selaris dahulu. "Saya masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan, cuma tidak sebanyak selepas saya keluar daripada AF dulu. Sekurang-kurangnya empat atau lima kali dalam masa sebulan. "Walaupun kadar bayaran sekarang tidak seperti ketika saya popular dahulu, tapi saya masih boleh menyara kehidupan keluarga saya. Tuduhan bahawa saya sudah muflis sebelum ini tidak benar sama sekali dan Insya-Allah saya masih boleh hidup dalam bidang seni," tegasnya. Malah, Mawi sudah membuat persediaan awal untuk menjamin kelangsungan hidupnya sebagai seorang penyanyi dan selebriti yang senantiasa menjadi bahan perhatian. "Saya sudah bersedia dari awal-awal lagi, selain bidang nyanyian yang merupakan sumber periuk nasi, saya turut mencuba bidang penerbitan. Saya yakin bidang yang sedang saya usahakan ini berkekalan untuk jangka masa yang panjang," getusnya penuh yakin. Tambah Mawi lagi: "Selagi peminat mahukan saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan berundur." Siapa Dapat Lisa Sementara itu, Mawi dijadualkan keluar bersama single terbaharu berjudul Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad tidak lama lagi. "Penggambaran klip video single itu akan dijalankan pada bulan Jun nanti bersama sebuah lagi single Siapa Dapat Lisa," singkap Mawi. Siapa Dapat Lisa juga akan diterbitkan sebagai sebuah telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos nanti dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Telefilem terbitan syarikat milik Mawi sendiri, MW Entertainment Sdn. Bhd. itu akan dibintangi oleh anggota kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jepp), Didie Alias serta Yasmin Hani. Mawi juga dalam perancangan menerbitkan album kumpulan Sepahtu.
Dalam perkembangan lain, Mawi yang bekerjasama dengan Art Effect bakal merakamkan sebuah album Asma Ul-Husna yang dipecahkan kepada 10 buah lagu. "Melodi nyanyian lagu kerohanian ini masih sama seperti yang kita dengar setiap hari cuma menariknya dipecahkan kepada beberapa track," katanya yang dijadual memulakan projek itu bersama Hafiz Hamidun pada bulan Ramadhan nanti.

Tunda kahwin tahun depan - Misha Omar

MISHA Omar antara penyanyi yang jarang berahsia tentang kerjayanya dan juga jejaka pilihan hatinya. Penyanyi berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu misalnya, telah mengumumkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu. Sayangnya, tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa ditunda pada tahun depan kerana sebab tertentu. Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar sekali lagi tidak berahsia tentang masalah tersebut. Malah turut menjelaskan kepada media massa mengapa dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya itu. Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya pada tahun depan bagi memberi peluang kepada bakal suaminya yang kini sedang menjalani latihan sebagai juruterbang di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). “Tarikh perkahwinan ini ditangguhkan sebab kerjaya bakal suami saya. Buat masa ini, saya tahu dia (Firos) sedang stress (tertekan) kerana sedang menjalani latihan di MAS. Sebab itu, saya tidak mahu dia terus stress. Biarlah dia habiskan latihannya terlebih dulu. “Saya tidak mahu kahwin dalam keadaan terburu-buru dan dalam keadaan yang kelam kabut. Saya juga tidak mahu dia terus bergegas menyambung latihannya sejurus selepas bernikah nanti. Lebih baik dia selesaikan latihannya itu sebelum majlis perkahwinan diadakan. “Kami mahu suatu permulaan yang baik termasuklah sewaktu majlis perkahwinan kami itu nanti dan ia dalam keadaan yang tenang," katanya sewaktu ditemui pada majlis pengumumannya sebagai jurucakap barangan kosmetik Shiseido di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Bunga-Bunga Cinta itu, dia menganggap penundaan tarikh perkahwinannya itu sebagai salah satu dugaan yang harus ditempuhinya. Namun Misha berkata, itu bukanlah dugaan yang terbesar dalam perhubungannya dengan Firos. Sebaliknya, sejak menjalin hubungan dengan tunangnya itu pada tahun 2007, Misha pernah dilanda pelbagai cabaran termasuklah pihak lain yang cuba menggugat perhubungan mereka. Semua itu akhirnya berjaya ditempuhi dengan adanya persefahaman di antara mereka. “Sejak mengenali tunang saya itu lima tahun lalu, macam-macam dugaan saya tempuhi tetapi kami sama-sama yakin dan berusaha mencetuskan persefahaman di antara kami. Antaranya pernah muncul orang ketiga di antara kami yang mahu menganggu perhubungan kami. “Baik saya mahupun dia masing-masing pernah ‘didekati’ oleh orang lain biarpun tahu kami sudahpun berpunya. Tetapi semua itu berjaya kami hadapi dengan baik. Sekarang kami menuju ke arah yang lebih baik. Hati saya juga semakin tenang dengan adanya lelaki seperti dia. “Dia seorang yang jujur dan banyak menyokong saya dari depan dan belakang. Saya berharap perkahwinan kami nanti akan berjalan lancar di mana saya hanya impikan sebuah majlis yang ringkas. Walaupun ia majlis tertutup tetapi kami tetap akan menjemput media," ujarnya. Tunang Misha akur Bagi Firos Ezzwan, 29, pula, dia menarik nafas lega apabila kesibukannya menjalani latihan sebagai juruterbang MAS mendapat perhatian daripada Misha. Dia menganggap penangguhan perkahwinannya dengan penyanyi itu membuka ruang untuknya lebih tenang sebelum bergelar suami. Jelas bekas pelajar bidang mekanikal dari Tsurioka Technology College di Yamagata, Jepun itu, dia tidak menduga kursus dan latihan yang disertainya itu berlarutan dari enam bulan menjadi lapan bulan. Namun dia akur dan sanggup melewatkan perkahwinannya demi kerjayanya itu. “Buat masa ini saya sedang menjalani latihan untuk mengendalikan pesawat Airbus 380 MAS sejak dua bulan lepas. Pada mulanya kursus itu selama tiga bulan tetapi ia berlanjutan sehingga lapan bulan. Sepatutnya, majlis perkahwinan kami itu dirancang pada September tahun ini. “Tetapi oleh kerana saya perlu menghabiskan kursus dan latihan ini di Subang Jaya maka majlis itu mungkin akan diadakan pada Januari atau Februari tahun depan. Selain berkursus, saya juga menelaah banyak buku sewaktu menjalani latihan penerbangan tersebut," katanya. Firos yang pernah melanjutkan pengajiannya selama empat tahun di Yamagata dan pernah menimba pengalaman membawa pesawat MAS ke destinasi seperti Hong Kong, Taiwan dan Bali berkata, penangguhan perkahwinan itu tidak melunturkan semangatnya. Sebaliknya, dia bersyukur kerana tunangnya itu memahami kerjayanya. Pada masa sama, hubungan yang dibina sejak lima tahun lalu bersama penyanyi popular terbabit banyak membantu menguatkan lagi perhubungan mereka agar ia berakhir hingga ke jenjang pelamin. “Hubungan saya dan Yam (panggilan manja Misha) bermula sewaktu dia mula mengambil anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang ketika itu baru berusia enam bulan dan sekarang sudah pun masuk sekolah tadika. Kami sama-sama membesarkan Adam macam anak kami sendiri. “Walaupun ada orang gaji di rumah tetapi kami selalu bersama Adam di mana banyak ilmu tentang keibubapaan yang kami pelajari bersama-sama. Ada hikmahnya perkahwinan kami ditangguhkan kerana dalam tempoh itu banyak yang saya boleh pelajari. “Ia juga memberi ruang saya dan Yam merancang perkahwinan dengan lebih terperinci lagi. Majlis itu akan diadakan di rumah keluarga Yam di Pengkalan Chepa, Kelantan. Selain itu, ia juga akan diadakan di rumah keluarga saya di Seksyen 18 Subang Jaya, Selangor," jelasnya penuh harapan.

Tidak Mahu Hipokrit, Zain Saidin Mengaku Dirinya Nakal

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin mengaku dia seorang lelaki yang agak nakal tidak seperti watak baik yang kerap dilakonkannya. Zain, 28, berkata, kenyataan itu perlu dijelaskan agar para peminat tidak menyalah tafsir antara karakter sebenar dan watak yang dilakonkan dalam drama kerana tidak mahu dianggap hipokrit. "Jujur saya katakan bahawa diri ini seorang yang nakal, suka menyakat orang dan gemar bergembira, tidak seperti yang digambarkan dalam drama yang saya lakonkan. "Tapi nakal saya tidaklah sampai boleh menjejaskan karier sendiri atau boleh memalukan keluarga. Apa yang ingin ditekankan ialah saya tak nak sekiranya ada pihak mengatakan saya seorang hipokrit, kerana tidak berperwatakan baik seperti yang dilihat di televisyen," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Tambah Zain, bagaimanapun dia mengakui pemilihan watak baik mampu memberi perspektif positif daripada kalangan peminat meskipun pada realitinya, karakter seseorang pelakon itu tidak seperti yang dilihat dalam drama yang dilakonkan. "Sebagai seorang pelakon, saya sedar tentang perspektif sedemikian. Apabila tercetusnya kontroversi dalam realiti kehidupan sebenar, maka kritikan akan beraku," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Naziha yang akan disiarkan di TV3, slot Zehra, dalam masa terdekat ini. Walau bagaimanapun, ujar anak kacukan Melayu Inggeris ini, dia teringin untuk menggalas watak ulama atau ustaz. Bukan untuk mendapatkan tarikan peminat bagi melihat sisi baiknya, tetapi menganggap ia antara watak yang paling sukar untuk dibawakan. Sementara itu, pelakon ini memberitahu, dia teringin untuk berlakon filem selepas beberapa tahun mengasah bakat dalam lakonan drama. Malah, katanya, sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke dunia perfileman pula selepas berasa yakin dengan kemampuannya membawa sesebuah watak itu. "Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan hasil kerja lakonan yang dibawakan dan dapat melihat peningkatannya. "Dan kini saya benar-benar yakin untuk menerima tawaran filem pula. Kalau boleh saya mahu watak yang melibatkan filem aksi. teringin juga untuk berlakon di bawah arahan pengarah Syamsul Yusof kerana dia sering menghasilkan filem yang realistik," ujarnya.

Serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa - Rita Rudiani

SAAT artikel ini dikarang (Selasa lalu), Rita barangkali sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, menantikan saat akhir untuk berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah buat kali kedua. Pastinya pemergian kali ini lebih membahagiakan Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar (Rita), 36, apabila turut ditemani dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1.
Bagaimanapun, suaminya juga bintang bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, tidak turut serta. “Dia (Aidil) tahu Rita ke sana bersama anak-anak dan keluarga. Sejak tujuh tahun lalu, ibu bapa Rita setiap tahun tidak pernah terlepas mengunjungi Tanah Suci dan setiap kali itu mereka tidak akan lupa mengajak Rita, cuma Rita saja yang ada halangan. “Namun Rita percaya, kalau seruan itu ada, ia tidak akan ke mana. Alhamdulillah, tahun ini selepas sekian lama terhalang hasrat hati, Rita berpeluang menjejakkan semula kaki ke sana (Makkah) dan tentunya lebih menggembirakan apabila kali ini anak-anak juga dibawa bersama.
“Biar apapun kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi Rita ketika ini, Rita mohon segala urusan di sana dipermudahkan dan berharap ada sesuatu membahagiakan menanti Rita apabila pulang dari Tanah Suci,” katanya yang berangkat pada 22 Mei lalu. Mohon dimurahkan rezeki dia dan anak-anak, Rita yang kali terakhir menunaikan ibadat umrah tujuh tahun lalu juga berharap kunjungan itu bakal memandu keputusan bakal dibuatnya kelak berhubung pergolakan rumah tangga yang membelenggu dirinya sejak beberapa bulan lalu.
Umum tahu bahawa suaminya, Aidil menarik semula permohonan cerai yang difailkannya pada 30 April lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka sama ada sudah kembali tinggal sebumbung belum dapat dipastikan lagi. “Saat dia keluar dari rumah Januari lalu sampai sekarang, meskipun sudah membatal�kan permohonan cerai, dia masih belum pulang ke rumah untuk berbincang dengan Rita. Itu saja yang Rita boleh katakan kerana pada 18 Jun nanti akan ada lagi perbicaraan kami di mahkamah. “Rita tak mahu ganggu perbicaraan mahkamah dan tidak boleh keluarkan sebarang kenyataan buat masa ini bagi menghormati prosiding mahkamah. Terus terang Rita sendiri tidak ada masa untuk fikir apakah tindakan yang seharusnya Rita ambil. “Apa yang boleh Rita katakan, Rita serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Kalau jodoh kami masih panjang, Rita terima dan jika sebaliknya pun Rita akan reda. “Bagi Rita, apa saja keputusannya nanti, ada hikmahnya. Rita tidak mahu menolak takdir. Tuhan Maha Mengetahui. “Pada awal persengketaan kami, tiap-tiap hari Rita menangis sampaikan sudah kering air mata. Tapi sekarang Rita rasa, hidup Rita dan anak-anak lebih tenang, tak susah dan lebih gembira,” katanya. Ditemui di lokasi penggambaran drama Ameera di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Ahad lalu, Rita berjaya menutup perasaan pilunya malah menjawab setiap soalan dengan tenang. Tidak mahu membohongi diri, di mana ada kalanya masalah yang dihadapi mengganggu emosi ketika di set penggambaran, namun dia wajar berfikiran rasional kerana kesedihan tidak akan membantu hidupnya. “Kita tidak boleh tinggal atau lari daripada masalah. Ia akan sentiasa mengekori kita. Apa yang kita boleh buat adalah mengawal emosi dan cari ketenangan. Kita juga perlu menghormati kerja orang lain. Jangan susahkan orang sebab masalah kita. “Rita bersyukur kerana ada anak-anak. Setiap kali rasa sediah, Rita bayangkan wajah mereka, sekali gus mengingat�kan Rita bahawa apapun yang berlaku Rita ada anak untuk dibesarkan. Merekalah penawar duka hati Rita sebenarnya. “Selalunya Rita akan rasa terhibur kerana anak-anak turut bersama di lokasi penggambaran. Mana-mana penggambaran secara ‘indoor’ dan tidak membabitkan banyak babak, Rita akan bawa mereka bersama. Alhamdulillah, mereka tidak pernah merengek atau mengganggu Rita,” katanya. Tinggalkan kisah sedih hidupnya, kebelakangan ini wajah Rita kembali menghiasi kaca televisyen bahkan wanita kelahiran Perlis yang cukup jelita itu khabarnya terikat dengan beberapa penggambaran drama termasuk filem. Ketika soalan itu diajukan, bingkas Rita, selama ini orang memang tahu dia sentiasa meletakkan keluarga di tempat pertama. Bagaimanapun, dalam keadaan dirinya yang terkapai-kapai, dia perlu bekerja dan mencari rezeki untuk anak-anak. Menyentuh pembabitannya dalam drama 26 episod, Ameera yang mula ditayangkan menerusi slot Samarinda sejak semalam (23 Mei), Rita berpasangan dengan pengarah dan aktor terkenal, Syamsul Yusof. Diarahkan Murali Abdullah, Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. “Rita memegang watak Ameera manakala Syamsul sebagai Amir. Dalam cerita ini walaupun kami sudah lima tahun berkahwin, hubungan kami mesra dan intim namun ketiadaan anak membuatkan ibu mentua yang dilakonkan Jasmin Hamid tidak menyukai Ameera. “Ameera seorang wanita yang sanggup melakukan apa saja untuk suaminya walaupun me�ngorbankan perasaan sendiri. Rita tertarik menerima watak ini kerana kalau diperhatikan kebanyakan drama dibintangi Rita, sering disogok watak wanita lemah lembut, Ameera sebaliknya seorang yang tegas. Selain itu, Rita sukakan jalan ceritanya. “Tapi waktu mula-mula Rita dimaklumkan berlakon dengan Syamsul, Rita terkejut kerana merasakan pasangan Rita terlalu muda. Sebelum ini, Rita pernah berlakon dengan Aqasha yang juga jauh lebih muda daripada Rita tetapi Aqasha nampak matang. “Ini adalah gandingan pertama Rita dengan Syamsul dan Rita sifatkan dia seorang yang pemalu. Kalau Rita tidak mulakan perbualan atau buat perangai gila-gila, Syamsul biasanya lebih suka menyendiri. Apabila babak romantis saja, Syamsul mula nampak jadi tak tentu arah dan kurang selesa. “Tidak dinafikan agak sukar mewujudkan keserasian pada awalnya, namun bonus apabila kita berlakon dengan seseorang yang faham kerja mereka sebagai pelakon. Jadi dalam pada ada masalah, keserasian kita tetap boleh mengatasinya,” katanya yang juga terikat dengan penggambaran Trilogi Cinta 2. Penghujung Jun nanti, Rita akan memasuki set penggambaran filem terbaru terbitan Suhan Movies yang masih belum berjudul. Pada Julai nanti, Rita sudah ditempah Global Station untuk menjayakan drama terbaru terbitan produksi berkenaan, Sehangat Asmara yang turut dibintangi Adi Putra dan Fahrin Ahmad.

Diganggu peminat fanatik - Liyana Jasmay

POPULAR dan terkenal, menjadikan aktres dan penyanyi muda, Liyana Jasmay, 24, sering menjadi buruan penerbit filem dan drama untuk membintangi filem mereka. Bagaimanapun baru-baru ini, Liyana yang baru sahaja melangsungkan pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, pada 29 Mac lalu dikejutkan dengan gangguan daripada peminat fanatiknya. Menurut Liyana yang mesra disapa dengan nama Nana, gangguan lelaki berusia sekitar 20-an yang merupakan peminat fanatiknya itu telah menakutkannya. Hal itu telah membuat bapanya menghubungi polis dan lelaki itu telah ditangkap di hadapan rumahnya pada pukul 11.40 malam Khamis lalu. "Saya tidak tahu siapa lelaki itu. Mulanya saya anggap dia merupakan peminat fanatik yang biasa, tetapi apabila dia kerap berlegar-legar di luar rumah saya, bagi saya perkara ini sesuatu yang serius," ujarnya. Terang Nana lagi, gangguan daripada peminat itu bermula pada November tahun lalu. Dia tidak hanya menunggu di hadapan rumahnya di Hulu Klang, lelaki itu sebaliknya turut memberi bermacam-macam hadiah kepadanya termasuk tuala wanita. "Lelaki ini memang psiko sebab dia pergi ke restoran milik keluarga saya dan menyamar sebagai sepupu saya. Entah macam mana, dia boleh mendapat alamat rumah dan sejak itu dia mula berlegar-legar depan rumah saya.
"Dia juga memberi pelbagai hadiah, tetapi semuanya dibuang oleh ibu kerana kita tidak tahu apa isi di dalamnya. Kalau peminat fanatik yang biasa, saya kenal mereka, tetapi lelaki ini sangat menakutkan. "Ada waktunya kalau ibu saya melihat lelaki itu berada di hadapan rumah, ibu akan menghubungi saya dan meminta saya supaya tidak pulang ke rumah," jelasnya. Bimbang dengan keselamatan anak bongsunya selepas melihat lelaki itu berlegar-legar di hadapan rumahnya dalam keadaan mencurigakan, bapanya telah menghubungi polis dan pihak berkuasa menangkap lelaki itu. Namun, lelaki itu hanya diberikan amaran. "Saya tidak boleh mendakwanya kerana orang seperti itu mungkin ada masalah mental, jadi tangkapan dibuat untuk memberi amaran sahaja. "Selepas ini, jika dia melakukan hal yang sama, dia akan ditangkap dan boleh didakwa," tuturnya. Pengalaman diganggu peminat fanatik ini amat mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali. "Memang pengalaman ini cukup mengajar saya supaya tidak terlalu mendedahkan perkara peribadi kepada umum. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkara termasuk tidak memberitahu ke mana saya pergi kepada peminat dalam laman sosial Twitter. "Perkara yang penting sahaja saya akan kongsi bersama peminat. Segala aktiviti peribadi yang tidak melibatkan kerja, saya akan simpan sendiri," luahnya lagi. New York Bintang filem Papadom itu memberitahu dia akan terbang ke New York, Amerika Syarikat pada 2 Julai ini untuk mengikuti kursus jangka pendek di Akademi Filem New York dalam bidang lakonan dan pengarahan. Nana, hanya akan pulang ke Malaysia pada bulan Disember, sebelum melangsungkan pernikahannya dengan Fathuddin pada 24 Januari 2013 di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. "Bapa memberi syarat, saya harus pergi belajar terlebih dulu sebelum berkahwin. Tambahan, rancangan untuk ke New York telah lama dibuat. Memang berat hati untuk tinggalkan keluarga dan orang tersayang, tetapi saya harus belajar untuk masa depan," jawabnya. Meskipun terpisah buat sementara waktu, kata Nana, tunang dan keluarganya akan melawatnya jika mereka mempunyai masa yang terluang. "Perhubungan jarak jauh bukan satu masalah buat saya. Ya, sedih sedikit, tetapi sekarang pun kami jarang berjumpa walaupun kami tinggal berjiran. "Saya sibuk dengan kerjaya dan Fathuddin pula bekerja di Sabah. Kami hanya berjumpa dua minggu sekali atau sebulan sekali sahaja," ujar Nana tentang hubungan cintanya. Sebelum berangkat ke New York, pelbagai kerja harus dilangsaikan oleh si manis ini. Selain persiapan perkahwinan, Nana juga sibuk di set penggambaran filem Tokan dan drama terbitan syarikatnya, berjudul Fiksi Fixie yang ditayangkan di Astro Prima pada hari raya nanti. Kematangan Liyana
Mungkin di luar, ramai khalayak masih melihatnya seperti remaja lain, tetapi jelas Nana, hakikatnya sejak bertunang, dirinya banyak berubah dan lebih matang. "Orang mungkin lihat saya macam budak-budak, tetapi orang tidak tahu apabila saya bersama Fathuddin, saya menjadi lain. Saya lebih matang dan sudah bersedia untuk ke alam rumah tangga "Bagi saya Fathuddin seorang lelaki yang cukup menyenangkan. Bila kami berjumpa, semua masalah saya hilang dan kami memang serasi bersama," tuturnya dalam senyuman. Disoal sudah bersediakah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti memasak dan melakukan kerja rumah, Nana pantas menjawab. Jawabnya sambil tertawa: "Saya memang suka memasak. Kalau tidak percaya tanyalah ibu saya. Memang daripada kecil saya suka tolong ibu di dapur. "Rasanya soal makan tidak ada masalah kerana Fathuddin suka masakan Barat, begitu juga dengan saya. Masakan yang paling saya suka masak ialah pasta." Apabila bergelar isteri nanti, beritahu Nana, dia masih akan sibuk dengan dunia lakonan kerana bakal suaminya itu tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif bekerja. "Selepas berkahwin saya tetap akan berlakon, cuma watak perlu disesuaikan dengan status dan usia. Bakal suami saya tidak pernah menghalang kerana sejak mula kami berkawan dia tahu yang saya seorang pelakon dan saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan. "Mungkin selain berlakon, saya akan semakin sibuk di belakang tabir seperti menghasilkan skrip atau mengarah drama dan filem. Itu merupakan cita-cita terbesar saya," luahnya.

Kalau boleh jangan tanya - Anzalna

SISI peribadi seseorang sememangnya tidak akan lagi menjadi satu perkara rahsia andainya anda memilih jalan untuk menjadi seorang artis atau selebriti. Dalam hal ini, Nur Anzalna Md Nasir, 24, juga tidak terkecuali. Lantaran itu, jangan pelik jika kisah cinta pelakon baru ini dengan jejaka bernama Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 24, menjadi bahan tatapan umum. Itulah harga yang harus dibayar oleh Anzalna di saat dia memilih lapangan seni hiburan sebagai kerjayanya. Bahkan, semakin namanya meningkat naik, semakin banyak pihak yang mahu tahu dan mengorek kisah peribadinya. Dek kerana banyak pendedahan terbuka mengenai kisah cintanya dengan kekasih hati, ada pihak yang melahirkan rasa mual dengan wanita ini. Menyelami perasaan sebenar Anzalna, pelakon drama bersiri Mahabbah ini mengaku, kadangkala dia tidak mampu menahan rasa bosan apabila seringkali disoal pihak media mengenai hal yang sama. Kata Anzalna, meski tahu dirinya kini merupakan seorang figura umum, dia mengaku tidak dapat mengelak daripada soalan-soalan cepu emas daripada pihak media tentang buah hatinya itu. “Memanglah kadang-kadang rasa macam malas nak jawab sebab isunya sama saja. Isu tentang kisah cinta saya dan dia. “Saya lebih suka kalau orang bertanya mengenai kerjaya saya berbanding hal peribadi. “Kalau boleh jangan tanya langsung, tapi saya faham, lumrah artis, mana boleh lari daripada soalan-soalan macam ni. Hendak tak hendak saya harus memberikan jawapan yang terbaik. “Lagi satu, saya takut juga kalau orang bosan. Iyalah, balik-balik cerita hal teman lelaki. Macam tak ada benda lain nak cakap," katanya. Tahu bahawa keterbukaannya mengenai hal peribadi mungkin menyebabkan sesetengah pihak kurang selesa, Anzalna bagaimanapun mengaku dia lebih suka berterus-terang. “Daripada saya menipu dan kata tak ada teman lelaki, tetapi kemudiannya orang dapat tahu dan ternampak saya keluar bersama, itu lebih buruk. “Jadi lebih baik saya cakap apa yang benar. Mungkin ada sesetengah artis lebih suka berteka-teki. Saya tak mahu begitu, " katanya. Teman lelaki sensitif Berkongsi lanjut mengenai isu itu, kata Anzalna, apa yang dibimbangkan bagaimana untuk mengimbangkan publisiti mengenai kisah cinta agar apa yang disiarkan di dada akhbar tidak keterlaluan. Jelas Anzalna, semestinya ia adalah dari sudut bagaimana untuk menjaga hati kekasihnya agar apa yang diceritakan kepada media tidak mengguris perasaan lelaki itu. “Apa yang orang tak tahu ialah Hanif adalah seorang lelaki yang sensitif. Sebab itu kadang-kadang saya risau jika ada cerita yang bukan-bukan tentang saya atau kami disiarkan media. “Mujurlah setakat ini tak ada. Malah saya pun berhati-hati dengan sebarang kenyataan saya. Bukan apa, banyak hati yang perlu dijaga," katanya. Pun begitu, apa yang melegakan hati Anzalna ialah, teman lelakinya itu kini sudah semakin pandai menyesuaikan diri dengan publisiti dan pihak media. “Kalau dulu mungkin sedikit susah untuk dia berdepan dengan publisiti dan tidak biasa dengan keadaan itu. “Tapi sekarang saya tengok dia dah boleh menyesuaikan diri dan saya harap ia akan berterusan, "katanya. Dalam pada itu, menurut Anzalna yang kini muncul berlakon dalam drama bersiri Indera Joned, dia bertuah kerana teman lelakinya tidak pernah melahirkan rasa tertekan setiap kali dia mendedahkan cerita cinta mereka kepada media. “Ada orang yang tak biasa dengan publisiti mungkin akan berasa tertekan dengan setiap pendedahan yang diterima mereka. "Tapi mujurlah sama ada saya atau dia, kami berdua belum lagi sampai ke tahap itu. Apa pun, saya tahu apa yang perlu saya titik beratkan ialah menjaga tingkah-laku saya, "katanya.

Sisi lain Ana Raffali

"MAAF, tadi sibuk di dapur, tak perasan awak berdua dah sampai," tutur ceria Ana Raffali sewaktu menyambut ketibaan penulis dan jurugambar, Wahidah Zainal di depan rumahnya, baru-baru ini. Sekadar menyarungkan blaus longgar bercorak bunga-bunga, tidak berbaju kurung mahupun merangkul gitar kesayangannya, Ana kelihatan amat santai sambil tangan menyarung sarung tangan ketuhar. Terdengar keriuhan rumahnya umpama menjelang hari raya dengan suara anak-anak saudaranya yang bermain di ruang tamu dan kaum wanita pula sibuk di dapur yang mula mengeluarkan bau yang menyelerakan. Ana terus bergegas ke dapur bagi menyambung misi menghasilkan adunan kedua bread butter pudding untuk dihidangkan kepada keluarga. Kelihatan agak lincah di dapur, terang pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, hidangan itu kegemaran keluarga terutama suaminya, Aznaim Abdullah. “Sebenarnya saya lebih gemar membuat pencuci mulut atau membakar biskut daripada memasak. Naim yang lebih hebat memasak daripada saya. “Sekarang saya suka membuat puding roti kerana ia hidangan kegemaran Naim dan dia meminta saya membuatnya sejak sebelum kami berkahwin lagi. “Resipinya mudah. Saya dapatkan daripada Internet sahaja dan mengubahnya ikut selera sendiri. Saya tambah pelbagai perasa jem pada roti yang dibakar untuk memberi kelainan," terangnya bersemangat. Ana juga amat gemar membakar kek coklat dan biskut kerana ia juga hidangan kegemaran anak kesembilan daripada 11 adik-beradik ini. Cerita Ana, beginilah dirinya setiap kali ‘bercuti’. Dia lebih gemar berada di rumah dan mengisi harinya dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Pantang melihat jadualnya kosong daripada aktiviti pentas atau studio, Ana terus mengatur rancangan bersama keluarga dan keluarga mertua yang kebetulan tinggal berdekatan antara satu sama lain. Bermula dengan aktiviti `bertungkus-lumus’ di dapur, beralih ke meja makan, selalunya ia berlarutan hingga ke pertarungan di ‘pentas karaoke’ iaitu di ruang tamu rumah apabila masing-masing melontarkan vokal mendendangkan lagu kegemaran. Andai tenaga masih penuh, Ana dan keluarga beraksi bak jaguh di gelanggang badminton yang disewa sebagai aktiviti riadah untuk mengekalkan stamina. Ulat buku Umum mengetahui jika Ana tidak menjadi seorang komposer dan penyanyi, dia kini bergelar Cikgu Ana. Sikapnya yang gemar membaca membuatkan dia cenderung ke arah dunia pendidikan sebelum membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang kesenian. “Saya memang gemar membaca. Rasa teruja apabila berada di kedai-kedai buku memilih buku penulis kegemaran. “Saya memiliki perpustakaan mini yang memuatkan beratus-ratus buah buku daripada pelbagai genre seperti perniagaan, muzik, autobiografi dan novel. “Buku sains fiksyen dan novel cinta menjadi kesukaan saya. Antara penulis kegemaran Enid Blyton, Christopher Pike dan Ray Bradbury. “Malah, penulisan lirik saya banyak diilhamkan daripada bahan bacaan terutamanya novel cinta," ujar graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Gitar peneman diri Walau bagaimana dia cuba melarikan diri daripada kerjanya, Ana tetap tidak dapat menolak kehendaknya untuk memetik gitar kerana ia sudah sebati dengan jiwanya. Ceritanya, idea sering kali hadir secara spontan dan dia segera mencapai gitar serta buku notanya bagi menzahirkannya sebelum terlupa.. Ana yang turut gemar melancong pasti akan membawa bersama sebuah gitar dan gitar Little Martin yang digelar Lemie menjadi teman setianya kerana saiz yang kecil dan mudah diusung ke mana-mana. “Ilham menghasilkan lagu datang dari apa-apa saja. Kadang-kadang daripada dialog novel yang saya baca, pengamatan orang sekeliling, malah ada dari tempat yang saya kunjungi. “Sebab itu Lemie sentiasa berada di sisi saya andai kata tiba-tiba mendapat ilham," ujar pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25 bagi lagu dendangan dan ciptaan sepenuhnya, Tolong Ingatkan Aku. Mengenai aktiviti terkini, Ana bakal memperkenalkan single terbarunya tidak lama lagi iaitu Lisa Jatuh Cinta. Single tersebut mengisahkan tentang sepasang teman baik yang mahu menaik taraf hubungan mereka sebagai kekasih - mungkinkah terhasil daripada kisah cinta Ana dengan suami tercinta?

Sukar bawa watak 'sewel' - Shuib

PENGALAMAN pertama berlakon dalam filem bukan sesuatu yang senang, bahkan pengalaman pertama inilah yang akan menjadi panduan yang paling berguna kepada setiap pelakon. Bagi Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Mohammad, pengalaman pertamanya dalam dunia lakonan adalah perkara yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. “Saya kena bawa watak orang sewel, watak ini memang watak yang sangat-sangat sukar bagi saya," jelasnya ketika ditanya mengenai watak Man dalam filem pertamanya Man Sewel Datang KL yang akan mula ditayangkan pada 31 Mei nanti. Kata Shuib, watak sebagai Man sewel perlu ditangani dan dijiwai sebaik mungkin agar tidak menyentuh mengguris perasaan golongan kurang upaya. “Ini adalah satu tanggungjawab besar yang terpaksa saya lalui. Saya takut jika saya silap langkah orang akan menganggap saya sengaja memperli golongan sedemikian. “Untuk langkah selamat, saya kaji terlebih dahulu watak yang diberikan supaya saya tidak terlalu over apabila membawa watak seorang yang sewel," jelasnya. “Saya begitu tertekan pada hari pertama penggambaran, saya bercerita dan meluahkan perasaan dengan isteri saya Sarah yang turut berlakon dalam filem ini. Banyak nasihat yang Sarah berikan, selepas itu baru saya ada semangat untuk terus melakonkan watak tersebut," tambah Shuib yang menganggap tawaran berlakon dalam filem ini sebagai hadiah perkahwinannya. “Selain itu, ketika menjalani penggambaran filem ini juga saya dapat tahu yang isteri saya mengandung dan saya amat bersyukur, ini rezeki berganda bagi saya, alhamdulillah," ujarnya. Tidak berpecah Setelah Shuib dan Jep keluar daripada kumpulan Sepah dengan menggelarkan diri mereka sebagai Sepahtu, mereka berdua jarang sekali dilihat berdua dalam drama ataupun persembahan pentas. Sebaliknya, Shuib dan Jepp lebih banyak bergerak secara solo dalam rancangan komedi, drama ataupun filem. Shuib yang mengaku keadaan itu bagaimanapun menafikan Sepahtu sudah tidak wujud lagi, sebaliknya bakal muncul dengan album Sepahtu tidak lama lagi. “Sebenarnya kami bebas untuk memilih hala tuju masing-masing. Kami tidak mahu terlalu terikat sebagai Sepahtu yang menuntut kami mesti bersama sentiasa. “Memang saya akui, telah menerima banyak tawaran berlakon secara solo dan saya tidak menolaknya. “Bagi saya, tidak semestinya setiap produksi itu mahukan watak Sepahtu sahaja, malah mereka menawarkan watak yang berbeza-beza. “Malah, pada awal penubuhan Sepahtu ini adalah untuk menghasilkan sebuah album studio yang menggandingkan saya dan Jepp. Cuma album itu masih lagi dalam proses rakaman," tambahnya lagi. Selain filem Man Sewel Datang KL, Shuib bakal muncul secara solo dalam filem Amir dan Loqman Pergi Ke Laut dan Mail Lambung serta game show, Betol ke Bohong yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal di Astro. Mengulas lebih lanjut mengenai filem Man Sewel Datang KL, Shuib berkata, dia bersyukur kerana Work Move Production Sdn. Bhd., memberi kepercayaan kepadanya. “Saya menerima tawaran berlakon filem ini selepas Sepah menjadi juara dalam Maharaja Lawak," jelasnya lagi. Menariknya, Shuib telah digandingkan dengan isterinya, Siti Sarah Raisuddin dalam filem yang diarahkan oleh pengarah lama, Abdul Rahman Adam. Selain Shuib dan Siti Sarah, filem komedi tersebut turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Razali Hussein, Rafidah Ibrahim dan ramai lagi. Man Sewel Datang KL mengisahkan mengenai seorang lelaki kampung iaitu Man (Shuib) yang berperangai gila-gila atau lebih tepat digelar 'sewel' menyampaikan keterujaannya apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur. Pelbagai konflik dan insiden yang berlaku kepada Shuib sehingga melahirkan pelbagai situasi komedi yang pasti mencuit hati penonton.

Kenapa Neelofa dimalukan?

"DAH tak ada modal la tu nak buat cerita. Yang hairannya itu gambar lama saya semasa terlibat dalam pembikinan video muzik kumpulan Tilu. Tak salah saya tiga atau empat tahun dulu. Jadi kenapa baru sekarang nak keluarkan?" kata Neelofa pada Syed baru-baru ni. Sepanjang minggu lalu heboh dalam beberapa blog hiburan kembali menyebarkan gambar berkemban pelakon ini. Bagi yang tak tahu menahu mungkin akan anggap itu gambar baru tetapi hakikatnya itu adalah gambar lama. Aksi Neelofa yang hanya memakai pakaian yang cukup seksi itu menarik perhatian ramai. Nampaknya ada beberapa blog hiburan yang memang sudah mengeluarkan balik gambar tu untuk memanaskan keadaan. “Saya sendiri pelik macam mana mereka boleh keluarkan gambar tu semula. Kalau tak ada modal sekalipun nak naikkan rating masing-masing tak perlulah buat macam tu pada saya. “Kumpulan Tilu tu pun dah senyap sekarang tapi ada pula orang yang tak ada kerja ambil dan sebar gambar tu semula. Sejujurnya saya tak marah pun cuma geram sebab mereka sengaja nak aibkan orang. “Lantaklah nak buat apa pun asalkan jangan melampaui batas. Cerita macam ni memang tak perlu dilayan, kalau layan akan berpanjangan," kata Neelofa lagi. Hmmm.. Syed tak kata gambar Neelofa tu ‘baik’ tetapi kalau tengok dalam majlis anugerah besar, lagi ramai artis wanita kita yang berkemban sampai nak terkeluar segala lemak. Syed: Terima kasih kepada Datuk AC Mizal dari MBI International yang turut menaja hadiah Hari Keluarga Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Tak payah gaduh-gaduh - Faizah Elai

TAK terbilang banyaknya kes salah faham antara artis dengan wartawan hiburan direkodkan dalam direktori industri seni tempatan. Macam-macam jenis kes. Kadang-kadang boleh gelak bila selidik punca tercetusnya masam muka antara kedua-dua entiti berpengaruh itu. Selalunya, ia berpunca daripada perkara kecil tapi gegak gempita boleh kecoh satu Malaysia. Macam kena gigit semut, bila digaru lama-lama jadi kudis dan parut. Situasi pergaduhan artis dan wartawan hiburan kerap terjadi bila artis tak puas hati dengan tulisan wartawan tentang dirinya. Macam-macam diluah, dikeji, dimaki kerja wartawan hiburan sama ada dalam bentuk sindiran atau perumpamaan. Kami dikata tak profesional, tak ada etika kewartawanan, dengki, jahat dan sengaja tutup rezeki si artis. Semua kata nista itu bagaimanapun hanya dikongsi dengan rakan-rakan alam maya si artis yang menuding kesilapan kepada wartawan hiburan. Jarang luahan itu dibuat secara bersemuka dengan wartawan hiburan itu sendiri. Artis suka kongsi masalah bergaduh dengan wartawan bersama peminatnya sebab cara itu lebih selesa. Artis juga ada maruah diri. Mereka pun nak raih sokongan peminat yang sentiasa bagi sokongan padu walaupun dia berada di pihak yang salah. Cerita ini benar dan saya sendiri pernah merasai penangan salah faham dengan artis bila mana si artis terlebih dahulu curahkan masalah salah faham itu di laman sosial. Bila dah banyak dapat komen dan sokongan daripada peminat, baru si artis rujuk masalah tersebut pada saya. Cara itu memang menyedihkan sebab bagi saya masalah itu boleh diselesaikan secara rasional. Tak perlu beremosi. Biarlah, saya tak nak ulas panjang sebab itu cerita lama. Saya juga minta maaf kalau ada silap dan sedia bersemuka dengan artis itu. Sebab apa kebanyakan wartawan hiburan tak ambil kisah dengan cerita masam muka ini? Sebab utamanya wartawan juga manusia biasa. Ada masa buat silap. Kami tahu batasan sebab itu tak pernah berkongsi dengan media tak rasmi seperti blog atau Facebook kalau ada masalah dengan artis tertentu. Kenalah guna media rasmi, baru adil. Saya tak faham kalau ada segelintir artis dakwa wartawan hiburan gunakan surat khabar sebagai medium rasmi tempat untuk ‘mengaibkan’ artis.. Kalau nak tahu, wartawan surat khabar cukup tolenrasi. Mereka tak akan boikot artis yang cuba memperbetulkan kenyataan kalau artis itu nak buat. Kami bersikap terbuka untuk menyiarkan kembali pembetulan kenyataan artis itu jika ada kesilapan. Artis kena ingat yang wartawan hiburan bekerja dengan surat khabar, bukan pemilik keseluruhan syarikat surat khabar itu. Wartawan tak untung apa-apa kalau bergaduh dengan artis. Sebab itu wartawan hiburan tak pernah gentar kalau ada artis ugut nak bagi surat saman. Alah, dah jadi makanan harian dah. Kenapa wartawan hiburan tak takut? Sebabnya, wartawan tak bergantung pada cerita seorang artis untuk melariskan surat khabar setiap hari. Surat khabar tetap dijual walaupun tanpa cerita hiburan. Seseorang wartawan hiburan tak untung apa-apa kalau seseorang artis yang keluar di surat khabarnya mendapat tawaran jadi duta kecantikan atau barangan berjenama bernilai jutaan ringgit. Sebabnya, wartawan tahu artikel yang ditulis tentang seseorang artis itu bukan boleh mempengaruhi mana-mana pihak yang ‘berkenan’ dengan artis kalau memang dah rezeki artis itu. Jadi, selepas ini artis tak perlu nak paranoid dengan tulisan wartawan hiburan dalam surat khabar tak kira dalam ruangan gosip ataupun artikel. Kenapa saya cakap begitu? Sebab apa yang artis fikirkan ketika itu adalah persepsi semata-mata. Mana boleh kita samakan kritikan yang ditulis seseorang wartawan itu bermotifkan untuk menjatuhkan maruah seseorang artis itu? Saya sedar itu dah jadi darah daging artis kita hari ini. Pandangan itu juga jadi pencetus utama kepada isu pergaduhan antara artis dengan wartawan hiburan hari ini. Walaupun zaman dan tahun silih berganti, tapi perangai artis kita tetap tak berubah. Jadi, selepas ini jika ada artis nak lancar perang dengan wartawan hiburan, baik fikir banyak kali. Sebab pergaduhan akan menjahanamkan keharmonian hubungan antara artis dan wartawan hiburan. Perkelahian itu tak ada faedah langsung! Iindustri hiburan kita ini kecil sahaja. Ke mana pergi pun pasti bersua muka yang sama.
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails