Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Artis kena pandai cari peluang

Dalam rungutan banyak pihak pasal kepayahan cari makan dalam bidang seni akibat bersaing dengan teknologi, ramai juga yang berjaya. Ramai yang mengorak satu demi satu kejayaan. Siapa yang berjaya itu? Rata-ratanya pastilah yang mempunyai mutu tersendiri dtambah usaha merek ayang tidak kenal putus asa. Dalam bidang apa sekalipun kalau buat sambil lewa pasti tak akan menjadi. Janganlah pula ada yang bersungguh-sungguh nak berhimpun pula. Ataupun ada yang mahu mencari kesalahan orang lain dan membuat havoc. Penyanyi Yuna hari ini kerap ke Amerika Syarikat kerana urusan menyiapkan album serta mempromosikan diri di negara orang. Di sini muzik Yuna semakin diterima dan kelainan yang ada dalam diri penyanyi yang berkebolehan mencipta lagu dan menyusun muzik itu diterima oleh orang luar. Muzik Yuna mungkin ada yang tak berapa gemar sebab ada yang mengatakan ia terlelu advance berbanding jiwa pendengar kita yang masih lagi menyukai muzik jiwang yang merintih dan mendayu-dayu. Sebab itulah muzik pop rock jiwang dari Indonesia semakin diterima. Padahal konsep itu sudah pernah dihasilkan oleh kumpulan muzik kita pada era awal 90-an dulu. Nak buat macam mana sebab orang sudah suka, maka itulah lagu yang kerap diputarkan oleh stesen radio. Malah ada pihak yang berebut mengakui merekalah yang mempopularkan lagu Sudah Cukup Sudah nyanyian Nirwana Band di Malaysia. Kumpulan baru dari Indonesia itu semakin mendapat tempat apabila lagu mengisahkan lara hati seorang lelaki yang ditinggalkan oleh orang yang disayangi itu makin popular. Lagunya juga sudah mula mendaki tangga carta lagu. Artis remaja Dafi juga sanggup berhijrah ke Jakarta, Indonesia demi mengejar peluang yang terbuka depan matanya. Dafi sudah dikenali di sana apabila iklan ais krim yang dilakonkannya bersama Gita Gutawa mendapat perhatian. Lagu nyanyiannya bersama Gita untuk iklan tersebut juga memperkenalkannya kepada orang sana. Sekarang dia mengendalikan sebuah program berkonsep hiburan. Dia diikat oleh sebuah stesen selama setahun. Pasti banyak kerja menantinya dalam tempoh itu. Dalam masa yang sama Dafi juga mengintai peluang unuk merakam lagu di sana. Penglibatannya sebagai pengacara Selebrita Siang membolehkannya mengenali karyawan Indonesia dengan lebih dekat. Semua itu usaha sendiri dan bantuan pihak lain yang berurusan dengannya sebelum ini. Siapa kata produk kita tak boleh nak pasarkan ke luar negara. Kalau ada caranya, pasti akan berjaya. Lihat saja Datuk Siti Nurhaliza. Namanya masih kuat dan berpengaruh di kalangan penggemar muzik Indonesia. Memang rata-rata penyanyi kita mahu menembusi pasaran Indonesia. Pasaran lagu-lagu Melayu memang meluas kalau dapat diterima oleh peminat Indonesia kerana penduduknya ramai dan yang menggemari muzik juga ramai. Tapi bukan sebarang penyanyi yang boleh masuk dan diterima. Nak masuk mungkin tak berapa payah, tapi untuk diterima sebaris dengan artis popular mereka payah sekali. Itulah peranan kerja keras. Luck juga ada peranan di situ. Mungkin hubungan baik dengan penggiat seni di sana boleh mempercepatkan lagi urusan untuk ke sana. Jadi kepada artis yang dah ada hubungan dengan penggiat sana, kenalah bijak mengatur langkah bagi membolehkan mereka dapat menembusinya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails