Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rita Rudaini Diugut Suami Gara-Gara 'Melodi'

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad. Rita, 36, dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil, 25, yang antara lain berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut. “Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad). "Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata Rita pada Ahad. Menerusi rancangan Melodi itu Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.
Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami. Dalam perkembangan berkaitan Rita menambah, selama ini Aidil juga banyak memberi kenyataan termasuklah melalui rancangan hiburan tersebut tetapi dia mengambil peluang untuk tidak melenting. Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk ugutan. “Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?” soal Rita. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails