Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Yusry KRU: Lisa Surihani Kuat Makan Dan Bakal Beraya Di Rumah Baru

Ingat lagi akan kisah rumah banglo mewah yang di’reka Yusry KRU yang khabarnya siap pada Julai 2012 yang lalu? Ya, dan pasangan ini akan beraya di’sana. Melalui ruangan hiburan Harian Metro hari ini, laporan menyebut yang Lisa Surihani & Yusry KRU sudah pun berpindah rumah baru yang terletak di Country Height Resort, Kajang. Menjelang sambutan Aidilfitri yang tinggal kurang seminggu ini, pasangan ini khabarnya sedang sibuk mereka hiasan dalaman & luar rumah mewah mereka itu. Kalau tidak keberatan, mungkin pasangan ini boleh anjurkan rumah terbuka untuk peminat meraikan kediaman baru mereka. Dan, Yusry KRU kata diri’nya sudah gemuk. “Yang geramnya, Lisa tak jadi gemuk tapi saya pula yang naik berat badan,” komen Yusry KRU akan tabiat makan’nya yang berubah gara gara isteri yang kuat makan. Dalam perkembangan berkaitan, Lisa Surihani & Yusry KRU mengakui yang mereka tidak akan menolak jika di’kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. “Sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh abang kepada kami adik-beradik membuatkan saya mahu anak lelaki tetapi segalanya saya serahkan kepada rezeki. Jika memperoleh anak perempuan sekalipun saya tetap bersyukur,” ujar Lisa Surihani kepada Mingguan Wanita baru baru ini.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails