Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Amanda Imani Pelik Tidak Popular Di Negara Sendiri

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amanda Imani berasa pelik kerana dia masih kurang popular di negara sendiri walaupun sudah memberikan tumpuan sebaik mungkin pada dunia seni tempatan. Penyanyi berusia 22 tahun ini berkata, apa yang lebih menghairankan apabila dia mendapat undangan nyanyian dan pengiktirafan secara meluas di luar negara berbanding di negara sendiri. "Saya akui masih kurang dikenali di negara sendiri. Namun, saya cuba fokus sepenuh daya untuk mengukuhkan nama. "Yang peliknya, saya menerima pengiktirafan dan undangan nyanyian yang meluas di luar berbanding di negara sendiri," katanya kepada mStar Online. Amanda ditemui pada majlis pelancaran dua lagu terbaharunya berjudul Fobia Cinta dan Like A Boss di Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang di sini, petang Selasa.
Amanda berkata, bagaimanapun dia enggan terburu-buru atau bersaing dalam meraih populariti kerana percaya kepada caranya sendiri. "Setiap orang ada cara dan jalan sendiri. Saya tidak mahu bersaing atau berlumba dengan sesiapa. "Biarlah saya melangkah satu demi satu kerana saya seorang yang berprofil rendah dan tiada kontroversi," katanya. Ditanya mengenai perancangan memiliki album penuh, Amanda berkata, keadaan pasaran semasa yang tidak menentu menyebabkan dia lebih senang muncul dengan lagu 'single' buat masa ini. "Saya artis bebas dan bukan bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman besar jadi lebih baik keluarkan 'single' pada satu-satu masa. "Lagi pun, jika buat album penuh saya akan terikat dan tidak dapat bereksperimen dengan pelbagai jenis muzik sepenuhnya," katanya. Terbaharu, Amanda bakal mewakili delegasi negara bersama lapan artis lain pada festival muzik Midem 2013 pada 26 hingga 29 Januari ini di Cannes, Perancis.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails