Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Patrick Teoh Mohon Maaf Secara Terbuka Hina Islam

PETALING JAYA: Pelakon dan personaliti radio, Patrick Teoh secara terbuka telah memohon maaf kepada umat Islam berikutan kenyataannya menghina Islam ketika mempersoalkan panduan kerajaan PAS Kedah mengenai penganjuran program Tahun Baru Cina, bulan depan. Berita Harian melaporkan, Teoh menyedari kesalahan yang dilakukan sehingga menerima e-mel pelbagai pihak yang marah disebabkan kenyataan tersebut. "Saya ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam. Saya percaya kritikan terhadap saya berpunca daripada penggunaan frasa 'Quran-thumping m***** F*****....' Saya bersalah. "Kepada semua umat Islam saya meminta maaf kerana menyinggun dalam kenyataan menerusi Facebook. Kenyataan itu sudah pun dibuang dan alasannya sudah dijelaskan. Terima kasih atas kesabaran anda," jelasnya menerusi laman Twitter. Teoh dikecam pelbagai pihak yang memberi maklum balas susulan cacatannya kerana mengeluarkan kenyataan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam. Menerusi laman Facebooknya, Patrick mengguris perasaan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan keterlaluannya termasuk merendahkan martabat al Quran. "Menggalakkan nyanyian lagu motivasi. Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails