Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rahsia inai di jari Fida Ibrahim

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida) menjelaskan, kewujudan inai di setiap kuku tangannya bukan bermakna dia sudah melangsungkan perkahwinan. Menurut Fida, tujuan dia memakai inai di kesemua kuku tangan, hanya untuk menaikkan seri kuku tangannya itu sahaja. "Saya suka melihat wanita memakai pewarna kuku, bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita Muslim. "Lalu saya pilih untuk memakai inai, selain cantik ia juga mampu menaikkan lagi seri kuku saya," katanya. Sudah mengenakan inai sejak hujung tahun lepas, menurut Fida bagi memastikan inai nampak selalu cantik di kukunya, dia akan memastikan untuk memakainya seminggu sekali. "Kalau nak warna yang cantik kena rajin letak. Saya akan teruskan memakai inai ini, sebab ia nampak begitu serasi dengan saya, sebelum kuku tangan saya sebelum ini hanya selesa mengenakan inai di kuku kaki sahaja," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails