Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Roslan Shah enggan dedah identiti bakal isteri

PENGACARA dan penghibur yang menjadi peserta pertama tersingkir (bersama pelakon Azam Pitt) daripada program realiti televisyen, Fear Factor Selebriti Malaysia, Roslan Shah tampil dengan imej baharu tahun ini sempena hari lahirnya pada 17 November yang lalu dengan berkepala botak. Sibuk dengan undangan majlis-majlis korporat, selebriti berusia 41 tahun itu juga mempunyai azam untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini dengan gadis pilihannya. Bermacam-macam reaksi diterima daripada orang ramai dan peminat mengenai hasrat dirinya untuk mendirikan rumah tangga. Pasti ramai yang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Roslan. Adakah ini satu realiti atau sekadar kontroversi yang sengaja dibuat-buat Roslan bagi menarik perhatian masyarakat umum? Ikuti temu bual Kosmo!, bersama dengan pengacara dan penghibur yang berasal dari Singapura ini ketika dia hadir untuk sesi fotografi di Studio Utusan Malaysia, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur bersama pelakon Syed Ali dan Atu Raja Lawak. Kosmo!: Bolehkah Roslan ceritakan sedikit tentang imej baharu ini? Mengapa pilih untuk tampil dengan imej sebegini? ROSLAN: Imej baharu ini sebenarnya adalah nazar yang sudah lama saya simpan dengan membotakkan kepala sempena hari jadi saya pada 17 November yang lalu. Selama ini saya sudah lalui bermacam-macam kontroversi, hinaan, fitnah serta kejian daripada masyarakat dan ini adalah cara saya untuk menonjolkan diri saya yang baharu sempena tahun 2013 ini. Benarkah Roslan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini? Ya, berkat doa keluarga dan juga peminat serta sokongan dan semangat yang diberikan, saya akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh dedahkan siapakah calonnya. Apa yang saya boleh beritahu, dia berasal dari Kelantan dan sudah tiga tahun saya mengenali dia. Dia adalah peminat saya dan kali pertama kami berjumpa, dia jemput saya datang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarganya. Semenjak itu kami mula berhubung dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Mengapakah Roslan mahu sorok bakal isteri daripada pengetahuan umum? Saya bukan nak sorok tetapi tidak mahu perkara lalu berulang. Saya pernah bertunang tetapi sudah putus pada tahun 2004. Ketika itu saya terlampau mendedahkan bekas tunang kepada khalayak sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Biarlah ini menjadi pengajaran buat saya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Selain itu, saya menghormati permintaan keluarga dia supaya tidak mendedahkan identiti dirinya kepada umum. Saya juga tidak mahu dia tertekan dengan kutukan dan hinaan orang yang pandang serong terhadap kami. Bagaimanakah penerimaan dia dan keluarganya terhadap Roslan? Dia menerima saya seadanya walaupun saya seorang yang panas baran. Paling penting, dia kenal siapa saya yang sebenarnya. Saya sudah bercakap dengan kedua-dua ibu bapa serta adiknya mengenai hasrat saya untuk melamar dia dan mereka setuju. Saya dah anggap mereka macam keluarga angkat. Keluarga dia terima Roslan dengan tangan yang terbuka, tetapi bagaimanakah pula reaksi orang ramai setelah mendapat tahu Roslan akan berkahwin? Banyak yang memberikan maklumbalas. Ada yang mengutuk, menghina dan mengeji, tetapi ada juga memberikan semangat dan perangsang terhadap saya dan memberikan sokongan untuk saya terus berkahwin. Bagaimanakah persiapan majlis perkahwinan itu buat masa ini? Setakat ini, saya sedang mengumpul duit untuk mengukuhkan lagi kewangan saya. Bukan tiada duit, tetapi untuk menambah lagi simpanan yang ada sekarang. Kemungkinan pada bulan Mac nanti saya akan berkunjung ke rumahnya sekali lagi untuk berbincang mengenai hal-hal perkahwinan kami dan saya bercadang untuk mengadakan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja serta media. Adakah dengan perkahwinan ini dapat menutup persepsi negatif orang ramai terhadap Roslan selama ini? Mulut orang kita tidak boleh nak tutup, orang akan tetap mengata sepanjang masa. Apa yang saya harapkan hanyalah doa daripada peminat dan sesiapa yang mengenali diri ini untuk menjadi manusia yang lebih baik. Kalau orang mengata, saya akan diamkan diri sahaja. Jika saya melawan semula nanti, boleh jadi pergaduhan pula dan saya tidak mahu ia berlaku. Saya buat benda baik orang mengata, saya buat perkara yang tidak baik lagi orang akan menghentam saya. Jadi, saya akan buat tidak tahu sahaja. Selain perancangan untuk berkahwin, apakah pula perkembangan terbaharu karier Roslan pada tahun ini? Tahun ini saya sibuk dengan persembahan pentas untuk majlis-majlis korporat di seluruh negara bersama dengan Syed Ali dan Atu Raja Lawak. Sebenarnya saya ada menawarkan pakej persembahan bersama mereka untuk memberi kelainan dalam persembahan dengan bakat terpendam Syed Ali yang boleh menyanyikan lagu 60-an dan Hindustan ditambah dengan lawak Atu.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails