Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rozita, Zain masih berkepit

DIVA seronok tengok gelagat artis berpacaran sesama sendiri, bukan sahaja jadi cerita sensasi tapi mata jadi sejuk tengok mereka bahagia ke jenjang pelamin. Makin manis lagi kalau kisah cinta mereka itu direstui semua pihak, semua peminat dan kedua-dua belah keluarga macam Farid Kamil dan Diana Danielle. Eh, apa kaitan pula dengan Farid dan Diana, mereka tengah bahagia sekarang, Diva tak nak ganggu. Cuma Diva tengah keliru dengan cinta Che Ta. Siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan dengan teman tapi mesranya, Zain Zaidin. Sekejap mereka nampak macam bukan main rapat dan intim tapi sekejap lagi keluar pula cerita kata Che Ta tiada apa-apa hubungan dengan Zain. Esoknya keluar bisik-bisik kata Zain memang menaruh hati kepada Che Ta. Entahlah! Cuma, yang Diva nak ceritakan hari ini bukan pasal pengakuan mereka tetapi perlakuan mereka berdua di khalayak ramai. Di satu petang Sabtu yang indah minggu lepas, seorang teman Diva bukan main cuci mata lagi tengok Che Ta dan Zain bermesra-mesraan di The Curve, Damansara. Ibaratnya ketawa bersama, menangis bersama, beli-belah bersama dan pegang tangan pun bersama-samalah. Kawan Diva pula, gemar sungguh jadi paparazi. Sanggup dia ikut ke mana Che Ta dan Zain yang sibuk singgah dari sebuah butik ke sebuah butik di situ. Biasalah, bila sang jejaka menemani wanita istimewa jalan-jalan, tentunya akan jadi tukang angkut dan bawa segala beg membeli-belah. Apa-apa pun, Diva cuma kagum dengan Che Ta, dia wanita tegar yang tak peduli apa orang nak kata. Setakat jalan-jalan dan diperhatikan tengok dari jauh apalah sangat. Kata kawan Diva, dia takut nak tangkap gambar, takut juga dibuatnya apa-apa hal tak diingini pula. Tapi katanya, Che Ta memang seksi masa keluar dating dengan Zain tempoh hari. Untung Zain.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails