Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Serius tapi belum bertunang - Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 41, hari ini menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan. Kata Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, mereka memang serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang. “Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Che Ta berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan tidak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan jika jodohnya bersama jejaka berdarah kacukan itu. “Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya. Zain baru-baru dalam satu temu bual memberitahu yang hubungannya dengan Che Ta memang serius dan kalau ada rezeki, mereka akan berkahwin pada tahun ini.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails