Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sharifah Amani 'gila' Twitter

NAMA Sharifah Amani,27, atau lebih mesra dipanggil Nani mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri filem tanah air. Filem seperti Sepet, Gubra, Cinta dan Muhsin antara yang memberi kesan kepada pelakon muda berbakat itu sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-19. Sudah lama rasanya peminat tidak mendengar cerita beliau yang agak menyepi dari segi berita dan lakonan di dalam filem mahupun drama-drama di kaca televisyen. Peluang bertemunya sebagai duta produk Samsung Galaxy Note 2 baru-baru ini sedikit sebanyak menyingkap ‘kehilangan’ pelakon kecil molek ini tentang kisah kehidupan beliau. “Nani tak hilang, ada di sini, sekarang sedang menyiapkan projek filem pendek sempena hari wanita bertajuk Hawa. “Banyak masa Nani habiskan untuk menulis, mengarah dan berlakon dalam filem pendek yang Nani tulis sendiri. Sebenarnya agak sibuk sekarang ini," katanya. Bertanya mengenai mentornya, arwah Yasmin Ahmad sudah pasti beliau tidak melupakannya kerana beliau mula berlakon dibawah arahannya. Banyak sikap kerja dan cara pengarahan yang saya belajar dan kadang kala terikut dengan arwah namun apa yang penting setiap bahan yang dihasilkan berkualiti dan mencapai apa yang dikehendaki. Sementara itu, Nani tidak dapat menyangkal bahawa kini dia begitu ketagih dengan laman sosial Twitter dan boleh dikatakan setiap hari pasti dia akan membuka Twitter untuk mengetahui hal-hal yang berlaku. “Kadang-kadang Twitter menjadi penghubung saya dengan adik beradik yang lain dan keluarga, walaupun kami sering menggunakan telefon namun Twitter seakan alat pengesan apa yang mereka lakukan," katanya. Sejak menggunakan Samsung Galaxy Note 2, pelbagai perancangan yang Nani akan laksanakan seperti untuk membuat filem menggunakan gajet ini. “Mungkin Nani agak lambat dalam teknologi namun dengan kecanggihan telefon pintar ini serta bantuan rakan-rakan membolehkan Nani menghasilkan sesuatu untuk peminat semua," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails