Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syafie Naswip Rasa Rimas Bergelar Artis

PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip mengakui rimas dengan kehidupannya sebagai seorang selebriti yang disifatkannya sebagai tidak bebas. Syafie, 20, berkata, perasaan itu timbul disebabkan personalitinya yang ringkas dan sederhana dalam menjalani kehidupan seharian. "Saya rimas dengan kehidupan selebriti kerana sifat saya sendiri yang ringkas selain tidak begitu menggemari perhatian orang terhadap saya. Dalam masa yang sama saya juga tidak bebas untuk menjalani rutin harian macam orang biasa lain. "Saya lebih selesa jika tidak terlalu popular dan dapat menjalani kehidupan normal tanpa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun Syafie tidak menafikan populariti itu tetap penting bagi menaikkan nama seseorang selebriti dan dia selesa dengan popularitinya sekarang.
"Saya tidak malu untuk katakan populariti yang saya peroleh hari ini pada peringkat sederhana sahaja dan saya selesa dengan keadaan itu. Ia memudahkan kerja seharian saya," jelasnya. Dalam pada itu, Syafie mengakui kedudukannya sebagai seorang pelakon agak goyah selepas pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad yang juga mentornya. Sebelum ini dia terlalu bergantung kepada kebolehan Allahyarham untuk membentuknya menjadi pelakon berjaya. "Kini apa yang tinggal hanyalah pesanan dan ilmu yang diberikan kepada saya. Saya kini lebih yakin untuk berdikari tanpa terlalu mengharap kepada orang lain," ujarnya. Sementara itu, Syafie memberitahu, dia bersyukur kerana kerjaya lakonannya semakin berkembang selain mendapat kepercayaan pengarah-pengarah untuk mengambilnya berlakon dalam filem atau drama terbitan mereka.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails