Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Yazer vokalis Kristal?

LAMA sungguh Diva tak nampak Yazer dalam majlis-majlis hiburan, ke mana agaknya Yazer menyepi. Setahu Diva, Yazer sempat buat satu album solo dengan Luncai Emas, maknanya Yazer ada produk untuk dipasarkan, sayangnya kurang promosi. Tak mengapalah Yazer, belum ada rezeki awak untuk menonjol agaknya. Yazer kena berusaha tapi jangan tunggu terperuk lama-lama sangat takut susah pula nak kenalkan diri nanti, takut peminat lupa. Dalam diam-diam cara Yazer, tiba-tiba ada berita mengejutkan yang Diva dapat hidu. Dengarnya nama Yazer sudah jadi sebutan untuk jadi penyanyi baharu kepada kumpulan rock Kristal. Tertanya-tanya juga, mana hilangnya Razlan yang selama ini membesar bersama Kristal. Ikut kata sumber, Razlan sudah ada bisnes sendiri dan banyak urusan yang perlu diberi keutamaan, Kristal pula kena bergerak tak bolehlah nak tolak kalau ada jemputan persembahan. Diva yakin dari segi penampilan Yazer memang ada imej sebagai penyanyi rock cuma untuk serasikan Yazer dengan nama Kristal.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails