Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

'Barang' Neelofa Yang Sentiasa Jadi Perbualan

'Barang' Neelofa Yang Sentiasa Jadi Perbualan Neelofa adalah antara artis yang kerap menggunakan Instagram untuk berkongsi gambar kegiatan sehariannya bersama peminat. Memang banyak gambar yang dimuatnaik oleh beliau dan menerima pelbagai komen dari peminatnya. Salah satu gambar yang hangat didebatkan dalam akaun Instagram beliau adalah gambar beliau sedang disolek oleh seorang makeup artis lelaki untuk satu sesi photoshoot. Sesi bergambar berkenaan dipercayai adalah untuk pakaian pengantin berdasar hastag yang ditulis oleh beliau. Sudut gambar tersebut diambil pula menampakkan pelipat lengan Neelofa dan bukanlah ketiak secara zahirnya. Dari situ, maka gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminatnya, ada yang ketawa, ada yang mengutuk dan ada juga yang cuba memberi kesedaran. Nyatanya, gadis ini memang berbakat besar dan peluang pada tahun 2013 lebih mencabar bagi dirinya.

Tak Jadi Cerai,Rita Dan Aidil Akan Cuba Disatukan Semula

Rita mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya. “Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan,” katanya. Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga. SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, gagal dalam sebutan permohonan cerai isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dekat sini, semalam. Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan yang diwakili seorang keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh baru sebutan kes yang turut dihadiri pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS). Mohd Aidil 26, dan Rita 37, hadir di mahkamah untuk mendengar sebutan permohonan cerai yang dikemukakan Aidil selaku plaintif. Hamizan dalam penghakimannya berkata, memandangkan seorang bersetuju dan seorang lagi tidak bersetuju, maka jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan. “Ini mungkin boleh mewujudkan rasa sayang semula. Sekiranya jawatankuasa khas pendamai tersebut gagal menemui jalan penyelesaian juga, barulah proses cerai dilakukan,” katanya. Terdahulu, dalam prosiding, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, menuntut jawatankuasa khas pendamai ditubuh mengikut Seksyen 47 kerana tidak bersetuju dengan permohonan cerai kali kedua difailkan Aidil pada 31 Januari lalu. “Ini kerana tiada perbincangan pernah dilakukan sebelum ini dan beranggapan dengan perbincangan secara formal menerusi jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan akan membolehkan perbincangan dibuat secara menyeluruh. Bagaimanapun, peguam syarie, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Aidil memberitahu mahkamah bahawa penubuhan jawatankuasa khas mahkamah tidak perlu kerana kes ini sudah lama berlarutan. “Daripada perbincangan dengan anak guam saya, tiada jalan penyelesaian didapati dan memohon penceraian secara baik dapat dilakukan di sini,” katanya. Hamizan kemudiannya bertanya kepada Rita dan Aidil, sama ada kedua-dua mereka masih mempunyai rasa sayang di antara satu sama lain. Hakim syarie: Sayang lagi tak kat isteri? Aidil: Tak (merujuk kepada Rita). Saya dah tak sayangkan dia lagi dan saya dah tak inginkan dia. Hakim syarie: Sayang tak kat suami? Rita: Saya sayang keluarga saya. Selagi bergelar suami, saya sayang. Hakim syarie : Nak cerai dah? Aidil: Ya (angguk) Dalam pada itu, Rita turut mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya. “Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan,” katanya. Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga. “Saya anggap kes ini berlarutan. Sudah dua kali dia minta diceraikan, tetapi masa itu saya masih boleh bersabar. Ada tak dia pernah menjaga maruah saya sebagai suami selama ini,” katanya. Rita berkata, dia tidak terkejut dengan permohonan cerai kali kedua yang difailkan Aidil. “Kalau boleh, siapa nak cerai. Buat perbincangan dulu, ikut 'step' sekiranya tidak boleh barulah cerai. Nanti menyesal tidak guna. Kena fikir panjang, jangan fikir pendek,” katanya. Rita juga menafikan dakwaan beliau dua kali meminta cerai.

Kahwin pada tahun 2015 - Shahrizal Jaszle

SUDAH agak lama cerita mengenai pelakon kacak Shahrizal Jaszle tidak muncul menerusi media selepas kontroversi percintaannya bersama pelakon Miera Liyana yang berakhir sekitar awal tahun lepas. Selepas itu, Shahrizal dilihat seolah-olah cuba melarikan diri daripada pihak media dengan tidak menghadirkan diri pada majlis-majlis hiburan. Menolak anggapan bahawa dia melarikan diri daripada media, ujar Shahrizal, dia sebenarnya terlalu sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama yang kini ada beberapa daripadanya sudah ditayangkan di kaca TV seperti Pelamin Di Pusara dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. “Bukan sebab kes putus cinta saya menyepi dan seolah-olah melarikan diri daripada pihak media. Sebaliknya, saya sibuk dengan penggambaran drama. Drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menuntut saya berada di lokasi selama tiga bulan,” jelasnya lagi. Pada bulan Disember lalu, hero filem Azura 2012 itu juga secara tiba-tiba mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita pertunangannya bersama seorang bakal doktor bernama Redzwani Puteri, 25. Mengakui keputusannya untuk bertunang dalam usianya yang baru 24 tahun bukan dibuat secara terburu-buru, Shahrizal mengatakan sudah mengenali Redzwani lama dan merasakan gadis itu adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri. Hasrat untuk memperisterikan Redzwani dengan cepat nampaknya tidak kesampaian kerana Shahrizal diberi tempoh selama dua tahun untuk berkahwin dengan tunangnya sekali gus menafikan yang dia dan Redzwani bakal berkahwin pada tahun ini. “Kami masih lagi merancang tarikh perkahwinan. Bukan tahun ini. Insya-Allah pada tahun 2015. Sebabnya, keluarga dia (Redzwani) minta dia habis belajar dulu sebelum berkahwin,” jelasnya ketika ditemui pada sesi penggayaan rantai mutiara Rafflesia yang bakal diberikan kepada pemenang-pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia (FFM), di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur. Ditebak mengenai cabaran bertunang dalam tempoh yang lama, ulas Shahrizal, dia sedia menghadapinya dan tetap mengikut saranan orang tua mereka. Akui Shahrizal, tempoh dua tahun itu juga membolehkan dia dan tunangnya memfokuskan pada kerja dan pelajaran. “Memang kalau ikutkan rasa macam lama sangat tunang selama dua tahun tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami kerana saya sibuk dengan berlakon dan dia juga sibuk belajar,” ujarnya mengenai tunangnya yang kini mengikuti pengajian ijazah keduanya iaitu perubatan dan pembedahan selepas memperoleh ijazah dalam bidang perubatan sains. Teman baik Mengulas mengenai pertemuannya bersama Redzwani, ujar Shahrizal: “Redzwani sebenarnya merupakan teman baik saya. Saya kenal dia sudah lama. Dia adalah kawan baik saya, malah kami rapat sebab kedua-dua keluarga kami juga saling kenal mengenali antara satu sama lain,” tuturnya. Mendedahkan sebab dia menyukai tunangnya itu, kata Shahrizal, ia adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu fotografi. Ujarnya lagi, Redzwani juga seorang yang sangat penyabar dengan kerenahnya dan kesibukannya sebagai seorang pelakon. “Kami mempunyai minat yang sama iaitu suka mengambil gambar. Saya juga memerlukan seorang yang kuat sabar dan dia memang sangat sabar dengan saya malah dia juga pandai membuat kerja rumah serta pandai memasak,” puji Shahrizal terhadap Redzwani. Mengulas mengenai tema dan persiapan perkahwinan, ujar Shahrizal, dia dan tunangnya sudah mengatur persiapan perkahwinan sebanyak 20 peratus dan bercadang untuk mengadakan perkahwinan dalam taman. Cacat Di luar kehidupan peribadinya, Shahrizal memberitahu, akan membawa watak sebagai orang cacat untuk drama slot Azalea di TV3. Mengakui sering membawa watak hero dan baik, jelas Shahrizal, dia ingin versatil dalam lakonan dan mencuba watak-watak yang berlainan pula. Jelas Shahrizal juga, dia kini lebih selektif dalam pemilihan drama dan tidak mahu tangkap muat sebarang drama yang ditawarkan kepadanya. “Saya lebih mementingkan kualiti daripda kuantiti. Saya suka watak yang mencabar untuk menguji lakonan saya daripada main terima segala tawaran yang datang,” tegasnya.

Putus cinta ada hikmah - Shila

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kesan daripada putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, penyanyi Shila Amzah (gambar), 23, menjadi semakin tabah, kreatif dan aktif. Dalam tempoh beberapa hari putus cinta kerana tidak mendapat restu daripada bapanya, N.D Lala, Shila yang sempat 'melarikan diri' itu berjaya menghasilkan dua buah lagu baru, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati. Menurut Shila, apa yang dilaluinya sebelum ini tidak melemah atau mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai anak seni. "Saya reda dengan apa yang telah berlaku dan amat bersyukur selepas didugaNya. Biar apa yang berlaku, kita boleh bangkit semula dan tiada apa yang mustahil. "Ganjaran yang diterima daripada peristiwa yang berlaku cukup bermakna," katanya ketika ditemui pada majlis pengiktirafan anjuran sebuah jenama jam tangan terkemuka di sini hari ini. Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, akhir-akhir ini kerap mendapat undangan persembahan pentas termasuklah majlis yang membabitkan masyarakat Cina. Dalam pada itu, Shila berkata, dia tidak akan membenarkan dirinya dirisik oleh mana-mana individu pada waktu ini. "Sekarang ini tumpuan saya lebih kepada pembikinan album yang akan dikeluarkan sekitar Mei ini. "Soal hati dan perasaan, biarlah masa yang menentukan, lagi pun saya masih muda dan banyak perkara yang harus diutamakan dan saya juga ingin menjadi contoh dan inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana," katanya.

Ghairah bekerja demi masa depan - Dayang

MELIHAT kehidupan penuh rahsia penyanyi bersuara hebat ini, Hits andaikan dia bukan wanita sebarangan. Memiliki fokus yang cukup jelas didalam kehidupannya, Dayang Nurfaizah percaya bukan mudah untuk dirinya diberi kepercayaan untuk berada di tahap ini kini. Menghargai setiap kasih sayang yang dicurahkan peminatnya, penyanyi ini mahu membuktikan dia benar-benar serius dengan karier nyanyian sehingga ke tahap ini. Tatkala terlampau di usung soal kerja, kami alihkan perhatian penyanyi kepada soal cinta. Menganjak umur ke 32, Hits dapat rasakan, penyanyi dengan nama asal Dayang Nurfaizah Awang Dowty, ini menyimpan satu rahsia besar yang tidak mahu didedahkan dirinya. Menjawab soalan itu, Dayang dengan tenang menjawab, benar dia juga sama seperti wanita lain di luar sana yang mengimpikan cinta seorang lelaki. Namun di sebalik keinginannya itu, terdetik juga rasa risau terhadap kesan terhadap karier yang susah payah dibinanya selama ini. "Saya takut membaca cerita soal cinta yang melibatkan artis kita kini. "Saya tidak mahu memperjudikan karier saya, dengan kontroversi sebegitu," katanya jujur. Dengan ikhlas memberitahu dia juga berasa cemburu dengan kehidupan rakan-rakannya yang lain, bagi Dayang dia akui agak memilih di dalam mencari pasangan. "Memang saya memilih, sebagai wanita kita memang kena memilih sedikit. "Kalau boleh saya mahu merasai perkahwinan itu sekali sahaja, melihat kehidupan rakan-rakan lain yang sudah menjadi ibu kini saya akui agak cemburu," katanya ketawa. Memberi cadangan agar dia mengurangkan sedikit tumpuan kerjanya agar pencarian cinta itu lebih mudah, dengan pantas Dayang menjawab tidak akan sesekali berbuat begitu. "Saya tidak akan memperjudikan karier saya. "Biarlah ia selari, maksudnya cinta dan karier datang sekali," katanya. Ditanya adakah dia pernah dilamun cinta sepanjang berada di dalam dunia seni, Dayang percaya komitmennya terhadap kerja sedikit sebanyak membataskan dia berada di dalam keadaan itu. "Saya jenis yang suka habiskan masa di rumah, malah selepas habis persembahan tempat pertama yang saya ingin tuju adalah rumah. "Mungkin kesibukan kerja dan sikap ini sedikit sebanyak membataskan waktu saya," katanya. Satu demi Satu Tidak mahu dikenali sebagai artis eksklusif, bagi Dayang mungkin kekerapannya menerima tawaran membuat persembahan di majlis tertutup menyebabkan ada peminat merasai kehilangannya daripada industri. "Saya masih aktif, cuma mungkin tidak semua peminat tahu saya dimana. "Selain dari itu, saya lebih suka sekiranya untuk muncul bersama produk. Jika tiada apa-apa untuk ditonjolkan rasanya lebih baik mendiamkan diri," katanya. Baru sahaja muncul dengan album terbaharu, iaitu rakaman persembahannya bersama penyanyi Anuar Zain pada konsert amal One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tahun lalu, Dayang memberitahu, tumpuannya kini adalah untuk meneruskan promosi album terbaharunya itu. "Saya sudah merangka untuk mengeluarkan single terbaru tetapi biarlah satu-satu. "Buat masa ini tumpuan utama saya untuk mempromosikan album ini dahulu," katanya. Tidak dapat menyorok perasaan sebenarnya, Dayang akui rindu untuk bertemu dengan peminatnya. Menurut Dayang dia dan pihak pengurusannya kini dalam perancangan untuk mengadakan sebuah showcase khas buat peminat. "Sebenarnya dari tahun lepas lagi saya sudah mahu mengadakan showcase buat peminat saya. "Mungkin pada tahun ini saya akan cuba tunaikan. Rasanya melalui cara ini saya dapat bertemu kembali dengan peminat yang sekian lama merasai ketiadaan saya," katanya tersenyum.

Johan Tak Serik Main Bola Selepas Secera Di Lutut

PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Johan tidak serik untuk aktif bermain bola sepak walaupun dia masih lagi dalam rawatan selepas mengalami meniskus iaitu lututnya terkoyak gara-gara sukan tersebut. Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 29, yang menjalani pembedahan pada 29 Disember lalu berkata, kecederaannya itu bukanlah satu alasan untuk dia meninggalkan sukan tersebut sebaliknya membakar lagi semangat diri untuk kembali beraksi di padang bersama rakan-rakan. "Saya tak pernah serik sebaliknya mahu lutut saya sembuh secepat mungkin agar dapat kembali bermain bola. "Permainan sukan ini adalah minat dan ia sudah sebati dengan jiwa saya. Cuma saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang kecederaan seperti ini tidak berulang lagi, insya-Allah. "Dan saya akan kembali aktif bermain bola sepak selepas habis rawatan fisioterapi dalam masa beberapa bulan lagi," katanya. Tambah penyampai radio Era FM ini, dia juga sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya agar lebih seimbang apabila bermain bola sepak nanti. Difahamkan, kecederaan yang dialami Johan berpunca selepas dia bermain futsal pada malam sebelum Konsert Maharaja Lawak Mega 2012 berlangsung tahun lalu. Sementara itu, Johan kini bahagia apabila dia dan isterinya Rozlinawaty Ismail, 32, (Ozlyn Wati) baru sahaja menerima anak kedua (enggan nama didedahkan) yang kini berusia dua bulan. "Alhamdulillah, ini sebuah rezeki yang diberikan kepada keluarga saya. Macam biasa, walaupun masyarakat melihat saya sebagai pelawak tetapi di rumah saya seorang yang sangat tegas kepada anak-anak," tuturnya. Johan mendirikan rumah tangga dengan Ozlyn pada 25 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Sodiq Hainana yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Johan bakal muncul bersama Zizan Razak (Jozan) menerusi filem Lawak Ke Der 2 yang bakal menemui penonton di 70 pawagam di seluruh negara bermula 7 Mac depan. Lawak Ke Der 2 diambil daripada pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya (IB) pada tahun lalu dan dipadatkan dengan lawak-lawak terbaik yang dipersembahkan oleh kumpulan Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil.

Pengikut Twitter Lisa Surihani, Zizan & Aaron Lebih 1 Juta

PETALING JAYA: Tiga pelakon popular berjaya mengekalkan pengaruh menerusi laman sosial Twitter masing-masing apabila kekal dengan jumlah pengikut teramai iaitu melebihi sejuta orang. Pemantauan mStar Online sehingga pukul 2 petang pada Rabu mendapati pelakon Lisa Surihani yang sebelum ini berada pada tempat teratas mengekalkan kedudukannya apabila mencatatkan 1.17 juta pengikut. Lisa menggunakan nama @LisaSurihani menerusi akaunnya. Pelawak Zizan Razak menerusi akaun @zizanrajalawak pula berada pada kedudukan kedua dengan jumlah pengikutnya seramai 1.12 juta sementara bintang dari Singapura iaitu Aaron Aziz berada pada kedudukan ketiga. Aaron menerusi akaun @Aaron535Aziz mempunyai pengikut seramai 1.01 juta. Pelakon Shaheizy Sam pula menduduki tempat keempat dengan 898,775 pengikut manakala Datuk Siti Nurhaliza berada pada kedudukan kelima seramai 827,633. Bagaimanapun jumlah pengikut itu masih belum berjaya memintas pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu seramai 1.3 juta. Sementara itu mengulas mengenai kedudukannya yang berada pada tangga teratas Lisa, 26, berkata pada awalnya, dia membuka akaun Twitter adalah sekadar suka-suka seperti pengguna Twitter lain. Namun, maklum balas positif membuatkannya lebih aktif dalam berkongsi maklumat dan kegiatan harian kepada pengikut Twitter. "Saya mula buka akaun Twitter pada 2009, namun ketika itu tidak pernah terfikir untuk menulis dan berkongsi semua aktiviti saya kepada umum. "Saya juga tidak menjangkakan mendapat lebih sejuta followers seperti hari ini," ujarnya. Jelas Lisa, Twitter menjadi salah satu medium komunikasi antara dia dengan peminat-peminatnya secara tidak langsung. "Saya memang ada satu sesi menjawab soalan peminat, di mana dalam sehari saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan daripada followers," katanya. Lisa yang mengakui kepentingan media sosial ini mengakui aktif dengan dunia media sosial seperti Facebook, Twitter dan kini Instagram. "Ketika awal menjadi pelakon saya aktif dengan Fan Page Facebook dengan menghantar video-video terkini yang saya rakam khas untuk peminat. "Kini dunia media sosial sibuk dengan Instagram pula, yang mana peminat lebih suka melihat gambar-gambar terbaru kita," katanya. Sementara itu, Zizan Razak, 29, juga menganggap Twitter sebagai cara dia mendekati peminat-peminatnya. "Jika saya ada masa terluang memang saya akan bertanya khabar dan berborak dengan pengikut-pengikut di Twitter. "Dari situ juga kita boleh tahu tahap penerimaan dan pandangan mereka terhadap kita, sebab di Twitter mereka akan cakap terus sama ada suka atau tidak," katanya. Ujar Zizan, Twitter juga boleh menjadi salah satu medium untuk dia mempromosi sesuatu filem atau aktiviti dilakukannya kepada peminat. "Peminat lebih mudah untuk mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa, namun begitu apa yang saya perhatikan mereka lebih suka jika saya tulis perkara-perkara yang saya sedang hadapi. Contohnya seperti mengeluh tentang jalan sesak," katanya. Aaron Aziz tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara. Berikut ini senarai 10 pengikut teramai Twitter artis sehingga 2 petang, 27 Februari 2013. 1. Lisa Surihani – 1,179,061 2. Zizan Razak – 1,126,768 3. Aaron Aziz – 1,014,085 4. Shaheizy Sam – 898,775 5. Datuk Siti Nurhaliza – 827,633 6. Datuk Aznil Nawawi – 695,164 7. Wardina Safiyyah – 659,164 8. Nora Danish – 623,634 9. Irma Hasmie – 601,742 10. Fazura – 553,286

GAYA TERKINI AZHARINA AZHAR?

Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi. Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang? Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul. Allahualam.

Fiq belum terkubur

JUARA rancangan realiti nyanyian Mentor 2, Fiq atau nama sebenarnya Mohd. Firdaus Abdul Halim bagaikan sudah hilang daripada dunia seni. Perkembangan karier penyanyi kelahiran Sabah itu dilihat tenggelam timbul selepas syarikat rakaman EMI Malaysia gulung tikar beberapa tahun lalu impaknya, Fiq seolah-olah merajuk daripada industri. Sebelum ini timbul dakwaan bahawa Fiq mempunyai pelbagai masalah disiplin termasuklah menolak pertunjukan pentas atas alasan tidak munasabah serta menolak sesi fotografi. Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, kata Fiq, dia sedang mencari peluang untuk muncul kembali setelah sekian lama menyepi. "Mungkin saya kelihatan senyap depan mata tetapi sebenarnya saya sibuk dengan undangan persembahan dan kerja belakang tabir. Saya baru merakamkan beberapa buah single untuk album saya akan datang baru-baru ini. "Album ini sedikit tertangguh kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan satu persatu dan saya mahu album ini betul-betul sempurna," katanya yang ditemui ketika sesi tayangan perdana khas konsert Led Zeppelin di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kahwin Ditanya adakah dia merajuk dengan industri seni suara yang dilihat meminggirkannya sejak akhir-akhir ini, ujar anak didik bintang legenda rock Amy Search itu, dia masih terlalu muda untuk dilupakan. "Peminat sentiasa ada bersama saya, tidak pernah ada istilah merajuk atau memilih untuk berdiam diri. Saya menceburi bidang nyanyian kerana minat jadi, jika keputusan itu saya pilih lebih baik dari awal lagi saya berhenti menyanyi," ujarnya yang kini bernaung di bawah label syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Selain itu, Fiq menolak dakwaan bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan malah katanya dia belum mempunyai calon yang sesuai. "Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, usahkan merancang, calon pun belum ada," jelasnya. Fiq kini dalam proses mempromosikan single terbaharu nyanyiannya menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang menggunakan judul sama serta usai merakamkan single Balistik Cinta untuk dimuatkan dalam filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Mengakui turut terkena tempias populariti drama Setia Hujung Nyawa yang telah berjaya mencatat tontonan 4.2 juta, kata Fiq, lagu yang dinyanyikannya berjaya kembali mencuri tumpuan umum. "Drama itu sangat memberi kesan kepada saya dan banyak membantu menaikkan kembali karier saya. Walaupun lagu itu dimainkan selepas beberapa episod bersiaran di TV, penonton yang meminati drama itu turut meminati saya," tambahnya. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Zain tak pernah bincang - Sasha

SETELAH kisah percintaan mereka sering diperkatakan media dan peminat, akhirnya pasangan Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 42, mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Rozita menerusi sebuah akhbar semalam yang mendakwa dia dan Zain bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Julai ini. Namun ia menimbulkan persoalan kerana hujung Julai merupakan bulan Ramadan. Justeru, adakah Rozita dan Zain akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun ini? Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Kosmo! menghubungi kakak Zain iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Sasha. Kosmo!: Bolehkah Sasha komen mengenai kenyataan Rozita yang dia akan berkahwin dengan Zain pada hujung bulan Julai ini? SASHA: Sebenarnya saya agak terkejut dengan perkara tersebut dan langsung tidak tahu apa-apa mengenainya. Lagipun saya baru sahaja pulang dari Sydney, Australia minggu lalu dan Zain sendiri tidak pernah berbincang apa-apa pun mengenainya (kahwin pada hujung Julai). Adakah Sasha fikir mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan tersebut? Saya rasa ia sesuatu yang agak mustahil memandangkan ketika itu merupakan bulan Ramadan dan umat Islam sedang berpuasa. Jadi, saya rasa tidak mungkin mereka akan melangsungkannya pada masa berkenaan. Apabila berita ini tersebar saya ada menghubungi Zain untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Dia memberitahu saya memang dia dan Rozita akan berkahwin, tetapi pada hujung tahun dan bukan pada hujung Julai ini. Adakah selama ini keluarga merestui hubungan Zain dan Rozita memandangkan umur Rozita dan Zain jauh berbeza iaitu 13 tahun? Sebagai kakak, saya memang tiada halangan dan Zain bebas memilih sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya, asalkan dia gembira dengan pilihannya itu. Keluarga kami pula memang mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama ini. Memang faktor umur tidak menjadi halangan dan semua keputusan terletak di tangan Zain. Memandangkan Zain akan berkahwin pada tahun ini, bagaimanakah pula Sasha sendiri, tidakkan ingin kembali mendirikan rumah tangga setelah bercerai pada tahun lalu? Keinginan untuk berumah tangga itu memang ada memandangkan saya jenis wanita yang tidak boleh hidup keseorangan, namun jodoh semuanya terletak pada kuasa Allah. Sepanjang bergelar ibu tunggal adakah mana-mana lelaki yang cuba mendekati Sasha? Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati dan ingin mengambil saya sebagai isteri. Buat masa ini, ia masih lagi dalam proses penilaian dan mengenal hati budi masing-masing. Saya mahu membuat keputusan yang tepat untuk memilih teman hidup agar pisang tidak berbuah dua kali. Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya Sasha sekarang ini? Sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan drama terbaharu saya berjudul Cinta Adam dan Hawa sebanyak 26 episod akan ditayangkan tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya lebih banyak mendapat tawaran membuat pertunjukan fesyen di merata-rata tempat. Cuma sesekali saya turut diberi peluang menjadi pengacara sesebuah majlis serta tampil sebagai artis undangan dalam beberapa buah program TV.

Hans pada mata Elaine

BAGAI tidak lengkap kehidupan seorang selebriti andai kisah peribadi tidak disentuh tatkala peluang diberikan untuk bersua dan kali ini Elaine Daly berkongsi ceritanya. Elaine, 36, akur akan atmosfera yang sedang dijejakinya selaku figura yang menuntut pelbagai penjelasan dan kesimpulan tatkala timbul pelbagai isu, katanya, selagi dia memegang status solo, selagi itu kontroversi tidak akan lekang. "Saya seorang perancang dan suatu ketika dahulu saya pernah mengimpikan saya sudah mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun dan mempunyai dua orang anak tetapi mungkin jodoh saya belum sampai. "Bukan tidak mencari tetapi saya menganggap diri ini seorang yang pentingkan kerjaya sehingga saya dilabelkan sebagai seorang yang cerewet dan lelaki pun takut untuk mendekati saya. "Bagi saya, sebelum berkahwin saya mahu mengenali seseorang lelaki itu sebaik mungkin dan apabila melihat perkahwinan kawan-kawan saya yang tidak kekal lama saya jadi lebih berjaga-jaga supaya hidup saya nanti terjamin. "Perceraian bagi saya bukan satu pilihan," kongsinya ketika pertemuan di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini untuk sesi pemadanan baju sempena Bella Awards. Tambah Elaine, dia ingin mencari seorang lelaki sejati yang jujur dan berterus-terang serta boleh menerima kerjayanya sebagai seorang pelakon, pengacara dan bakal pengarah. "Paling penting lelaki itu baik dan memahami saya. Saya tidak pernah mengharapkan duit kerana saya pun berkerjaya. Kalau perkara itu yang saya tekankan, awal-awal lagi saya sudah berkahwin. "Seboleh-bolehnya, lelaki itu berkerjaya, mempunyai cita-cita dan senang berkomunikasi. Kalau berjumpa dengan lelaki yang lebih muda, itu jodoh. Tapi bagi saya kematangan seseorang lelaki itu bermula pada usia 30-an," tegasnya. Bagaimanapun, Miss Malaysia Universe 2003 itu tidak melihat mengambil seorang anak angkat sebagai penyelesaian untuk mengisi kekosongan hatinya. Hubungan mesra Selama 16 tahun mengenali aktor, model merangkap sutradara serta Pengarah Urusan Tall Order Productions Sdn. Bhd., Hans Isaac, Elaine tertawa saat diajukan soalan mengenai hubungan mereka yang khabarnya kembali erat sejak kebelakangan ini. Ujarnya, hubungan mesranya dengan pelakon filem Cuci itu tidak melibatkan perasaan cinta melainkan kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik. "Hans dijemput untuk mengacarakan Bella Awards pada 2 Mac depan dan dia satu-satunya pengacara lelaki di samping saya, Daphne Iking dan Vanessa Chong. "Mungkin pihak produksi dan penonton melihat kolaborasi Hans dalam rancangan Bella sempena edisi Hari Natal tahun lalu sangat positif, maka mereka memilihnya sekali lagi untuk Bella Awards. Lagipun saya senang bekerja dengan dia. "Kami ibarat kawan baik selepas berpisah sepuluh tahun lalu dan saya juga anggap dia seperti abang saya. Kedua-dua belah keluarga kami pun rapat. Saya dan Hans sudah tiada sebarang perasaan cinta. "Sebelum ini pun Hans ada keluar lepak bersama-sama saya dan bekas teman lelaki saya. Kami menghormati satu sama lain dan saya andaikan perpisahan kami adalah perpisahan terbaik sepanjang hidup saya," kata pengacara The Breakfast Show itu lagi. Ibu, isteri Elaine bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk menamatkan zaman solonya ketika berusia 20-an malah tidak mudah melenting apabila sering dikaitkan dengan Hans. "Enam tahun bersama Hans adalah satu tempoh panjang malah, ada antara kawan-kawan saya yang berkahwin pun tidak sampai usia enam tahun. "Tidak menjadi masalah kalau saya sering dikaitkan dengan Hans sebab kami bersama dalam satu tempoh yang panjang. "Apapun saya bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin ketika berusia 20-an kerana kematangan dan pemikiran kita berbeza apabila kita semakin berusia. Sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan seorang ibu!" jelas peguam lulusan Universiti London itu. Diminta mengulas mengenai perkembangan hubungan Hans dan pelakon kontroversi Neelofa yang sering digosipkan bersama sejak tahun lalu, kata Elaine, dia gembira dengan apa pun keputusan Hans. "Selagi Hans gembira dengan tindakan yang dilakukannya, saya pun gembira. Kalau dia nak kahwin dengan siapa pun saya gembira. Tapi saya tegaskan kami tak akan boleh bersama atau berkahwin kerana kami umpama adik-beradik," ulasnya bersulam ketawa kecil.

Rosnah Mohd Noor Di HKL, Patah Tulang Paha

PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihadapinya sebelum ini. Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bergerak. “Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah tidak boleh berjalan. “Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan sakit luar biasa sehingga ke pinggul,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa. Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh. Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius. “Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir,” katanya yang juga terpaksa memakai lampin buat sementara waktu. Ditanya adakah penyakit patah tulang yang dihidapinya itu akibat kesan rawatan kanser payu dara yang dihidapinya tidak lama dulu sehingga menjadikan tulang itu rapuh kata Rosnah, ia turut menyumbang kepada masalah berkenaan. Bagaimanapun pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 1986 ini bersyukur kerana penyakit itu tidak begitu serius selain mempunyai anak yang sanggup menjaganya ketika sakit. “Saya rasa beruntung kerana ada anak yang dapat menjaga saya selain saudara-mara juga ramai datang melawat. Cuma rakan-rakan artis sahaja yang tidak tahu kerana saya tidak memaklumkan kepada mereka,” katanya. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982). Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20. Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur. Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya. Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.

Lisa Surihani Terharu Terima Kejutan Yusry Di Radio

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam. "Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era. "Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan. "Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa. Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu. Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya. "Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya. Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu. Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya. "Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin. Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah. "Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.

Zamani Cerita Soal Jodoh Dan Badan Cengkung

AMPANG: Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani masih belum berputus asa mencari pasangan hidup selepas mengalami kegagalan dalam hubungan cinta sebanyak dua kali sebelum ini. Zamani, 42, berkata, pada usianya kini dia sentiasa berharap akan kehadiran seorang wanita dalam hidupnya suatu hari nanti. "Saya tidak menolak jika bertemu jodoh pada usia sekarang kerana masih belum berputus asa mencari pasangan sesuai untuk saya. "Ciri-ciri pada seorang wanita bukan menjadi keutamaan kerana yang penting dia dapat menerima bukan sahaja kebaikan tetapi juga kekurangan pada diri saya. "Walaupun pernah putus cinta sebanyak dua kali sebelum ini tetapi itu tidak bererti saya sudah serik mencari jodoh cuma belum sampai masanya lagi," jelasnya kepada mStar Online. Zamani ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha Bersama Zamani di sini, Selasa. Persembahan eksklusif itu bakal diadakan pada 9 April depan di Kelab Darul Ehsan (KDE) bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang. Pelawak Man (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim turut dijemput untuk memeriahkan persembahan yang dijangka akan dihadiri kira-kira 300 tetamu itu. Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang kelihatan cengkung, Zamani berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan berat badan namun gagal. Menurutnya, selera makannya seperti biasa seperti individu lain tetapi keadaan fizikalnya tetap sama sejak dahulu. "Dari dulu berat badan saya 45 kilogram dan macam-macam usaha dibuat untuk tambahkan berat badan tapi tak berjaya. "Malah sekarang badan saya turun dua kilo sehingga ada yang menegur saya kelihatan sakit," jelasnya. Bagaimanapun kata Zamani, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana baginya dia mengamalkan pemakanan seimbang supaya kekal sihat. Dalam perkembangan lain, Zamani berkata, dia sangat teruja dengan persembahan Minggu Setiausaha KDE itu kerana ini adalah kali pertama dia terlibat dalam persembahan eksklusif berkenaan. Zamani akan mempersembahkan 10 buah lagu pada acara itu nanti selain menyelitkan beberapa segmen bersama penonton. "Setakat ini kami masih berbincang untuk memberi kelainan kepada persembahan itu nanti namun yang pasti saya akan cuba memberikan yang terbaik," jelasnya. Dibawa oleh Triple Network Solutions (M) Sdn Bhd, penonton yang hadir bakal memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk percutian ke tempat-tempat menarik dalam negeri. Tiket dijual pada harga RM173, RM273, RM373 dan RM473. Untuk tempahan dan pertanyaan tiket boleh melayari www.ilassotickets.com atau hubungi 03-41441330, 012-3770579 dan 017-2332243.

Shahrizal Jazle Tangguh Kahwin 2015

KUALA LUMPUR: Pelakon Shahrizal Jazle, 25, memberitahu terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redwani Puteri,25, sehingga tahun 2015. Kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, ia berikutan permintaan kedua ibu bapa Redwani yang mahu wanita itu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri. "Ya... kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu. "Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga," ujarnya yang menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Shahz ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25). Dalam pada itu Shaz memberitahu, walaupun perkahwinan dua tahun lagi tetapi mereka telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis tersebut. Katanya, tempat persandingan dengan tema perkahwinan dalam taman akan menjadi pilihan. "Saya sudah buat sedikit sebanyak persiapan dan sudah ada lokasi perkahwinan nanti iaitu di Hulu Langat. "Sejak dari dulu saya sudah impikan untuk berkahwin dengan tema dalam taman dan dia (Redwani) setuju," ujarnya. Dalam pada itu, Shahz mengakui sudah merasai dugaan bertunang biarpun baru tiga bulan menjalinkan ikatan. "Dugaan pertama ialah jarak dan masa yang mana kami jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing. "Saya juga akan berada di Kedah selama tiga bulan untuk penggambaran drama Rindu Bertaut Di Abu Dhabi. "Dia juga sibuk dengan pengajiannya, jadi kami agak sukar berjumpa tetapi hanya berkomunikasi menerusi telefon," ujarnya.

Shila Tegaskan Tidak Mahu Dipinang

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan. Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. “Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula. “Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa. Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik. Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz. “Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini. “Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya. Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah. Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa. “Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

'Jangan Nilai Saya Kerana Gambar Seksi' - Nabila

PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda, menyifatkan gambar-gambar yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya adalah sekadar untuk berkongsi tentang kegiatannya dan bukan bertujuan menimbulkan kontroversi. Kata Nabila, 29, gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkisarkan tentang tempat-tempat cantik yang pernah dikunjungi ketika penggambaran atau percutian. "Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu. "Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit," ujarnya yang enggan mengambil peduli cemuhan masyarakat. Nabila ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25). Tambahnya, dia pernah berasa putus asa suatu masa dahulu kerana terlalu memikirkan pandangan masyarakat terhadap dirinya. "Dulu saya pernah rasa give up, saya rasa hidup saya tidak berguna apabila mengambil pusing apa yang orang ramai cakap. "Namun sekarang saya buat tidak tahu sahaja, biarkan mereka cakap apa yang mereka mahu," katanya. Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy (Search) ini memohon agar kontroversi atau isu yang ditimbulkan olehnya tidak dikaitkan dengan keluarga. "Apabila ada isu atau perkara negatif tentang saya tolong jangan libatkan ayah kerana saya sudah besar dan bertanggung jawab dengan hidup saya sendiri. "Saya tidak mahu dia risau kerana dia pun sudah tua, saya mahu dia melihat kerja dan bakat saya bukannya masalah," ujar Nabila.

GAMBAR - KEBAHAGIAAN BETO KUSYAIRI & ISTERI

Posing menarik Tisha Shahar, isteri kepada pelakon Beto Kusyairi yang juga pernah menjadi pengurus kepada suaminya sendiri. Meskipun kerjaya Beto selalu dikelilingi pelakon wanita, namun ia sedikitpun tidak membuat Tisha cemburu. "Tisha faham kerja saya sebagai pelakon dan dia juga tahu keselesaan saya untuk berlakon dengan pelakon perempuan yang memerlukan watak romantik. Jadi istilah wujudnya perasaan cemburu itu tidak timbul sama sekali," ujar Beto pada media.

Gambar Kilafairy bermain salji

Gambar menarik Kilafairy bermain salji. Bagaimanapun, tidak diketahui destinasi Kila ketika itu... mungkin agaknya beliau sedang bercuti atau sedang menjalani penggambaran drama ataupun filem terbaru. Namun apa yang pasti, Kila kelihatan anggun sekali dengan senyumannya yang lebar menawan. Jom layanzz..!
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails