Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ana Dahlia Nyaris Maut Dalam Kemalangan Awal Pagi

Ana Dahlia dikatakan nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Genting Klang pagi tadi.. Ketika kejadian, Ana Dahlia yang berseorangan dalam perjalan pulang ke rumahnya kira-kira jam 1 pagi tiba-tiba di rempuh oleh sebuah kereta iswara yang hilang kawalan dari arah bertentangan sehingga kereta yang dipandunya berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke pembahagi jalan. “Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya. “Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan,” katanya kepada Sinar Harian. Akibat kemalangan itu, Ana Dahlia dikatakan mengalami kecederaan ringan di kepala dan tulang rusuknya retak.. Ana Dahlia yang masih trauma dengan kejadian itu di nasihatkan oleh doktor supaya berehat dan jangan banyak bergerak.. mygosip.com

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails