Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ghairah bekerja demi masa depan - Dayang

MELIHAT kehidupan penuh rahsia penyanyi bersuara hebat ini, Hits andaikan dia bukan wanita sebarangan. Memiliki fokus yang cukup jelas didalam kehidupannya, Dayang Nurfaizah percaya bukan mudah untuk dirinya diberi kepercayaan untuk berada di tahap ini kini. Menghargai setiap kasih sayang yang dicurahkan peminatnya, penyanyi ini mahu membuktikan dia benar-benar serius dengan karier nyanyian sehingga ke tahap ini. Tatkala terlampau di usung soal kerja, kami alihkan perhatian penyanyi kepada soal cinta. Menganjak umur ke 32, Hits dapat rasakan, penyanyi dengan nama asal Dayang Nurfaizah Awang Dowty, ini menyimpan satu rahsia besar yang tidak mahu didedahkan dirinya. Menjawab soalan itu, Dayang dengan tenang menjawab, benar dia juga sama seperti wanita lain di luar sana yang mengimpikan cinta seorang lelaki. Namun di sebalik keinginannya itu, terdetik juga rasa risau terhadap kesan terhadap karier yang susah payah dibinanya selama ini. "Saya takut membaca cerita soal cinta yang melibatkan artis kita kini. "Saya tidak mahu memperjudikan karier saya, dengan kontroversi sebegitu," katanya jujur. Dengan ikhlas memberitahu dia juga berasa cemburu dengan kehidupan rakan-rakannya yang lain, bagi Dayang dia akui agak memilih di dalam mencari pasangan. "Memang saya memilih, sebagai wanita kita memang kena memilih sedikit. "Kalau boleh saya mahu merasai perkahwinan itu sekali sahaja, melihat kehidupan rakan-rakan lain yang sudah menjadi ibu kini saya akui agak cemburu," katanya ketawa. Memberi cadangan agar dia mengurangkan sedikit tumpuan kerjanya agar pencarian cinta itu lebih mudah, dengan pantas Dayang menjawab tidak akan sesekali berbuat begitu. "Saya tidak akan memperjudikan karier saya. "Biarlah ia selari, maksudnya cinta dan karier datang sekali," katanya. Ditanya adakah dia pernah dilamun cinta sepanjang berada di dalam dunia seni, Dayang percaya komitmennya terhadap kerja sedikit sebanyak membataskan dia berada di dalam keadaan itu. "Saya jenis yang suka habiskan masa di rumah, malah selepas habis persembahan tempat pertama yang saya ingin tuju adalah rumah. "Mungkin kesibukan kerja dan sikap ini sedikit sebanyak membataskan waktu saya," katanya. Satu demi Satu Tidak mahu dikenali sebagai artis eksklusif, bagi Dayang mungkin kekerapannya menerima tawaran membuat persembahan di majlis tertutup menyebabkan ada peminat merasai kehilangannya daripada industri. "Saya masih aktif, cuma mungkin tidak semua peminat tahu saya dimana. "Selain dari itu, saya lebih suka sekiranya untuk muncul bersama produk. Jika tiada apa-apa untuk ditonjolkan rasanya lebih baik mendiamkan diri," katanya. Baru sahaja muncul dengan album terbaharu, iaitu rakaman persembahannya bersama penyanyi Anuar Zain pada konsert amal One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tahun lalu, Dayang memberitahu, tumpuannya kini adalah untuk meneruskan promosi album terbaharunya itu. "Saya sudah merangka untuk mengeluarkan single terbaru tetapi biarlah satu-satu. "Buat masa ini tumpuan utama saya untuk mempromosikan album ini dahulu," katanya. Tidak dapat menyorok perasaan sebenarnya, Dayang akui rindu untuk bertemu dengan peminatnya. Menurut Dayang dia dan pihak pengurusannya kini dalam perancangan untuk mengadakan sebuah showcase khas buat peminat. "Sebenarnya dari tahun lepas lagi saya sudah mahu mengadakan showcase buat peminat saya. "Mungkin pada tahun ini saya akan cuba tunaikan. Rasanya melalui cara ini saya dapat bertemu kembali dengan peminat yang sekian lama merasai ketiadaan saya," katanya tersenyum.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails