Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Dapat Restu Keluarga

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain. Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali. "Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa. Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu. Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan Ramadan. Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka masih tidak berbincang mengenainya. "Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan. "Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya. Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Zain berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran Oh! My English musim kedua selain beberapa projek lain.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails