Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Putus cinta ada hikmah - Shila

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kesan daripada putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, penyanyi Shila Amzah (gambar), 23, menjadi semakin tabah, kreatif dan aktif. Dalam tempoh beberapa hari putus cinta kerana tidak mendapat restu daripada bapanya, N.D Lala, Shila yang sempat 'melarikan diri' itu berjaya menghasilkan dua buah lagu baru, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati. Menurut Shila, apa yang dilaluinya sebelum ini tidak melemah atau mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai anak seni. "Saya reda dengan apa yang telah berlaku dan amat bersyukur selepas didugaNya. Biar apa yang berlaku, kita boleh bangkit semula dan tiada apa yang mustahil. "Ganjaran yang diterima daripada peristiwa yang berlaku cukup bermakna," katanya ketika ditemui pada majlis pengiktirafan anjuran sebuah jenama jam tangan terkemuka di sini hari ini. Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, akhir-akhir ini kerap mendapat undangan persembahan pentas termasuklah majlis yang membabitkan masyarakat Cina. Dalam pada itu, Shila berkata, dia tidak akan membenarkan dirinya dirisik oleh mana-mana individu pada waktu ini. "Sekarang ini tumpuan saya lebih kepada pembikinan album yang akan dikeluarkan sekitar Mei ini. "Soal hati dan perasaan, biarlah masa yang menentukan, lagi pun saya masih muda dan banyak perkara yang harus diutamakan dan saya juga ingin menjadi contoh dan inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails