Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Que Haidar Ajak Linda Jasmine Pusing Felda Taib Andak!

Pernahkah anda membayangkan bagaimana agaknya gelagat guru tari, Linda Jasmine tatkala suaminya yang tercinta iaitu aktor Que Haidar membawanya mengelilingi Felda Taib Andak dengan motorsikal atau pun basikal? Dan, mahukah anda melihat bagaimana lagak Linda Jasmine kala membantu ibu mertuanya memasak di dapur sewaktu menziarahi keluarga Que Haidar di kampung tersebut yang juga menjadi tempat kelahiran bekas juara Akademi Fantasia Musim 3, Mawi? Jika ya, anda harus menonton program Romantika yang bakal bersiaran secara ekslusif di Astro Ria saluran 104 dan Astro Mustika HD saluran 134, jam 9 malam, mulai hari ini. Program ini menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia yang sudah mendirikan rumah tangga atau baru melangkah ke alam perkahwinan untuk berkongsi tentang kisah kebahagiaan, pahit manis dalam kehidupan sebagai suami isteri. Dihasilkan sebanyak 13 episod, Linda Jasmine dan Que Haidar telah menjadi pasangan selebriti pertama yang ditampilkan di dalam episod pertama program ini. Menariknya, dalam episod pertama yang berdurasi sebanyak 30 minit ini, anda akan dapat melihat aksi Linda Jasmine dan Que Haidar tatkala berada di rumah sambil melayan kerenah anak-anak mereka iaitu Qalif, Ratu serta Cleopatra. Malah, anda juga berpeluang menyaksikan detik-detik romantis mereka kala menghabiskan masa secara berdua tanpa ditemani anak-anak ketika menikmati makan malam bersama. Bukan setakat itu saja, Linda Jasmine dan Que Haidar juga turut menyingkap beberapa rahsia yang berkaitan dengan hubungan dan rumahtangga mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Romantika secara ekslusif di Astro Ria saluran 104 dan Astro Mustika HD saluran 134, jam 9 malam ini.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails