Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya bukan perampas - Fathia

BETUL! Memang Fathia tidak ada komitmen cinta termasuk dengan individu tersebut." Demikian jawapan yang diberikan pelakon jelita ini berhubung dakwaan mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang. Menariknya, lelaki yang dikaitkan dengan pelakon ini merupakan kekasih kepada seorang aktres popular. Pun begitu, pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini tidak cepat melatah namun serius menjawab segala persoalan yang dilontarkan termasuk dilabel sebagai perampas kekasih orang. "Terus terang hati Fathia sekarang ini masih belum terpikat dengan mana-mana lelaki. Fathia selesa bergerak solo dan belum berhajat mahu ada kekasih buat sementara waktu ini. "Lagipun macam mana orang cakap Fathia rampas teman lelaki aktres itu sedangkan Fathia orang luar, langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan cinta mereka sebelum ini. "Sungguh, Fathia langsung tak pernah ambil tahu. Kalau diikutkan, memang tidak masuk akal kalau orang luar macam Fathia ini tiba-tiba dikaitkan sebagai punca perpisahan mereka. "Macam kelakar saja sebab tidak ada pertalian langsung kerana kami tak pernah berjumpa, bercakap apatah lagi. "Sebab itu apabila orang kaitkan Fathia dengan lelaki itu, Fathia tidak melatah sebab Fathia tahu kebenarannya," tegas Fathia Malah pelakon filem Darah Panas berusia 25 tahun itu mengakui bahawa ini kali pertama dia dimaklumkan tentang khabar angin membabitkan dirinya dengan kekasih aktres berkenaan. "Ini adalah kali pertama Fathia dengar gosip ini. Fathia memang terperanjat dan Fathia rasa orang salah faham atau salah dengar. Fathia tidak marah sebab itu semua khabar angin semata-mata. "Satu lagi, berkawan atau berkasih terutama dengan orang kaya dan berpengaruh bukan sasaran Fathia. Fathia bukan jenis terdesak dan sengaja cipta kontroversi sebegitu," katanya. Menurut gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, biarpun kehidupannya kelihatan sempurna dengan pakej lengkap bakat dan kecantikan namun tegasnya: "Cuma bab lelaki ini Fathia terpaksa tolak ke tepi buat sementara waktu sebab ketika ini adalah masa untuk Fathia bekerja."

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails