Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya cuma ubah penampilan - Azza

SEMENJAK kebelakangan ini, sudah ramai selebriti wanita tanah air yang telah melakukan penghijrahan terutamanya dari segi penampilan yang lebih muslimah. Kali ini, tiba pula giliran pelakon dan penyanyi Nor Azzarima Zawari atau Azza, 34, yang pernah popular bersama kumpulan Elite suatu ketika dahulu apabila kini turut tampil bertudung. Berkesempatan menemui Azza pada majlis pelancaran produk Zarraz yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, dia mengakui sudah mula bertudung sejak 6 Januari lalu. Masih tetap kelihatan manis dan anggun apabila sudah bertudung, Kosmo! juga cuba mengorek kisah di sebalik penghijrahan yang dilakukannya itu. Kosmo!: Bolehkah Azza kongsi sedikit tentang perubahan penampilan sekarang? AZZA: Hati saya mula terdetik untuk bertudung ketika berlakon drama Mujahid pada tahun lalu. Dalam drama tersebut saya memegang watak sebagai seorang majistret yang bertudung. Kemudian pada 22 Disember lalu, saya telah menemani ibu ke majlis perkahwinan saudara kami di Pulang Pinang. Pada majlis tersebut saya lihat semua saudara-mara termasuk sepupu saya semuanya bertudung. Akhirnya sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, tiba-tiba timbul perasaan sedih terhadap ibu kerana saya seorang sahaja yang masih belum bertudung berbanding ahli keluarga sebelah ibu saya. Kemudian apakah yang berlaku seterusnya? Pada mulanya saya masih lagi berbelah bahagi sama ada mahu bertudung atau tidak. Namun begitu, suami saya (Azlan Zulaily) banyak memberikan dorongan dan sokongan kerana dia memang mahu lihat saya bertudung. Akhirnya, pada 6 Januari lalu saya mula memakai tudung dan tampil dalam khalayak umum untuk acara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil. Apakah perasaan Azza setelah bertudung? Saya berasa tenang dan gembira dengan keadaan sekarang ini, cuma saya perlu kuat dari segi mental dan fizikal. Tidak dinafikan banyak cabaran yang perlu saya lalui apabila mengambil keputusan sebegini. Antaranya, pandangan sesetengah pihak beranggapan pelakon yang sudah bertudung akan kurang mendapat tawaran berlakon. Namun begitu, bagi saya rezeki sudah ditentukan oleh Allah dan faktor bertudung tidak boleh dijadikan alasan. Bagaimanakah pula dengan perkembangan kerjaya Azza sekarang? Walaupun kini sudah bertudung saya masih lagi berlakon, menyanyi dan mengacara. Apa yang berubah cuma penampilan sahaja dan ia langsung tidak menghalang untuk saya terus bergiat aktif dalam bidang seni. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada para penerbit dan pengarah supaya terus memberi peluang kepada artis bertudung berlakon dengan watak yang bersesuaian dengan imej yang ditampilkan. Adakah Azza ada melakukan sebarang aktiviti yang lain? Pada awal tahun ini saya telah memulakan perniagaan bedak sejuk yang menggunakan jenama Azzas yang berharga RM20 sebotol. Idea untuk menjalankan perniagaan ini sudah lama, cuma sekarang ini barulah saya ada masa untuk melakukannya secara kecil-kecilan.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails