Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shila mohon maaf berhubung kemelut kekasih, bapa

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penyanyi yang menjuarai kategori Lagu Terbaik pada majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 yang lalu, Shila Amzah memohon maaf kepada semua pihak berhubung kemelut yang timbul antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya, ND Lala. Kenyataan maaf itu dibuat oleh penyanyi berusia 22 tahun itu melalui sepucuk surat yang diberikan kepada semua rakan media malam tadi. Menurutnya, dia memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas pergeseran yang berlaku dan berharap isu itu dapat diselesaikan secara baik secepat mungkin. “Sebagai anak dan sebagai kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. “Saya sentiasa percaya pada takdir dan ketentuan Ilahi, sekiranya baik maka dekatkannya kepada saya dan sekiranya buruk, jauhkanlah," jelas penyanyi itu. Shila mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran beberapa kejadian yang berlaku membabitkan bapanya dan juga Sharnaaz berhubung kenyataan Sharnaaz yang mahu menghantar rombongan meminang Shila tanpa berbincang terlebih dahulu. - UTUSAN

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails