Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syamsul berkelana ke Bangkok

JOYAH tabik hormat pada Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 yang merupakan antara aset industri hiburan pada hari ini. Dengar cerita, Syamsul Yusof kini berkelana hampir sebulan lebih di Bangkok, Thailand. Ishhh, jangan salah sangka dan fikir yang bukan-bukan tahu sebab dia ke sana bukan nak bercuti okey. Syamsul ke sana sebab bekerja nak siapkan filem terbaharunya, KL Gangster 2. Joyah dengar cerita yang filem itu berharga RM4 juta. Wah, bukan calang-calang orang sanggup buat filem macam begitu. Mesti best filem KL Gangster 2 itu. Khabarnya Syamsul tengah pecah kepala nak hasilkan KL Gangster 2. Dia takut kalau filem dia tu tak best dan jadi bahan ketawa orang ramai. Maklumlah dah terima anugerah Pengarah Terbaik, jadi produk yang dibuat mestilah hebat bukan. Bila Joyah tanya sejauh mana hubungan Syamsul dengan teman wanitanya yang juga mahasiswa di menara gading, terus teman Joyah berbisik. “Kau jangan kecoh pula Joyah tentang kekasih Syamsul. Memang dia ada beritahu pada media sebelum ini tapi dia tak suka hebohkan perkara yang tak pasti sebab pengalaman bercinta dengan dua orang artis sebelum ini. “Jadi sekarang ini kalau nak tahu lebih lanjut, kau tanya papa Syamsul, Yusof Haslam. Aku cuma dapat tahu yang Syamsul kali ini lebih sensitif dan suka berahsia tentang kekasihnya. Tak banyak buka mulut bercerita tentang si dia dengan ahli keluarga lain. Mungkin ambil langkah berhati-hati kot," kata teman Joyah dalam keadaan masih berbisik.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails