Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tasha Shilla Bercinta Dengan Lelaki Dikenalinya 6 Tahun Lalu

KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun Tasha atau nama sebenarnya Natashashella Abdul Razak, 26, berkata, dia enggan mengulas secara terperinci mengenai identiti lelaki tersebut. "Cukup saya ingin memberitahu yang kini saya sudah berpunya dan kami masih lagi saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. "Sebenarnya saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini. Tetapi memandangkan sudah ditanya, itu sahaja yang saya dapat beritahu," katanya. Tasha ditemui pada pelancaran drama terbaharu bagi slot Akasia TV3, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di Hotel JW Marriot di sini bersama pelakon-pelakon lain iaitu Fahrin Ahmad, Lydiawati, Datuk Rahim Razali dan Fouziah Gous. Tambah Tasha, kekasihnya itu bukanlah daripada mereka di kalangan selebriti dan dia tidak akan membawa lelaki itu ke majlis-majlis hiburan. "Biarlah ia menjadi urusan peribadi saya," tuturnya. Sementara itu, Tasha bakal melancarkan “single” lagu pertamanya bersama kumpulan Tiga Swagger (TS) berjudul Sayang Pulanglah Sayang. "Walaupun hanya memerlukan saya menyanyi rap dalam lagu itu, ia adalah satu cabaran buat saya. "Tambah pula lagu ini merupakan hadiah saya buat peminat, saya tidak mahu mengecewakan mereka. "Sekiranya mendapat respons bagus, insya-Allah saya akan muncul dengan lagu seterusnya," tuturnya. Mengenai Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha melakonkan watak bernama Ain Farohah, seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham. Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. "Untuk watak ini, saya rasa seronok sedikit untuk melakonkan watak Ain kerana ia memerlukan saya terlalu beremosi dan mengeluarkan air mata. "Memang ia sebuah drama menarik yang wajib ditonton buat semua peminat," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails