Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tiz Zaqyah Bahagia Bersama Kekasih Baru

Selepas hubungan cinta bersama pelakon kacak Remy Ishak tidak menjadi,Tiz Zaqyah seringkali menjadi tumpuan untuk mengetahui siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya selepas kembali single. Persoalan tersebut dapat dihidu apabila dia mula memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai @DanielHaziqafc di laman Instagramnya sejak kebelakangan ini. Tiz Zaqyah yang dihubungi sebuah blog hiburan tempatan memberitahu bahawa gambar tersebut adalah dia bersama kekasih dan Tiz memberitahu bahawa kini dia bersama jejaka tersebut. “Ya, I’m with him right now. Kami kenal sejak sekolah menengah lagi,” ujar Tiz Zaqyah pendek. Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan mereka, Tiz Zaqyah mahu peminat doakan yang terbaik untuknya. -rentakartis.com

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails