Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dain Said Ambil Masa Tulis Skrip 3 Bulan

PUTRAJAYA: Pengarah Dain Said mengakui tidak boleh menyiapkan skrip filem dalam jangka masa dua hingga tiga hari seperti yang dilakukan oleh penulis skrip lain. Dain atau nama sebenarnya Dain Iskandar Said berkata, dia akan menghasilkan sebuah skrip yang benar-benar memuaskan hatinya dan untuk itu, ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menyiapkan sebuah skrip filem. "Saya seorang penulis yang slow. Tak macam orang lain yang boleh siapkan dua atau tiga hari untuk satu skrip. "Mana tidaknya, setiap kali menulis, kalau tidak suka dengan jalan cerita yang dihasilkan, saya akan koyak kertas dan buang ke dalam tong sampah sehinggalah ia benar-benar memuaskan hati saya. "Dan kerana itu penulisan skrip saya mengambil masa sehingga berbulan-bulan, begitu juga untuk Bunohan, ia disiapkan dalam masa dua hingga tiga bulan," katanya. Tambah Dain, masa panjang yang diambil untuk menyiapkan skrip Bunohan juga dianggap berbaloi apabila berjaya meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang berlangsung pada Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Menerusi Bunohan juga, filem itu merangkul empat anugerah iaitu Pengarah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Faizal Hussein). Sebelum itu, pada malam Anugerah Cipta FFM25 yang berlangsung pada Rabu lalu, Bunohan turut merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. "Alhamdulillah, ini semua berkat usaha saya bersama-sama dengan krew dan para pelakon terutamanya. "Rasa macam nak peluk ramai-ramai atas kejayaan ini. Harap-harap karya saya pada masa akan datang diterima dan saya juga akan menghasilkan filem yang terbaik," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails