Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eddie Hamid Dilarang Pulang Ke Kelantan

Ekoran kontroversi lagu ciptaannya, 'Bo La Wei' yang mengundang kemarahan penduduk Kelantan, komposer terkenal, Eddie Hamid dilarang untuk pulang ke kampung halamannya (Kelantan) buat sementara waktu. "Pada mulanya saya takut juga. Tetapi saya nak balik juga dan tengok sendiri bagaimana lagu ini mencetus fenomena di Kelantan," ujar Eddie yang mengakui keluarganya turut merasai tempias kontroversi ini. Lagu ciptaannya bersama Datuk Supardi yang dimuat naik menerusi YouTube telah mengundang kemarahan ramai dengan pelbagai komen negatif. Malah laman Facebooknya turut dibanjiri komen-komen negatif yang tidak berpuas hati dengan lagu itu. Bagaimanapun komposer yang pernah popular dengan lagu, 'Halimah Jongang' ini berkata niatnya hanya untuk menyedarkan anak-anak Kelantan supaya berubah ke arah yang lebih baik. "Saya terpanggil untuk menghasilkan lagu setelah melihat kemunduran Kelantan sejak dahulu lagi. "Lagipun peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan anak Kelantan ramai berhijrah ke luar untuk mencari rezeki," kata Eddie yang dipetik daripada Sinar Harian Online. Eddie menganggap kontroversi ini tidak akan menutup pintu rezekinya kerana sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai projek yang akan menyusul.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails