Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Enggan ganggu proses pihak berkuasa

KONTROVERSI kisah cinta penyanyi muda, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad sebelum ini tercetus gara-gara dikatakan terhalang oleh bapa Shila sendiri iaitu penyanyi veteran, ND Lala. Kenyataan demi kenyataan dibalas ND Lala dan Sharnaaz. Namun, setelah ‘kehilangan’ Shila selama seminggu, ND Lala mengambil keputusan untuk menyepikan diri seketika daripada memberikan sebarang kenyataan. Namun, dia berjanji akan menjawab dilema yang berlaku selama ini melalui sebuah sidang akhbar khas yang akan diadakan kelak. Menepati janjinya, sebuah sidang akhbar khas telah diadakan di kediaman ND Lala di Taman Hulu Langat Jaya, Batu 9, Hulu Langat, Selangor pada Jumaat, 1 Mac lalu. Selain sidang akhbar, ND Lala serta keluarganya juga mengadakan majlis doa selamat bagi mendoakan keberangkatan mereka sekeluarga ke umrah pada 7 Mac ini. Ikuti kenyataan terbaharu yang dibuat oleh ND Lala tentang puteri kesayangannya, Shila Amzah. Kosmo!: Apakah perkembangan terbaharu karier Shila di China kini? ND LALA: Shila kini telah menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Shanghai Media Group di China yang akan menjadi platform untuk membawa Shila ke peringkat lebih tinggi di sana. Kami telah menubuhkan syarikat Shila Amzah Entertainment Bhd. Syarikat ini adalah khusus untuk mengembangkan bakat Shila ke peringkat antarabangsa. Ia termasuk di Malaysia, Hong Kong dan juga Los Angeles. Jika tiada halangan, selepas bulan April ini, Shila bakal menetap di China selama paling kurang enam bulan untuk menguruskan kariernya sekali gus mempelajari bahasa Mandarin agar menguasai sepenuhnya bahasa tersebut. Pulang dari umrah kami akan pergi ke China untuk merakam lagu Mandarin. Sebelum menetap di Shanghai, Shila juga bakal mengadakan sebuah konsert di Lincoln Centre, New York, Las Vegas serta California, Amerika Syarikat. Album tempatan bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun ini. Dua single terbaharu akan dikeluarkan secepat mungkin. Kenapakah sehingga perlu menetap di China? Ini kerana apabila Shila tinggal di sana, dia boleh beri sepenuh tumpuan untuk mempelajari bahasa dan mengikuti jadual kariernya. Ini kerana Shila akan meluangkan masa selama lapan jam untuk berlatih. Walaupun namanya telah dikenali di Malaysia, namun bagi peringkat antarabangsa, dia masih hijau. Bolehkah anda komen tentang isu kehilangan Shila dan kisah bersama bekas teman lelaki Shila, aktor Sharnaaz Ahmad? Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen tentang perkara ini. Kami membuat keputusan ini kerana tidak mahu sebarang kenyataan mengenainya akan mengganggu proses pihak berkuasa yang sedang dijalankan. Saya harap pihak media menghormati keputusan ini dan kini Shila ingin berikan sepenuh perhatian terhadap kariernya. Terima kasih.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails