Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Erra Tak Pernah Rancang Nak Dapat Anak

Pelakon terkenal, Erra Fazira mengakui tak pernah merancang dan beliau menyerahkan kepada kuasa Tuhan untuk memberikan anak atau rezeki untuknya. Erra tak kisah jika menimang zuriat baru dalam tempoh terdekat ini. Erra ditanya semasa beliau menghadiri Majlis Pelancaran Produk Baru Desa Murni Batik Sdn Bhd (DMBSB) di Galeri Tudung dan batik DMBSB, Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada hari Sabtu lalu, 26 Januari 2013. Ditanya samada dia mahu menambah anak selepas anak sulungnya, Engku Aleesya Engku Emran kini berusia 4 tahun, beliau berkata: “Saya tak pernah merancang dan terpulang kepada rezeki.” Bagaimana, Erra kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Engku Aleesya yang memerlukan perhatian darinya walaupun terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, penyanyi, pengacara dan duta produk. “Saya tiada masalah membahagikan masa antara kerjaya dan anak sebab saya pastikan sekurang-kurangnya sehari atau dua hari seminggu untuk meluangkan sepenuh masa dengan anak, terutama pada hujung minggu. “Sesibuk mana sekalipun, saya tetap luangkan masa dengan anak dan dalam hal ini, saya bertegas dengan pihak produksi atau penganjur untuk mengutamakan masa berkualiti dengan anak.” Ramai peminat Erra Fazira mahu melihat Aleesya dapat adik baru, kan? Yang pasti, kenyataan ini menolak tuduhan ramai pihak yang mengatakan rumahtangga Erra bergolak. Itu tak benar sama sekali. Erra juga tak nak komen lebih-lebih tentang keadaan rumahtangganya.- Budiey.com

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails