Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lana tayang bakat besar

SUSUK tubuh pelakon berusia 34 tahun ini lebih menjadi perhatian berbanding lakonannya. Watak penggoda dan antagonis yang sering dibawakan Lana Nordin benar-benar sebati dengan dirinya. Biarpun si empunya diri mengaku rimas dan 'marah' apabila penampilannya menjadi bahan bualan di internet, namun Lana tetap berusaha untuk menonjolkan bakatnya dengan lebih besar. Penantian lama Lana juga tidak sia-sia apabila buat pertama kali dalam sejarah kerjayanya, nama pelakon filem Chow Kit itu 'naik' dalam pencalonan akhir bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita menerusi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25). Hal yang tidak pernah dirasainya dalam mana-mana majlis anugerah pada sebelum ini kerena tidak pernah berada dalam senarai. Pencalonan tersebut sekurang-kurangnya menjadi batu loncatan buat Lana untuk membuktikan bahawa dia merupakan seorang pelakon berbakat berbanding dibayangi penampilan yang dianggap seksi. Lana berkata: "Saya mahu orang mengenali saya kerana bakat. Sebenarnya sepanjang berlakon, saya tidak pernah seksi atau melampau batas. Sebaliknya penampilan saya sekadar mengikut tuntutan watak. "Jika orang mahu bercakap tentang diri saya pun biarlah kerana saya tidak boleh menutup mulut orang. Lebih baik saya tutup mulut sendiri daripada terus melawan kerana kebanyakan yang bercakap itu pun adalah daripada mulut budak-budak yang tidak matang. Apa yang penting, saya mahu orang kenal saya sebagai seorang pelakon berbakat," katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini. Saat diajukan persoalan mengenai hubungannya dengan seorang jejaka kelahiran Republik Czech, Lana lebih selesa berdiplomasi. Tidak mengiya atau menafikan tentang perancangan jangka panjangnya bersama jejaka bernama Pavel Micahalec, 25, itu, kata Lana, dia tidak meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya. "Buat masa ini saya tidak merancang untuk berkahwin. Hubungan saya dengan dia pun begitu baik. Saya pun tidak mahu memaksa sesiapa. Kalau itu jodoh saya, saya terima. Tetapi saya senang dengan dia dan menganggapnya sebagai seorang rakan yang baik. "Kami memang berkawan rapat. Saya pernah menyatakan hasrat mahu bertemu keluarganya. Itu pun secara kebetulan kerana merancang mahu melawat saudara di Eropah, apa salahnya kalau mengunjungi keluarganya juga," kata Lana yang pada ketika ini sedang berehat daripada berlakon.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails