Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lofa Dan Hans Ada Berbincang Soal Kahwin

Susulan kenyataan Hans Isaac yang sanggup menunggu Neelofa tiga tahun lagi seperti yang disiarkan oleh sebuah blog hiburan mendapat respon positif daripada pelakon dan pengacara cantik itu. Lofa yang dihubungi MH Online berkata; "Jika itu yang dia cakap, apa yang saya boleh katakan buatnya adalah 'so sweet'. Dalam hal ini, saya faham keadaan, umur dan status dia. Dalam masa sama, dia juga berfikir tentang masa depannya." Ditanya adakah faktor umur Hans membuatkan dia perlu berfikir soal kahwin mereka, jawab Lofa lagi; "Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan. Dan perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan. "Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya-Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan. Lagi pula, masih banyak perkara yang belum dicapai lagi baik saya mahupun dia."

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails