Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Marsha mahu jumpa Fathia

ISU rampas-merampas kekasih biasa terjadi bukan saja dalam kehidupan individu biasa, bahkan juga golongan artis. Suhu panas yang sedang melanda dua bintang muda iaitu Marsha Milan Londoh dan Fathia Latiff kononnya berpunca daripada tindakan Fathia yang mula menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki Marsha tahun lalu. Pada pertengahan bulan Februari lalu, Fathia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak berselisih faham atau bergaduh dengan Marsha ekoran tindakan terbabit. Malah Fathia mengakui dia telah berpisah dengan lelaki tersebut. Kosmo! sempat mendapatkan kenyataan balas daripada Marsha yang ditemui ketika tayangan perdana filem Bola Kampung The Movie di GSC Signature The Gardens, Kuala Lumpur hari Rabu lalu. KOSMO!: Benarkah timbul dakwaan bahawa Marsha dan Fathia sebelum ini pernah bergaduh kerana berebut teman lelaki? MARSHA: Saya tidak pernah bergaduh dengan dia, tidak rapat dengan dia dan tidak kenal dia sebagai kawan. Kami juga tidak pernah lepak atau digandingkan bersama sebelum ini. Tuduhan itu tidak masuk akal dan sebab apa sampai kami perlu bergaduh sebenarnya? Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan menuduh dia merampas teman lelaki saya. Saya sendiri musykil kenapa perkara ini diperbesar-besarkan. Adakah isu yang timbul kali ini menjejaskan nama dan reputasi anda? Saya cuba lari daripada perkara sebegini, tapi orang sekeliling asyik bercakap mengenai hal peribadi saya sepanjang masa. Saya mahu juga dipandang dari sudut kerjaya saya, tapi sudah lumrah bergelar artis orang akan keluarkan cerita yang tidak patut. Mungkin ada orang ketiga yang cuba melaga-lagakan kami. Saya tidak suka bergaduh dan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa pun sebelum ini. Adakah anda ingin berjumpa dengan Fathia untuk menyelesaikan masalah ini? Sudah tentu kalau diberikan peluang saya mahu berjumpa dan berbincang apakah sebenarnya yang berlaku. Hal ini tidak patut diperbesarkan. Saya tidak kisah kalau digandingkan bersama untuk fotografi atau lakonan dengan Fathia. Apapun yang telah berlaku adalah masa silam, dia berhak bercinta dengan sesiapa pun begitu juga saya. Terma rampas-merampas ini tidak logik! Kenyataan anda meletakkan diri anda kini seolah-olah tidak kisah dan mungkin sudah menemui pengganti. Komen anda? Saya sudah setahun hidup solo dan saya bahagia dengan keadaan ini. Tipu kalau saya cakap saya tidak ingin bercinta tapi saya meletakkan situasi sekarang dalam versi positif. Saya mengekspresikan diri saya melalui muzik. Adakah anda memilih untuk berkawan dengan orang dalam industri memandangkan anda sendiri mengakui tidak rapat dengan Fathia? Benar, saya memilih untuk berkawan dalam industri ini. Saya tidak cakap industri ini jahat, tapi sebagai selebriti saya perlu sentiasa berhati-hati. Saya juga ada ramai kawan di luar industri sebenarnya. Sudi sekiranya anda mengulas tentang situasi genting yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah sekarang? Saya sangat risau dengan situasi yang sedang berlaku di sana sekarang dan tidak menyangka kejadian ini akan berlaku kerana Malaysia aman damai selama ini. Saya mendoakan perang ini akan tamat serta-merta. Boleh anda kongsikan pengalaman berlakon alih suara dalam filem Bola Kampung yang akan ditayangkan pada 21 Mac ini? Sangat menyeronokkan dan ini pengalaman pertama saya. Pada mulanya saya hanya datang untuk merakamkan lagu runut bunyi filem ini berjudul Rindu bersama Haris, tapi mereka menyarankan saya untuk ujibakat dan akhirnya saya terpilih untuk memegang watak Puteri Amanda. Proses alih suara berjalan agak lama dan setiap sesi memakan masa lebih tiga jam. Selain filem ini, saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Duri Di Hati bersama Amar Asyraf dan Faralyna Idris untuk slot Azalea di TV3.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails