Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Perkahwinan bukan tekanan - Elaine Daly

KEMATANGAN yang ditunjukkan wanita ini sedikit sebanyak mempengaruhi pandangannya terhadap cinta. Menginjak ke usia 36, tahun ini bagi penerbit, pengarah dan pelakon Elaine Daly dia tahu bukan mudah untuk mencari seorang lelaki yang bakal menghabiskan seluruh hidup bersamanya. Tidak mahu melihat perkahwinan sebagai satu tekanan di dalam hidupnya, bagi wanita jelita ini di tahu soal jodoh bukan sesuatu yang mampu dikawal dirinya. Semakin sibuk dengan kerjaya pilihannya kini, Elaine mengakui sudah hampir setahun lebih dia sepi tanpa kehadiran cinta. Mengakui jauh di dalam sudut hatinya cemburu melihat kehidupan rakan-rakan seusianya, harapannya hanya satu agar dapat menikmati kehidupan yang sama dalam tempoh terdekat ini. "Tipulah kalau kata saya tidak mahu berkahwin. Sejak beberapa tahun lalu saya sudah merancang untuk mempunyai keluarga di kala umur sekarang. "Namun kita hanya merancang, dan sehingga kini saya masih mencari lelaki yang benar-benar ikhlas untuk hidup dengan saya," katanya ketika ditemu ramah di pejabat NTV7, Bandar Utama, Selangor baru-baru ini. Tidak menolak untuk mengatakan dia kini sudah bersedia menjadi isteri dan ibu, bagi Elaine jika ada yang bertanya mengapa dia masih belum berkahwin kini, dia yakin tidak mampu memberi jawapan untuk itu. "Mungkin 10 tahun lalu saya tidak fikir saya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tetapi sekarang, saya berani mengatakan saya sudah bersedia. "Namun ia bukan sesuatu yang mampu dikawal oleh manusia biasa seperti kita. Bukan saya tidak mencuba namun harus saya akui bukan mudah untuk mencari seorang suami," katanya. Ditanya sama ada dia bersedia untuk menerima pasangan yang jauh lebih muda darinya, Elaine akui kematangan seorang lelaki itu masih menjadi kriteria utama buat dirinya. "Kalau muda beberapa tahun itu mungkin tiada masalah, kerana lelaki yang muda juga mempunyai pemikiran yang matang di zaman sekarang. "Namun kalau jauh lebih muda 10 tahun itu, ia mungkin agak janggal buat saya," katanya ketawa. Jika ada rakan selebritinya yang lain sudah memilih untuk membesarkan anak angkat bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu itu lebih awal, bagi Elaine dia tidak pernah terfikir akan perkara itu lagi. "Saya tidak pernah terfikir akan perkara itu lagi. "Saya masih mahu merasai pengalaman mengandung dan bersalin, dan harapan saya saya masih sempat untuk itu," katanya tersenyum. Doakan Hans Isaac Pernah bercinta dengan aktor kacak Hans Isaac, bagi Elaine kisah cinta itu hanya pernah menjadi sebahagian daripada pengalaman hidupnya. Mengakui masih lagi rapat lagi dengan Hans, terus terang wanita ini memberitahu tiada lagi harapan untuk kedua mereka bersama kembali seperti dahulu. "Kami masih rapat, malah lebih rapat dari waktu bercinta dahulu. "Kami sudah berpisah 10 tahun lamanya sebagai kekasih. Namun kini saya anggap dia hanya sebagai abang saya, tidak lebih dari itu," katanya jujur. Tidak menolak memberitahu dia juga masih rapat dengan ahli keluarga bekas kekasihnya itu, menurut Elaine mungkin sikap professional mereka berdua menjadikan hubungan yang terjalin lebih mudah. "Saya tidak ada masalah untuk bekerja dengan Hans, malah pada malam Anugerah Bella nanti juga kami akan berada di atas pentas yang sama. "Kami pernah bersama selama lima tahun sebelum berpisah, dan kami juga memilih untuk berpisah secara baik. Dan sehingga kini kami sangat menghargai hubungan yang terjalin ini," katanya. Ditanya pendapatnya mengenai pelakon Neelofa yang kini sedang hangat dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu, bagi Elaine adalah baginya cukup untuk mengetahui Hans bahagia. Malah tiada sebab untuk dirinya merasa ragu akan siapa juga wanita di sisi Hans kerana apa yang lebih penting adalah kebahagiaan rakannya itu. "Saya tidak kisah dia dengan siapa juga, bagi saya cukup untuk mengetahui dia bahagia sekarang ini. "Saya juga fikir dia pun di dalam keadaan yang sama. Dia akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik untuk saya," katanya tersenyum.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails