Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rozita Che Wan Sertai Masterchef Sebelum Kahwin

Belum pun diumumkan secara rasmi, peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2, pelakon Rozita Che Wan telah mengesahkan bahawa dia merupakan salah seorang peserta untuk program ini. Oleh itu, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu telah meluangkan masa sibuknya itu dengan menghadiri kelas masakan. "Sebabkan Masterchef, saya pergi kelas cooking. Saya tak tahu nak buat western food, sebab itu saya pergi belajar. Masak-masak untuk anak itu tahulah. Saya ambil kelas ni pun sedikit sebanyak boleh menjamu tetamu pada masa akan datang. Sebenarnya, saya dah dapat offer masuk program ini sejak dari musim pertama lagi. "Namun, ia belum menjadi rezeki saya ketika itu kerana jadual saya bertindih dengan projek Milan. Saya memang menunggu tapi waktu itu dah bertindan jadual, jadi saya tidak boleh buat apa-apa. Tup tup dapat offer lagi," katanya kepada murai.com.my. Mengulas lebih mengenai keterujaan menyertai program ini, Che Ta mengakui tidak memasang strategi sebalik berasa seronok selepas mendapat tahu kebanyakan peserta yang menyertainya terdiri daripada kawan rapatnya sendiri. "Saya tidak ada strategi langsung. Saya pun tidak sempat nak tonton program ini musim yang lepas. Saya hanya ikut saya caranya nanti. Saya betul-betul seronok dapat masuk sebab semuanya kawan-kawan saya. Sekarang ini, saya masih belum sempat bertanya apa-apa dengan peserta musim lalu. "Insya-Allah, kalau ada peluang nanti, saya nak bertanyakan tips kepada Dato' Fazley," jelasnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails