Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Salima AF Sudah Ada Kekasih

Meski pun sibuk dengan persembahan pentas dan menjadi duta untuk beberapa produk, bekas pelajar Akademi Fantasia, Salima Habibi masih tidak melupakan bidang nyanyian apabila bakal muncul dengan album terbarunya, 'Atas Nama Kepercayaan'. Diterbitkan oleh Loonaq Records, album ini memuatkan enam buah lagu yang terdiri daripada pelbagai genre dengan disuntik elemen nasihat dan kerohanian agar lebih sesuai dengan imejnya. "Alhamdulillah, hasrat untuk memiliki album baru bakal menjadi kenyataan. Saya mengharapkan agar peminat dapat menerima kehadiran album ini. "Dengarkan single pertama saya 'Cinta Terbahagi Dua' yang mengisahkan kasih sayang seorang suami yang terpaksa dikongsi oleh dua isterinya" ujar Salima. Dalam perkembangan lain, Salima mengakui hatinya sudah dimiliki; "Saya sudah berkawan lama dengannya, namun mula rapat sejak dua tahun lalu. Buat masa ini biarlah saya merahsiakan dulu identitinya. Apa yang saya harapkan agar peminat mendoakan kami agar hubungan ini berakhir di gerbang perkahwinan."

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails