Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sharnaaz Dekatkan Diri Dengan Ustaz Selepas ND Lala Damba Menantu Beriman

Sharnaaz Dekatkan Diri Dengan Ustaz Selepas ND Lala Damba Menantu Beriman. Setelah melalui pelbagai konflik dalam hubungan cinta bersama penyanyi berbakat besar, Shila Amzah, akhirnya pelakon hebat, Sharnaaz Ahmad akur dengan ketentuan takdir. Enggan menoleh ke belakang lagi, pelakon drama Bukan Bidadari ini tabah menghadapi dugaan. Malah, setiap perkataan yang keluar daripada mulut pelakon filem Juvana ini lebih tersusun dan berhati-hati. Kesal dengan kenyataannya yang sebelum ini sering dimanipulasi sesetengah pihak, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Basir Ahmad, 28, lebih selesa untuk enggan berbicara mengenai hubungan yang kecundang itu. Tidak mahu perkara itu diungkit, Sharnaaz mengambil keputusan untuk mengunci mulut. Pun begitu, Sharnaaz tidak keberatan untuk bercerita perkembangan terbaru dalam karier seninya. Ikuti temu bual Zass bersama Sharnaaz. BACA: ND Lala Pilih Menantu Beriman Apa perkembangan terkini anda? Alhamdulillah, saya masih terima tawaran lakonan dari beberapa pihak produksi. Terbaru, saya sedang menjalani penggambaran drama Mukhlis untuk tayangan TV2. Selain Mukhlis, saya juga akan terlibat dalam penggambaran untuk drama terbaru di saluran TV3. Setelah hubungan cinta bersama Shila kecundang di tengah jalan, bagaimana kehidupan anda sekarang? Kalau boleh, saya tidak mahu bercakap pasal hal ini lagi. Saya tak mahu dengar nama dia (Shila) atau apa-apa pasal hubungan lalu. Saya hanya akan jawab pertanyaan mengenai soal kerja sahaja. Saya sudah serik untuk bercakap kerana kenyataan saya sering dimanipulasikan pihak lain. Jadi, kesudahannya, saya juga yang dipersalahkan. Lebih baik saya diam dan fokus pada kerja sahaja. Adakah peristiwa lalu membuatkan anda serik untuk bercinta lagi? Saya belum bersedia untuk ke arah itu. Buat masa ini, saya hanya mahu fokus dalam kerjaya. Lagipun, kerjaya adalah keutamaan saya. Kriteria untuk memilih wanita pun saya tak tahu nak yang macam mana. Biarlah dulu. Adakah masalah peribadi anda turut menjejaskan karier dan tawaran lakonan? Alhamdulillah, rezeki saya dalam industri seni masih ada. Saya masih menerima beberapa tawaran lakonan. Boleh dikatakan, segala permasalahan sebelum ini tidak mengganggu periuk nasi saya. Lagipun, sebagai pelakon, saya tidak boleh campur adukkan soal kerja dengan masalah peribadi. Mengenai konflik dengan penerbit filem Darah Panas, S Baldev, adakah ianya sudah menemui titik penyelesaian? Ya, semuanya hampir selesai dan saya hanya menunggu tarikh yang sesuai untuk mengadakan perbincangan lanjut dalam mencari kata sepakat dengan syarikat produksi, White Merpati Entertainment (WME). Dalam perkara ini, kami turut mendapatkan bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia sebagai orang tengah. Insya-ALLAH, segalanya akan diselesaikan dengan sebaik mungkin. Sebelum ini, Seniman mendakwa anda sukar memberikan kerjasama bagi menyelesaikan konflik tersebut... Sebenarnya, ia berpunca daripada masalah komunikasi. Saya akui, saya silap kerana lambat memberitahu Seniman mengenai perkembangan terbaru kes itu, sedangkan ianya hampir selesai. Lagipun, ketika itu, saya berhadapan dengan krisis sebelum ini dan juga kesibukan jadual kerja. Namun, segalanya telah selesai dan saya telah memaklumkan kepada Seniman mengenai perkara itu. Apa reaksi anda bila ada pihak yang melabelkan anda sebagai individu yang panas baran? Saya akui, dari kecil lagi, saya memang panas baran. Namun, setelah menyedari perkara itu, saya cuba untuk berubah dan ia semakin terkawal apabila berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada Ustaz Jeffri Hudi, yang juga suami kepada penyanyi irama etnik, Noraniza Idris. Dia banyak memberikan nasihat kepada saya dan cara untuk mengawal rasa marah. Malah, pesannya, kalau saya dalam keadaan marah, segera mengambil wuduk. Namun, kini, saya sudah lama tidak berjumpa dengan Uncle Jeff ekoran kekangan masa dan sibuk di lokasi. Mungkin bila ada masa yang sesuai, saya akan berjumpa dengannya. Setelah apa yang telah anda tempuhi sebelum ini, apakah yang anda harapkan untuk masa yang mendatang? Tiada apa yang saya harapkan selain dimurahkan rezeki. Kini, saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya kerana ia adalah mata pencarian saya. Lagipun kini, memang saya sentiasa sibuk dengan penggambaran dan jarang berada di Kuala Lumpur. Selagi khidmat lakonan saya diperlukan, saya akan buat sebaik mungkin.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails