Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Siti Saleha Dah 2 Bulan Putus Cinta Dengan Mat Saleh

“Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu.” Inilah kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Siti Saleha, pelakon yang popular menerusi drama lakonannya bersama Aaron Aziz, ‘Nora Elena’. Namun bukan itu yang mengejutkan, tetapi pengakuan selebriti ini yang sekaligus menjelaskan lelaki tersebut bukanlah adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein, seperti yang pernah dikecohkan sebelum ini. “Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah.” – Siti Saleha dipetik dari Berita Harian. Bagaimana pun, Saleha mengaku perkenalannya bersama kekasih hanyalah dalam tempoh sebulan dan perpisahan yang berlaku tidak menjadi masalah baginya. “Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya. Maknanya, jejaka-jejaka diluar sana sudah boleh ‘standby’. Siti Saleha bakal menginjak umur 23 tahun ini, ok!-OhBulan.com

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails