Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

"Tindakan Nouri Hanya Pertahan Diri" - Da

Ekoran kes penyanyi, Nouri yang ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kematian suaminya, Azmi pada Rabu lalu, seorang individu yang mengakui kenalan Nouri tampil memberikan kenyataan. Memetik laporan portal Murai.com, individu yang dikenali sebagai Da itu merupakan kawan rapat kepada Nouri dan Azmi. Malah dia adalah orang terakhir yang dihubungi Nouri sebelum ditahan pihak berkuasa. Menurut Da, Azmi bukanlah seorang suami yang bertanggungjawab kerana sering mengabaikan peranan sebagai seorang suami. "Saya bukan nak memburukkan arwah. Sebaliknya, saya rasa tidak puas hati apabila melihat laporan media yang hanya menjurus kepada sebelah pihak saja. "Dia hidup seperti tidak mempunyai suami langsung yang sepatutnya menjaga nafkahnya. Rumah yang mereka duduk itu pun adalah rumah Nouri. Selepas Azmi dihalau dari rumah itu, Azmi bertindak pelik dan sering saja menggangu Nouri. Azmi juga pernah menyamar menjadi 'stalker'. "Pada satu hari, Azmi pernah menceroboh rumah Nouri dan dia nak rogol Nouri. Sungguhpun waktu itu Nouri mahu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, tetapi ia seperti tidak boleh kerana mereka masih lagi sah suami isteri." Bercerita tentang kejadian pada malam itu, Da percaya apa yang berlaku lebih kepada Nouri mahu mempertahankan diri. "Pada malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu. Waktu itu, pintu 'sliding' rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul Nouri. Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian. "Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi. Selepas itu, Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu supaya dia tidak bertindak agresif lagi," jelasnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails