Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Yatt Hamzah Tolak Watak Jahat Selepas Berhijab

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah terpaksa menolak watak wanita jahat keterlaluan yang ditawarkan kepadanya selepas membuat keputusan berhijarah dengan bertudung litup. Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 33, berkata, dia risau sekiranya watak seperti itu memberi impak negatif buat penonton, namun tidak menolak sekiranya watak itu mampu memberi pengajaran kepada penonton. "Diakui dulu saya ambil watak-watak jahat yang ditawarkan. Tetapi tidak lagi sekarang melainkan watak itu tidak keterlaluan. "Saya hanya menerima tawaran berlakon sekiranya diberi watak wanita yang baik atau yang memberi pengajaran kepada penonton," katanya. Yatt ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss dan pengumuman Yatt sebagai duta jenama berkenaan di Hotel Flamingo by The Lake di sini, petang Khamis. Pada majlis itu pihak Felinna yang diwakili oleh Nadea Felinna Ed Fatah dan suami, Rafie Ramlie turut menyumbangkan RM50,000 kepada Tabung Dana Palestin, melalui badan bukan kerajaan, Usrah Fitrah. Sumbangan tersebut merupakan hasil jualan yang diperoleh menerusi potongan RM1 bagi setiap produk berkenaan untuk disalurkan ke tabung tersebut. Dalam pada itu Tambah Yatt, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran berlakon dan lebih memilih mengikut kesesuaian imejnya yang berhijab. Walaupun mengaku mula mengurangkan aktiviti lakonannya, namun dia percaya rezeki sentiasa ada untuknya. "Rezeki yang Allah beri kepada umatnya amat luas. Alhamdulillah, walaupun banyak tawaran lakonan yang saya tidak boleh terima, tetapi saya tetap mendapat tawaran lain seperti yang saya inginkan. "Bukan itu sahaja, saya juga diberi peluang untuk hadir ke sesebuah ceramah berkongsi pengalaman diri tentang penghijrahan saya," ujarnya. Beritahu Yatt, dia juga bersyukur apabila diberi peluang untuk menjadi duta produk Felinna dengan mengikat kontrak selama setahun. "Alhamdulillah, Allah menambah rezeki saya dengan menjadi duta kepada produk Felinna. "Saya diberi peluang untuk mencuba produk mereka iaitu krim pelangsingan badan bernama ' InchLoss' sebelum membuat keputusan untuk menjadi duta produk mereka. "Selepas beberapa kali memakainya, ternyata ia memberi perubahan pada tubuh badan saya. "Dan sekarang ini Felinna bakal mengeluarkan produk pelangsingan yang lebih efektif pula iaitu XLoss," katanya. Felinna Inch Los Lotion adalah gabungan bahan-bahan terpilih yang diformulasikan dengan tambahan 30 juzuk bacaan Al-Quran.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails