Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Penantian November - Yasmin Hani

TIADA apa yang lebih manis untuk pasangan suami isteri ini apabila mengetahui penyeri keluarga mereka kini sedang sihat dalam usia empat bulan di kandungan. Sungguhpun berita gembira ini hanya dikongsi dengan peminat setelah 17 minggu usianya, pasangan ini memberitahu ada sebab mengapa mereka memilih untuk mengumumkan berita gembira ini setelah berbulan-bulan merahsiakannya. Berbeza dengan beberapa rakan artis lain yang cukup pantas berkongsi berita gembira seperti ini, bagi pasangan Yasmin Hani Richardson dan Sha'arin Mohammed Razali yang mendirikan rumah tangga sejak 21 Oktober 2011, mereka ada cara tersendiri untuk memastikan berita ini sampai dengan adil buat peminat. Dan sekali lagi, laman sosial dipilih menjadi medan pilihan untuk menyampaikan utusan penting ini agar kegembiraan mereka boleh dikongsi bersama. "Sama seperti bakal ibu bapa lain, kami berdua juga amat teruja untuk mengetahui berita gembira ini. "Namun adakalanya kita dinasihatkan jangan terlalu gembira di awal usia kandungan kerana apa-apa juga boleh terjadi, sebab itu saya memilih untuk mengumumkannya setelah usia kandungan saya 4 bulan," katanya yang ditemui pada majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Petaling Jaya 2013 di Damansara Perdana, Selangor baru-baru ini. Menceritakan detik penting ketika dia disahkan mengandung, menurut Hani, kelewatan kitaran haid nya pada bulan Mac lalu terjawab apabila ketiga-tiga ujian kehamilan yang diambilnya mengesahkan dia hamil. "Bukan satu ujian kehamilan yang saya buat tetapi tiga. Macam tidak percaya sebenarnya, sebab itu sampai tiga kali buat ujian. "Sebetulnya memang kami sudah merancang untuk mempunyai anak tahun ini, syukur kepada Allah, semuanya dipermudahkan untuk kami," katanya. Bercerita kisah-kisah indah sepanjang hamil anak pertama ini, menurut Hani dia sangat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan. Sungguhpun begitu, wanita berusia 34 ini tidak menafikan dia kini sedikit sensitif dengan kata-kata orang sekelilingnya, kesan mengandung. "Kalau nak kata, alahan itu memang tiada langsung, saya juga hairan apabila ramai yang suruh saya bersedia dengan tempoh tersebut, mungkin ini antara kemudahan yang diberikan untuk saya. "Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan kini, hati saya terlalu sensitif, bukan sahaja dengan suami tetapi juga dengan orang luar. Mudah kata saya cepat terasa," katanya ketawa. Tidak lokek dengan senyuman, Hani bagaimanapun mengakui mengalami sedikit tekanan dengan nasihat-nasihat tidak masuk akal sesetengah pihak mengenai kandungan kali pertamanya ini. "Saya faham, mungkin mereka terlalu mengambil berat sebab ini kandungan kali pertama saya, tetapi ini adalah satu proses pembelajaran untuk saya. "Cuma kalau terlalu melampau nasihatnya, saya akan bandingkan kembali dengan logik akal, tidaklah membuta tuli ikut. Bukan apa, kesannya tekanan bukan keatas saya sahaja tetapi suami saya juga nanti," katanya lembut. Ditanya persediaannya untuk bergelar seorang ibu, menurut Hani dia sudah mengimpikan anugerah ini pada tempoh yang cukup lama. "Saya memang sudah bersedia untuk bergelar ibu, malah kalau saya kahwin lebih awal dahulu mungkin saya sudah mempunyai ramai anak. "Bagaimanapun ketika berkahwin saya dan suami sudah berjanji untuk memastikan tahun pertama perkahwinan kami sebagai tahun bulan madu, dan syukur untuk tahun kedua ini sebagaimana yang dirancang kami bakal ditemani orang ketiga," katanya. Umum Jantina Jika umum kehamilan juga sudah ambil masa berbulan-bulan, bagaimana pula cara Hani dan suaminya akan berkongsi jantina anaknya nanti. Menurut Hani dia dan suami sudah bersedia untuk mengumumkan jantina anaknya itu melalui saluran yang sebelum ini tidak pernah digunakan mana-mana artis di dalam Malaysia lagi. "Sebenarnya kami mempunyai sebuah program realiti berjudul Celebrity Reel!. Uniknya mengenai program realiti ini ia hanya dapat ditonton melalui telefon bimbit pengguna yang sudah melanggan. Selain saya terdapat rakan-rakan artis lain juga terlibat didalam program ini, seperti Sazzy Falak, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. "Memandangkan program ini lebih kepada kisah benar kehidupan seharian kami, saya dan suami sudah bersetuju untuk mengumumkan jantina anak kami melalui siaran Celebrity Reel! tidak lama lagi," katanya. Memang terkenal sebagai seorang yang aktif, menurut Hani secara mentalnya dia kini sudah bersedia untuk mengurangkan aktivitinya bagi mengimbangi tugasnya sebagai seorang ibu kelak. "Sebenarnya sebelum saya tahu saya mengandung juga saya sudah menerima beberapa tawaran untuk melakukan aktiviti lasak, memang ia sudah sebati dengan diri saya sebenarnya. Memandangkan kandungan ini sangat penting jadi saya menolak untuk melakukan sebarang aktiviti lasak buat masa sekarang. "Selain itu, antara persediaan yang saya akan lakukan untuk bergelar ibu nanti adalah mengurangkan kesibukan kerjaya saya dengan memilih kerja yang lebih ringan. Contohnya seperti berlakon kalau ia memerlukan saya berada jauh dari anak saya mungkin saya terpaksa menolak, tidak dinafikan selepas ada anak nanti saya lebih suka untuk memberi tumpuan kepada kerjaya pengacaraan yang dilihat saya lebih fleksibal waktu kerjanya," katanya. Melihat kepada gaya hidupnya yang moden, Hani bagaimanapun masih meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perawatan tradisional melayu. Sudah merancang untuk berpantang di rumahnya nanti, bagi Hani acara berpantang itu juga harus dituruti dengan kadar waktu yang sama seperti wanita berpantang lain."Saya pilih untuk berpantang di rumah saya sahaja, bukan apa kalau nak balik ke Jeram, Selangor untuk berpantang di rumah kampung agak jauh untuk suami saya berulang alik nanti. "Saya akan pastikan untuk mendapatkan khidmat berpantang dari mereka yang pakar, saya percaya dengan proses berpantang orang melayu yang pada saya lebih berkesan," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails